kisah ini berlaku masa sy berusia 5 tahun
ms tu kami sekeluarga menetap di bkt sekilau,kuantan,pahang
aritu sy buka peti ais
tetiba satu pinggan kaca jatuh atas kaki sy
dan kesanya adalah luka yg agak dalam pada jari kaki
menjerit la sy apa lagi
dan ibu bawa sy ke hospital
di emergency department
datang seorang doktor lelaki yg ditugaskan utk menjahit luka sy
yg sy ingat
dia suruh sy tenung lampu operation bulat2 tu...
jgn ingat pasal kaki yg sakit tu
sambil2 dia menjahit
ibu tenangkan saya
katanya
"aishah besar nanti jadi doktor tau..boleh selalu tolong org,byk pahalanya"
dan sy mengangguk shj....
entah kenapa kata-kata itu masih diingati sampai skrg
terima kasih ibu!!
ketika darjah 6
kata ibu
sy sgt suka kucing...
sewaktu kami berpindah dr hulu selangor ke kedah
sy bw kucing bersama2 dalam kereta
dan menjaganya sepanjang perjalanan
kucing kesayangan sy pindahkan sampai ke kedah!!!
ibu sedar tp x marah..
sampai di jitra
sy jaga kucing tu betul2
sehingga satu hari...
kucing yg bunting itu bersalin
dan sylah BIDANNYA!!!
siap tolong bw keluar anak kucing dr ibunya lagi
sebenarnya saya dh lupa kisah sy jd bidan tu
tp ibu selalu cerita kisah tu pd sedara mara
kalau bercerita ttg cita2 doktor sy..
ibu...ibu...
mmg suka anaknya jadi doktor
kerna itu cita-cita ibu yg tergendala!!!
abang dan saya jadi penerusnya!!!
ketika interview JPA
antara apa yg kerap sy ditanya
why u want to become a doctor
jwb saya
because i have the passionate
chewah..mmg semangat abis masa tu
semasa interview utk ke manipal
sekali lg soalan yg sama dilontarkan
mencari sisi jawapan yg berbeza
sy kata
i want to prove something to others
i want to make proud of my parents
and helping others for sure
masa berlalu
semakin susah dan byk cabaran
menyebabkan sy semakin lupa akan niat utama sy
kenapa sy menceburi bidang kedoktoran
tahun teori (tahun satu dan dua)
kami hanya belajar apa dikertas
dan juga berjumpa mayat dan tulang sbg alat bantuan belajar
kami x mengenal erti menolong pesakit lagi
namun cabaran mempelajari tubuh badan manusia
sudah dianggap sukar
sehingga hilang juga sekejap passionate nk jd doktor
seperti yg dikatakan dahulu
mulalah kami merungut2
kenapa la pilih bidang medic
kami x da life
bc buku sepanjang masa
even weekend ketika tahun pertama
hanyalah pd hari ahad shj
tu pun perlu bc buku
namun sy kerap mengingatkan
alhamdulillah....
moga2 jika diniatkan kerana Allah
tidaklah sia2 masa kita dgn perkara tidak berfaedah bukan!!!
tahun klinikal menyusul
dan dunia sebenar perubatan mula kelihatan
kini kami harus berinteraksi dgn pesakit
dan belajar dr sakit mereka
malah melihat mereka yg sakit sehari2
membuat kita rs bersyukur dgn nikmat sihat yg kita ada
dan peluang nk membantu
seperti yg diniatkan sebelum ini
NAMUN
berhadapan dgn pesakit sehari2
kadangkala membuat kami semakin lali
tidak lagi peka dgn kesakitan yg mereka alami
ditambah dgn tekanan dari lecturer lagi
kadangkala sy sendiri lupa
utk senyum dan bertanya khabar pada patient
dan mengambil peduli ttg kebajikan mereka
sedang sy sedar
in becoming someone influencial to the patient
a future doctor should represent him/herself as a good example
as a part of dakwah melalui qudwah
dan agar mudah nasihat kita diterima mereka
dan hari ini
sedang kami buat ward round
we had come across this patient
seorang pesakit berusia 44 tahun
yg kehilangan kaki semenjak berusia 17 tahun
x dpt bergerak dan mengalami luka yg teruk dibelakang badanya(bernanah dan sbgnya)
kerana asyik berbaring dan tidak bekerja
dia dijaga oleh kedua ibu bapanya yg tua
pabila ditanya
kenapa terbaring shj selama 2 tahun dan tidak begerak
yg menyebabkan komplikasi lukanya itu
beliau mendakwa tidak tahu dan diberi maklumat
ttg postopertive care selepas kakinya dipotong
dan doktor pakar mula menasihati kami
that's why society need u guys,the doctors
they need to be educated and help
bacause u have the knowledge that they does'nt have
as for this patient
he still can move and become mobile,healthy dan probably working
if only the doctors treat him properly....
honestly
i just impressed the way the specialist treat the patient with his smile
make those worried heart lighten up with his sense of humors..
a simple deeds with a great reward from HIM
by making patients around him happy
then i realised
apa niat utama sy dalam bidang nie
yg kadangkala sy lupa
kerana terlalu stress dgn kerja dan menelaah shj
what's the purpose
it's not the money
it's fardu kifayah
it's a part of dakwah......
insyAllah
lets renew our intention
again n again...
May this journey Blessed by Allah
DAN INGATLAH KATA-KATA INI
BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Adakah anda masih lagi tidak BERSYUKUR?
p/s1-apapun kerja....itu adalah ibadah jika diniatkan kerna Allah....
p/s2-baru nk masuk gear 2 utk study sy...kekalkan semanagat itu yerr!!
No comments:
Post a Comment