Friday, 26 August 2011

jam 1.34 pagi

Alhamdulillah sgt2
lama rsnya x coretkan sesuatu disini
sebab sy ada exam
so for the past 3 weeks
mmg fokus utk exam sgt2
biarpun pd akhirnya keputusanya
amat mengecewakan
study utk 2 subject baru yg baru diperkenalkan
tanpa pendedahan klinikal
adalah sesuatu yg sgt sukar....
bukan sahaja sy menghadapi konflik ini
malah rakan2 lain turut merasainya
berdoa dan stress hampir setiap hari...
moga keberkatan ramadhan memudahkan urusan
namun disebalik itu
sy dikejutkan dgn berita2 yg sgt mengembirakan sy
x kurang juga berita yg membuatkan sy dalam dilema
benar...dalam 3 doa sy
kesemuanya dimakbulkan
alhamdulillah
pertama,sy mendapat tawaran dlm bidang yg sgt saya minati
pada mula niat sy utk join main2 sahaja
x sangka bakat saya disedari
walau pada mulanya sy x rs sy terpilih pun
namun kejayaan itu membuatkan sy harus memilih
antara kerjaya asal dan minat saya
jika boleh
saya mahu dptkan kedua2 nya
sy mahu berjaya dalam kedua2nya
namun memikirkan impak akhir yg mungkin boleh jadi baik atau buruk
dan risiko-risiko yg sy perlu hadapi
saya jadi sgt tertekan dalam membuat keputusan
sy memerlukan sokongan utk memulakan sesuatu yg luar biasa ini
menjadi insan hebat memerlukan satu pengorbanan diambil
kerna utk berjaya,kita tidak pernah sunyi dari ujian
doakan saya berjaya
dan sabar dan redha
dengan salah satu pengorbanan yg perlu sy lakukan
insyAllah

p/s1-sudah dipenghujung ramdhan.....syawal bakal menjelma.....semoga ramadhan ini mampu membawa satu medan perubahan yg terbaik buat kita..insyAllah

p/s2-memulakan catatan pd 1.34 pagi..x mampu tidur memikirkan konflik yg dihadapi....semalam pun hanya mampu tidur 3 jam sahaja....permudahkanlah ya Allah..segala urusan ini...

Wednesday, 17 August 2011

ayam percik ibu

Ayam 3 ekor
Bwg putih 20 ulas
Bwg merah 15 ulas
Halia-2 inci
Serai-5 btg
Kunyit-2 inci,
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 10 August 2011

Memahami mereka...






Kini sy posting di ward psychiatric
Berjumpa pesakit pelbagai masalah
Berkaitan mental terutamanya...
Satu bidang yg sgt abstrak
Kerna memahami dan menyelami masalah mental mereka bukan mudah,

Malah
Sedarkah kalian
Penyakit kedua dlm msykt kita
Adalah berkaitan mental
Masalah mereka tidak dipinta
Namun boleh dicegah
Andai bijak mengendali stress dlm hidup
Andai diberi panduan hidup yg sempurna
Namun,kehadiran mereka jgn diabaikan
Bantu mereka utk menjalani kehidupan normal
Dan diterima dalam masyarakat


Semalam
Kami ke salvation army
Rumah khas anak2 cacat
Syndrome down,autism
Ada yg kelihatan normal pembesaran fizikal mereka
Namun akal masih ditahap kanak2
Dan mereka sgt comel dan penyayang kesemuanya

Berbicara dgn mereka
Terbukti mereka punya hati yg bersih
Mesra dan x berperangsangka
Ikhlas berkawan
Menghargai apa ada seadanya
Bersemangat belajar menjalani kehidupan normal seperti insan biasa
Kadangkala
Tugasan yg mudah bg kita
Namun bg mereka,utk menjadi kebiasaan
terpaksa diulang berkali2
Namun tidak jemu mempelajari
Dan smgat itulah yg kita kehendki
Dlm setiap diri

Teringat akan
Survey slum area kami di india
X terbayang kita
bgmana susahnya kehidupan mereka
Dicelah sampah
Keperluan asas kehidupan tidak sempurna
Terabai pendidikan

Berpeluang membantu
Kumpulkan derma dan dana
Teruja melihat mereka
Gembira mendapat sumbgn
Makanan dan brgn pendidikan
Biarpun mungkin usaha ini hanya sementara
Namum ada juga ingatan dari kita
Didoakan mereka
Berpeluang keluar dari sengsara
Dan diberi hidayahNya
Kerna itu penyelamat
Masalah dunia dan akhirat disana

Terdetik di hati
Biarlah papa dari harta dunia
Namun indah andai diberi iman
Sebagai petunjuk kehidupan
Dan tidaklah kita mahu bersyukur
Kerna dikurniakan kedua2nya
Alhamdulillah
Dan salurkan kesyukuran kita
Membantu masyarakat seadanya
IA




Published with Blogger-droid v1.7.4

bubur lambuk ibu

2 cwn beras rebuskan dgn 6 cwn air dan 2 serai
Udang kering 2 sudu
2 ulas bwg putîh
Stgh sudu Lada sulah
Daun kesum 5 tangkai
Santan 1mangkuk pekat
1/2 dada Ayam
Carrot 1/4 btg
Rebus beras smpai hancur
Mskan santan ,daun kesum,1 daun kunyit
Sampai masak




Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 8 August 2011

menyingkap nota2 lama

lama pula sy terdampar di laman fb nie
edit2 kembali kawan2 lama
pastikan boys list sy betul2
n private pics yg hanya utk fmly dan kwn2 pompuan shj....
penting tu yer kwn2..tkt jadi fitnah pula....
tetiba sy jumpa nota2 lama
x ingat ditulis bila
tp yg pasti semasa sy tulis nie
sy tgh agak sedih ngn kwn2 sek saya
yg dh mula tinggalkan tudung
dan bergambar couple yg x elok
sedih2
akhirla lahirlah nota ini
dan sy menerima banyak comment yg bagus dr kwn2
sgt menghargai pendapat dan ingatan mereka
maafkan andai ada khilaf
semoga bermanfaat dan jadi ingatan

selamat membaca

assalamualaikum
sy x punya blog utk menulis(masa ni x da blog lg ek)
tp sy punya pandangn utk diutarakan..maaf jika terdpt sbrg khilaf,sy juga insan lemah yg byk buat kesalahan...
cuba renugkan kwn2
adakah ibu bapa yg harus disalahkn jika ank mebesar menjadi x seperti yg diharapkan
adakah rakan-rakan yg harus dipersalahkan ,
mempengaruhi kita mengikut trend masa ini,menjadikan kita lupa apa yg pernah dipelajari,membuat kte terlalu keduniawi.
adakah media yg harus dipersalahkan,kerna terlalu byk hiburan masa kini,
atau mungkin laman sosial spt facebook ini yg harus dipersalahkan
melihat rakan2 semua gembira bercouple sana sini,
berpakaian trendy dan seksi.
gembira apabila gambar kte dipuji.
sungguh ingt sahabat itu semuamembuat kte semakin lupa dr..
darah remaja..gemar mencuba..mcm2 gaya..
kte mungkin boleh kata..apa salahnya ..smentara masih ada masa muda..dah tua..x da guna
kte juga harus jgn lupa bahawa mati turut boleh jadi bila-bila masa..adakah kita lupa peringatan yg sering diberikan kpd kita..berita-berita kematian yg melibatkan rakan seusia..
sanggupkah kte berhadapan dgnNya..sedang ketika itu kte leka dgn dunia
abaikan klo kte rs kte sanggup nk hadapi sme itu sebab kubur masing2..nilaian dosa pahala bkn hak kita..hanya diketahuiNya
tp cuba kte renung dan ingat mak dan ayah yg membesarkan kte
yg x henti putus asa
melayan kerenah dr kecik,yg bekerja utk membesarkan kte,yg x henti mencari nafkah yg halal,x henti mencari pendidikan yg terbaik,memberi segala yg mereka ada.mengajar kte erti menutup aurat sejak kecil,memberik kte pendidikan agama yg cukup sempurna,yg menghantar sesetgh kpd kte ke ke sekolah agama..
malah ada sampai amik bhs arab tinggi
dan belajar syariah islami.
dgn harapan kte tahu batas pergaulan laki perempuan agar x melampau batas diri,
tahu yg mana akhirat mana duniawi.
sanggup kte melihat mereka dibicarakan di hari akhirat kelak.ttg dosa2 yg kte lakukan.
sanggupkah kte melihat abg2 dan kakak2 ..turut diherat ke muka pengadilan.
kerna x menjaga dan tegas menegur dr kte ni.
syg...mmg syg...sy syg kalian..sahabat2...mari kte sma renungkan..marilah kte berubahlah masih belum terlambat sungguh pintu taubat masih terbuka utk kte kan....sy syg dan sedih melihat saudara2 yg membesar bersama berubah menjadi begitu..kwn2 yg paham agama menjadi begini...sedih..sy sungguh sedih....apatah lg ibu bapa kte...adakah kalian fikir mereka kagum dan bangga dgn kte .....
sama2 kte fikirkan ek
sungguh..sy syg kalian dan dr ini..sma2 kte saling mengingati..
ini mungkin ujian buat diri tanda klo kte berjaya hadapi sungguh dr kte sebenarnya disayangi Ilahi..
p/s-klo ada opinion jom sma2 share k..kte x ley bergerak sdr..berjemaah kan lebih baik...iA


dan comment2 mereka

Abdul Karim-
em, sy takde la sampai ke bhs arab tinggi sume tu, tp tetap bersetuju dgn pandangan anda :P .Sebab tu kita bukan setakat kena TAHU, perlu MAHU dan MAMPU.. Allah uji bukan setakat dgn kesusahan, tetapi juga dengan kesenangan..
14 January 2010 at 14:07 · Like

Aishah Abas-
yup..kte x ley slalu ingt kte btul n org lain salah kan...kte mungkin x diuji lg spt mana mereka diuji..good point...
14 January 2010 at 14:22 · Like

Aishah Abas -
bhs arab tinggi tu prumpamaan je...x da pun x pe..hahaha..saje teringt zmn sek ahaks
14 January 2010 at 14:28 · Like

Azaty Hamzah-
‎"Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis(ikhlas) di antara mereka." (Shad: 82-83)

tak berguna ilmu tanpa amal,
tak berguna amal tanpa ikhlas..

iA,keikhlasan mampu mengekalkan kita dlm istiqamah mentaatiNya..

p/s:hidup memang susah sbb setiap perkara yg berlaku baik perkara kebaikan atau keburukan adalah ujian buat kita..n how we face it will be asked later..yg penting,jgn sesekali 'melepaskan kesedaran' yg ada wpun kita rasa seperti tdk mampu utk melawan..Dia menilai setiap usaha kita utk melawan itu..peace!! =)
14 January 2010 at 15:48 · Like

Aishah Abas-
btul kak azaty..sgt setuju..kte kekdg dh diberi kesedaran..dh dicampakkn rs x ske terhadap sesuatu perkara maksiat itu..dh tersa ada tgjwb nk menegur..tp kemudian..iblis dan syaitan akan berbisik
'ko tegur org2 ko cm la baik sgt"
'eyh....brani2 je nk tegur org,klo ujian2 smpai kat ko mampu ke ko nanti"
"x takut ke nanti drg x nk kwn ngn ko lg,x takut ke nanti ko akan buat apa yg ko tegur tu"
kata2 ni menjadikan kte takut utk menegur...takut dan segan utk mengingatkan..menjadikan kte selemah2 iman kan
akhirnya...kwn2 kte hanyut..masyarakat msia lgla kan..anak2 remaja...rs nk nangis tgk cte sosial anak muda kat msia...rs lemahnya kte ble lihat perkata2 maksiat dan perkara yg boleh mendekatkan zina dibuat terbuka dpan mata kte...
mereka mungkin rs x malu dan kte plak malu nk menegur..cmna2....
akhirnya..tewaslah kte kan
xpe...sy juga mungkin x punya kekuatan spt mana sy nyatakan td.....tp x salah utk mencuba skit2 kan...
berat rs hati sebenarnya
thnks kak azaty!!!
14 January 2010 at 16:20 · Like

Aiman Riddle-
yeah.. agree! parents are not to be blamed... every decision that we made is in our hand. they have given us education so that we could make a wise decision on our own. it is our fault for not using such knowledge that we have obtained. However Aishah, it is a true statement and yet false. why? because, it also depends on how they are being raised as well. OUR parents managed to raise us properly, giving us enough Islamic teaching so that we can differ the good and the bad. But there are those who are not like that. Their parents dragged them in such a chaotic life [they are not abandoning the education but abandoning Islamic teaching] that is why some of our friends out there do not wear etc. So parents are also a part of this jigsaw puzzle. some of the I mean. They managed to nurture their children with love but not with Islam. For those, whose parents have given them Islamic education, then the parents are not to be blamed but themselves-failed to choose the right thing.

-sekadar pandangan juga-
14 January 2010 at 16:35 · Like

Aiman Riddle-
ramai antara kita yang sedar tapi buat2 tak sedar,... termasuklah aku.. thanks aishah sebab ingatkan... ;)
14 January 2010 at 16:36 · Like

Mohd Fauzi Bashir-
Teruskan mnyampai. Jgn hny bpeluk tubuh n mgharapkan keajaiban 'kun faya kuun'
14 January 2010 at 16:38 · Like

Aishah Abas-
yup aiman..sy x blame mrk yg mungkin x dpt pendedahan spt mna kte dpt...cme jgn la pula kte yg ada la ilmu ni ikut drg kan..x best btul ble dgr statement cmni..'eyh drg bdk sek agama2 pun ak tgk naik motor laki pompuan'...x salahkan,alarh bdk2 pun buat cm2 cmnie..jd boleylah kte buat kan...x pasal2 dosa yg kte buat srg2 tetiba ada org ikut lak..dah double2 jdnya saham itu..lama2 trus merebak....huhuhu..
thnks aiman for the opinion..sma2 la kan ...x mo ckp je...nk buat jugak apa yg dikatakan...moga2 kte jd insan Yg MAMPU Itu....
14 January 2010 at 16:49 · Like

Nur Zahidah Ghalib-
insyaALLAH..same2 la kite mengingatkan antara satu sama lain..kite tolong,tegur n nasihat sboleh yg mungkin if kite syg kwn2 kite.mybe dgn care yg halus,bertapis bhsanye..
xdpt sangkal semmgnyer lumrah jiwa remaja nak2 umo cm kite neyh, bercouple tu mcm perkara wajib plak..then, if da namanye bercouple mmg akan 'buat' la..sentuh2 nih cm da biasa jew..cm gaya org da kawen plak..huhuhu
sorila if xbertapis..huhuhu..

diorg sibuk je riso apsl xde pakwe la lagi skang..mcm2
pe lgi, sy katela, xde konsep kapel2 neyh, sy kawen terus jer..hihihi..cara yg HALAL, ALLAH pun suke dan sanjung hubungan yg sah disisi agama ni..senyap diorg! ahahaha

ape2 pun, same2 la kite kuatkan n teguhkan keimanan utk menjaga peribadi n x terjerumus dr perkara2 aib..aminnn..insyaALLAH..
14 January 2010 at 17:29 · Like

Aishah Abas-
yup idah...rindu kamu lerh....alhamdulillah..sem​oga sma2 kte k.....
nk buat iklan jap
nikah...connecting people...;)huhuhu
14 January 2010 at 17:44 · Like

Nur Zahidah Ghalib-
rindu aisyah jugak..bile plak ea ley jumpe..hhuhuhu..
insyaALLAH, doakan yg terbaik utk diri kite n semua sedara sesama ISLAM..aminn..=)

yup, nikah cara yg halal dan sihat utk hubungan sesama manusia..hehehe
14 January 2010 at 17:57 · Like

Wan Amirul Asraf-
Ade button badge aku jual..
nikah connecting people..jom beli semua
14 January 2010 at 18:14 · Like

Syapik Sakoki Caid-
aku rase ko kene tampal badge 2 pnowh kat beg ko memo..ahahaa
14 January 2010 at 18:27 · Like

Aishah Abas-krg ni mmg pandai menggunakan media...isk3
14 January 2010 at 18:48 · Like

Muhammad Iqbal A Ghani-
kita boleh berbincang daripada sudut "pilihan".
piihan diri sendiri, bila yang dibuat berdasarkan input daripada sekeliling.

ada yang firm with him/herself akan jadi ikan di laut,
ada yang jadi lalang, meliuk melentok mengikut siulan angin.

dan apa yang menjadi necara untuk memilih itu,
iya, pemberat2 daripada didikan ibu bapa, kawan, dan persekitaran yg merangkap media, majalah2 dan sebagainya..

persepsi manusia tercipta dengan apa yang dia lihat, dengar, faham daripada interaksi dirinya dengan sekeliling.

bila mana, ada orang yang dapat menapis, memilih, memanipulasikan input tersebut untuk manfat pembangunan diri, juga lagi bagus memanfaatkan orang lain, alhamdulillah.

tapi ada juga ambik secara 'totok', dan mengikut arus, boleh sampai ke muara. :D

yang penting, insyaAllah inner core kita.
siapa kita, dan how kita punya prinsip dalam hidup.

kalau kita memilih islam dan iman sebagai necara, pasti perkara2 jahiliah itu adalah lumpur yang perlu dibasuh, dan karat yang perlu dikikis. andai kita memahami, islam itu bukan sekadar rukun yang lima dan solat yang lima.islam itu cara hidup. islam itu kata kerja. amal. insyaAllah, kita akan lebih risau "apa Allah kata" daripada "nnti kalau aku buat ni, ape orang akan kata wei".

yang penting, how we perceive life.
jati-diri.

insyaAllah, kalau dalam mantap (pemantapan diri adalah proses yang berterusan, dan bukan hasil(end-pont); maka lemparlah diceruk mana pun, pasti iman, hati dan diri akan terjaga.

lalu, andai pembaikan diri itu satu proses, maka ungkapan, "aku belum cukup baik", "aku tak layak", "ilmu aku tak tinggi", rasanya tak perlu diluah (utter), bila ada orang mengajak kita membuat benda2 baik. e.g berdakwah (amal maruf nahi mungkar). ataupun berkumpul dengan orang2 baik, untuk buat kerja2 baik. segala2 bisikan itu hanyalah datang daripada syaitan yang gerun melihat umat pilihan Allah ini untuk bersama2 berjuang menengakkan syariatnya.

insyaAllah, tertulis ini untuk diri sendiri dulu; untuk yang menulis artikel diatas, dan yang ditag, yang "like", yg bagi komen, dan semua.

p/s- nak pegi study, ade satu lagi paper maut. tata~
14 January 2010 at 19:14 · Like

Aishah Abas-
thnks byk2 iqbal..huraian yg lengkap..x perlu syarah lain lg..yup3..terus berjuang utk paper anda..gudluck!!!!
semoga bermanfaat buat sme k...insyAllah..
14 January 2010 at 19:26 · Like

Syamil Shuhardi-
double thumbs up... ^_^
14 January 2010 at 19:32 · Like

Syamil Shuhardi-
kalau dlu brhadapan dgn org yg xtau agama... tp skrg org yg tau agama tp taktau mnghayati nilai agama... lg susah...
14 January 2010 at 19:33 · Like

Syaidatul Akmar-
btl2...sokong aisyah...
15 January 2010 at 01:23 · Like

Basirah Ghalib-
sya stuju ngan kak ecah huhuhu
15 January 2010 at 10:38 · Like

Aishah Abas-
‎2 la..jom sama2 kte mengingatkan..cbe mula skit2 ..kat fb pun boleh kan..x yah tunggu buat blog...klo rs ada apa2 yg menarik nk share..ley post n pas2 share opinion sma2...best jugak klo cm2...
-nk kurangkan buat quiz yg mgarut2 nie...ahaks
16 January 2010 at 07:18 · Like

Aimi Hamizah-
jazakillah atas ingatan~
penyakit hati paling dahsyat : ignorance
tahu tapi buat xtahu~
turut sedih melihat persekitaran...
bersyukur kerana Dia menyedarkan...
Dia sentiasa membimbing supaya hidup ini terarah
dan berharap agar Dia terus menyedarkan dan membimbing diri ini dan shbt2 seperjuangan khususnya,
dan umat Islam seluruhnya umumnya,,,
insyaAllah

"berdoalah kerana ia merupakan senjata org mu'min~"
peringatan yg kerap kali singgah di akal dan hati sejak akhir2 ini...
yang tersedar harus mendoakan diri sendiri dan juga yang lain..
kerana syurga itu terlalu luas..takkan la nak masuk kita nak masuk sorang2..

wallahua'lam~



p/s1-really appreciated the comment....mereka rakan2 yg sentiasa mengingati sy ..thnks to Allah for this ukhwah
p/s2-dh lama habis masa disini...kena g common room cepat utk study..abiskan target arini..iA..semoga dipermudahkanNYA

Saturday, 6 August 2011

manfaatkan pagi anda

being in medical college means u really need to study most of the time
really need to arrange ur time wisely
honestly scarifying ur sleep is always one of the things that u need to do
n ramdhan does help me a lot
in disciplining myself

memandangkan internet kolej sgtla lambat
subuh adalah masa dimana x ramai org akan online
jd mari ambil kesempalan
utk loading ceramah2 yg best kat you tube yer kwn2
sambil2 solat subuh
tgk2 ceramah 2 jam pun dh abis loading
ley smbung dgr sampai dhuha pula
x dela ngntuk utk tido lepas subuh kan
bak pepatah arab sek2 dlu
"early bird catch the best worms"
mulakan sesuatu yg baik dipagi hari
mathurat dan doakan
moga2 hari kita dilancarkan
dan dipermudahkan urusan
iA

dan satu ceramah yg sgt best
sy mengambil ms 2 pagi utk habiskanya
slow2 br boley hadafkan


BICARA SELEBRITI DI HARI HIBURAN ISLAM




Byk yg dpt dipelajari dan hayati
kesemua mereka adalah idola yg sepatutnya dijadikan cth

setiap dari mereka punya kata2 yg menyentuh kalbu
benar berubah itu susah
istiqamah juga susah
dan memperbaiki niat dakwah bukan kerna riak juga susah
namun kekuatan kita pada doa
sebagai senjata org muk'min
percaya pada doa
sepenuh hati kpdNYa
tanpa penat
setiap hari
seusai solat
tiap kali waktu mustajabnya doa
dan dipenghujung tidur juga
andai muncul atau detik rs riak
selangkan dgn istighfar
amalkan istighfar juga setiap kali sebelum tido
moga hari mendatang lebih tenang
bukankah Allah juga berfirman
"dgn berzikir hati akan menjadi tenang"
sama2 cuba yer kwn2
iA

p/s-alhamdullillah..sudah 7 ramadhan....ramdhan paling bermakna setakat ini..biarpun nk exam sgt2...tp hati sgt tenang..moga dipermudahkan urusan..iA

bazar ramadhan...peniaga makanan n those sweet memories


ini bazar ramadhan pertama sy di melaka
dan ianya pd 5 ramadhan
x teruja utk pergi diawal2 ramadhan baru nie
kerna masih byk lauk berbaki di peti

tersenyum sendiri sambil jln2 di bazar
melihat gelagat peniaga2 mempromosi mknn mereka
terkenang pengalaman di malam lagenda 2009 dan 2010
sy pernah menjadi sebahagian dr mereka

jom tgk blik catatan lama
tajuknya

"a tired weekend but it's fun"


Lagenda 2010
alhamdulillah...satu event yg menarik except bab2 persembahan tu la..sebab cm lagha skit ek
yg selebihnya..sy bersyukur sebab mmg impian sejak msk mmmc ni nk contribute something for student manipal n lagenda adalah satu event yg mana impian saya tercapai
begerak dlm fa-c team selama ini...sy mmg gemarkan majlis dimana sy dpt mengasah communication skill dan juga berinteraksi ngn org ramai
sebab tu mungkin sy memilih jemputan dan penginapan sbg biro sy..hehehe
maka ..berpeluang lah kami berkenalan dgn pelajar2 dr davangere,,karad..kola dan bangalore ..alhamdulillah
sy juga punya ajk yg sgt best..iaitu zarif dan farid yg byk tlg selesaikan urusan2 byrn hotel dan sbgnya meskipun drg exam ms tu....

gerai lagenda
pada mulanya sy dh serik dan x nk bukak gerai lg...pengalaman tahun lepas cukup memeritkan...
namun sy x pernah serik...degil barangkali..dan sy sering mahu membuktikan sesuatu yg sy boleh lakukan....
Lagenda 2009

pengalaman tahun lepas sy jdkan pengajaran..buat keje team mmg dpt kurangkan beban kerja tp sgt pening apabila memikirkan kita terpaksa menyusahkan rakan2 sdr....kesian drg dan byk rsnya masalah pd gerai tahun lepas menyebabkan sy kecewa
bayangkan tahun lepas sy mensasarkan jualan kuah kacang dan soto ayam..tp akhirnya kuah kacang dan nasi impit x brapa nk jd sebab jumlah yg byk..klo msk byk2 n sikit2 lain....tendency utk mskan x jd klo byk adalah tinggi..tambahan pula utk nasi impit..sy terpaksa himpit sendiri... x da yg siap dlm paket..susah tu
even sy cuba merancang sebaiknya dgn menyediakan kacang tumbuk seminggu sebelum lagenda....bli santan byk2 dr mangalore lg...sebab manipal ms tu kekurangan santan...punya la berfikirn jauh....goreng dan blender tiap mlm smbil bc buku patho..ingt lg tue...sebab bbrpa hari lpas lagenda ktrg ada block 1 exam ...smgt kan
dan pd hari jumaat sebelum lagenda...kami ada annual day...msih ingt lagi...hari jumaat lg kami start msk....sempat mlm tu bersiap2 g annual dinner night 2009 dan blik lagenda msk nasi impit smpai 3 pagi..
seawal pg sabtu...sy ke pasar ngn nadiah..bli beberapa brg lg...start msk sup dan tgh2 msk kuah kacang.sy berlari smbut student dr bangalore pula....pastu blik umh tgk2 kuah kacang dh hangit...ngeh3..a big mistake
mmg tgh ari sabtu tu sy hampir rs nk nangis mengenangkan byk x siap lg...dhla fruit koktail ktrg jd sediki pahit mlm tu sebab salah bubuh apple....serius rs semua x jd..tp sy kata pd diri yg sy dh byk susahkan org ramai so sy harus teruskan..no turning back...
mlm2 ....begedil dan soto...sup ayam dan mee kari telah menyelamatkan semua yg kami x berjya siapkan..mmg smgt kami menjual la...dan tutup je gerai...muka msing2 dh mcm mak cik ape je..ngn peluh nyer...mmg x comey dh la
yg pling x best ada satu insiden yg memalukan sy...di lontarkan oleh srg senior.....klo la sy dpt explain apa yg jd kat sy pg tu kat dia..musti dia x sanggup nk kondem sy cmtu...klo la dia tahu..tp biar semua ni jd rahsia ...
blik umh dlm pkul 12..sy terpaksa buang sme mknn x jd ..rs cm nk nangis tgk pembaziran mcm tu...tp nk buat cmna..klo lg tgk lg kecewa...sy buang dan kemas ..mop semua rumah blik..luckily mas tlg
sy amat bertema kasih kat mas,zaty,nadiah,zam,mira ,hafiez dan lain2 atas sumbangan dan jasa drg dlm tlg gerai kami tahun lepas....thnks sgt2

gerai lagenda 2010
jd tahun ni sy sebenarnya dh serik nk menjual lg...dh sy katakan dr awal..tp ntah cmna..zam ngn mas nk menjual pulak..ditambah pula ngn idea mun ngn mee rebus dia bersama kak syikin
jd sy pun tetiba rs nk jual mee kari...tp kali ni sy nk fokus..mee kari shj dan sy x nk susahkan sape2...sy nk buat sendiri semuanya
beberapa kwn tanya sy..btul ke sy nk menjual ni sebab mereka tahu syg sy terlibat ngn ajk lagenda mlm tu..
tp sy katakan iA boley..sy ingin dan mahu melakukanya..kedua2 nya..gerai dan jemputan lagenda --tinggi btul smgt ms tu
sy cuba settlekan tempahan hotel seawal mungkin dan persediaan gerai sy buat agak lambat...msih berbelah bagi pd awalnya...x mcm dlu..jumaat sebelum lagenda br sy sibuk buat persiapan
terpaksa ponteng satu kelas surgery sebab kena settle pasal udang dan bwg yg byk harus dikupas
dan pd hari lagenda.....br sy sibuk..
bgun awal smpai terlebih awal subuh sy...x pernah2 awal cmtu..smpai dam tanya..aishah solat pe..subuh x msk lg..punya la smgt.hihihi
lpas subuh je..sy dh mula rebus-merebus udang..smbil2 rebus..sy dpt penggilan yg bdk davangere dh smpai..berlari sy skjp ke food court dan smbut drg...amik byrn n hantar drg ke udupi..blik umh..sy smbg msk lagi
alhamdulillah..by pukul 1..sy dh berjaya siapkan kuah mee kari sy..yg sy bajet2 cukup utk 70 org je..sedangkan target sy utk 100 org..jd cmna....elok2 nk solat..sy dpt panggilan yg kwn2 dr bangalore dh smpai...terpaksa sy berlari ke food court sekali lg..briefing dan bg kunci blik dan buat jualan kupon ngn efa...dibantu izzah.farid dan zarif...lepas bg kunci..sy terpksa tinggalkn mereka sebab drg ada rehearsal...
ada yg ternmpk trauma yg berlaku pd tgn sy..sy hanya sy jwb adalah..ktrg msk utk mlm nie..dtg la gerai kami..hihihi
alhamdulillah..by pkul 5..kami angkat semua mknn ke gerai dan start jualan by pkul 7....sme siap dan by pkul 11..jualan tamat
yg dpt sy katakan ...muka sy amatlah tidak malu semasa tgh jual tu(sebab kalau menjual ni kena pandai promosi)...semua sy tegur ajak mereka membeli..
walaupun gerai kami share...tp sy fokus pd jualan sy shj
alhamdulillah sy berjaya dan segalanya selesai
sy amat mengagumi smgt 2 kwn2 batch sy menjual...
scr total..ada dlm beberapa gerai juga la mlm tu
noodle station kami-dzam,mas,aishah,hajar,kak syikin
aza corner ngn kuih muih tradisi mereka
chinese food corner by carol,elora and the geng
d'raju corner by anak2 papa raju
souvenir shop by kartik and the geng...
mmg smgt batch kami..tahniah2....
only if sy x menjual..adakah pasti sy akan enjoy utk spend the night by watching the performance of our last lagenda...sebab sy x sempat tgk satu pun persembahan mrk yg kebykannya persembahan tarian..namun bagus juga...terhindar dr lagha sekejap malam tu...
tp apa yg terjadi ada hikmahnya....even ibu kata x la berbaloi sgt hasil untung ngn kepenatan yg sy lakukan ..tp sy puas...bukan senang nk cr duit..so klo nk spend duit lebih2 pun beringat2 la pas nie
alhamdulillah
kesan dr pembukaan gerai tu
sy lebih memahami semangat seorang peniaga mknn
bukan mudah nk menyediakan bahan ,memasak dan berniaga hingga habis
jadi azam sy utk mengahargai mereka lebih di kemudian hari
iA
apapun..berniaga mmg boleh untung
kerana itu sendiri adalah sunnah Rasullullah bukan

p/s1-sdg tunggu satu panggilan penting..semoga dipermudahkan dan diberikan yg terbaik olehNYa

Friday, 5 August 2011

kursus ramadahan...grab the chance



kata ayah
anggap ramadhan umpama kita pergi kursus
dimana dlm kursus
byk aspek disiplin ditekankan
masa yg suntuk
aktiviti yg byk
kdg2 "ada barang amanah" yg perlu dijaga
disiplin mematuhi pemimpin
bersahabat,berukhwah
dan di akhir kursus
apa yg dijangkakan oleh penganjur mestilah
pesertanya mematuhi dan terus berdisiplin diluar kem atau kursus itu juga

sama juga dgn ramadhan
dimana dibulan ini
perlu intensifkn dgn ibadah
disiplin solat diawal waktu
dan aktiviti sunat
dan tentatif ramdhan ini mustilah list Mutbaah amal kita
malah lebih kerana amalan kita digandakan lebih dr hari biasa
semoga ramadhan berjaya membawa perubahan
dan berkekalan di akhir ramadhan juga
iA
berusaha sungguh2
berdoa sungguh2
dan semoga dipermudahkan

sesuatu baru yg harus diperhati dan dipelajari.....

http://www.malaysiaharmoni.com/


Perkahwinan bukan sahaja mengikat antara sepasang manusia yang bergelar suami dan isteri. Malah ia merupakan pertautan antara dua keluarga, mungkin juga dua bangsa atau dua negara. Justeru, apabila secara sah anda dinobatkan menjadi suami atau isteri, maka serentak dengan itu anda juga menjadi menantu kepada orang yang bergelar ayah dan ibu mentua.


Untuk menjamin kelangsungan sebuah perkahwinan, tidak cukup sekadar pandai menjaga hati, memadu kasih antara suami dan isteri sahaja. Sebaliknya anda juga harus tahu mengambil hati dan menagih kasih mentua.

Mentua adalah orang yang menjadi sebab kepada wujudnya pasangan anda. Merekalah yang bertanggungjawab membesar dan mendidiknya hingga menjadi manusia yang serasi sebagai pasangan untuk anda. Mereka mengenali pasangan anda jauh lebih dahulu daripada anda dan sayangnya mereka kepada pasangan anda tiada taranya.

Oleh itu jika anda ingin bahagia di sisi pasangan anda, disayangi oleh mentua dan disenangi oleh ahli keluarganya perkara-perkara berikut perlu difahami. Sebahagiannya apa yang wajib anda lakukan dan sebahagiannya apa yang mesti anda jauhi.


i. Janganlah anda mengharapkan cinta anda yang baru berputik itu akan menjadi saingan kepada kasihnya mentua anda kepada anaknya. Jangan sekali-kali anda cuba mengalihkan kasih sayang pasangan anda terhadap ibu dan bapanya.

Ingatlah perkahwinan tidak mengubah perintah Allah s.w.t. kepada setiap hamba-Nya.


Dia telah berfirman (maksudnya):


“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata -mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintah-Nya, maka sesungguhnya dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.”

(Al-Isra’ 17: 23-25)


Maka bantulah dia, berilah dorongan kepadanya agar menjadi anak yang soleh, yang dirahmati dan diredhai Allah s.w.t. Dengan itu secara tidak langsung anda juga mendapat pahala kerana “orang yang mendorong ke arah kebaikan baginya pahala seperti orang yang melakukannya.” (Maksud hadis riwayat Muslim daripada ‘Uqbah bin ‘Amru)

ii. Anggaplah diri anda juga anak mereka dan mereka adalah ibu dan bapa anda.


Sayangi dan hargailah mereka yang telah berjasa kepada anda. Mereka telah bersusah payah mempersiapkan seorang insan yang dapat memenuhi citarasa anda, walaupun tidak sepenuhnya, namun ia tetap mengisi tuntutan naluri anda. Allah s.w.t. berfirman (maksudnya):


“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan- keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

(Ar-Rum 30: 21)


iii. Gembirakan hati mereka dengan akhlak dan budi bahasa. Mereka tidak mengharapkan anda menjadi manusia yang sempurna. Jangan malu untuk mengakui kelemahan diri.

Misalnya jika anda menantu perempuan yang tidak pandai memasak, nyatakan terus terang kepada ibu mentua dan minta supaya dia ajarkan. Tindakan seperti ini akan akan membuat dia berasa gembira dan dihargai.

iv. Ketahui minat mereka dan cuba fahami apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka.

Jika mentua anda minat berkebun, maka cuba-cubalah jenguk kebunnya dan bantu apa yang patut. Jika mereka minat menulis, bacalah tulisan mereka dan berilah pandangan anda tentang tulisan mereka sama ada setuju atau tidak. Mereka tidak perlukan pujian. Yang penting mereka mengetahui bahawa anda mengambil berat tentang diri mereka. Walau bagaimanapun jika mereka meminati perkara yang haram di sisi Islam, janganlah anda terikut-ikut pula. Jauhilah dengan cara berhikmah dan bijaksana.


v. Merendah diri dan berkhidmat kepada mereka. Merendah diri tidak bermakna menghina diri. Berkhidmat tidak bermakna menjadi hamba.

Dalam hal ini Nabi s.a.w. adalah sebaik-baik contoh kita. Daripada al-Aswad bin Yazid r.a., katanya: Sayidatina Aisyah r.a. ditanya tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika baginda berada di rumah. Beliau menjawab: Baginda berkhidmat kepada keluarganya. (Al-Bukhari). Abu Hurairah melaporkan bahawa baginda bersabda (maksudnya): “Tiada merendah seseorang kerana Allah melainkan diangkatkan darjatnya oleh Allah s.w.t.” (Muslim)

Sebagai contoh, pada waktu makan bersama, jangan bangun ketika mereka sedang makan. Tunggulah mereka selesai dan bersihkanlah hidangan. Kalau terpaksa, mintalah izin sebelum bangun.


vi. Jangan lokek dan berkira dengan mentua terutama apabila mereka datang ke rumah anda atau anda berkunjung ke rumah mereka. Ingatlah! Mereka telah terlalu banyak berkorban untuk membesarkan pasangan anda.


vii. Doakan mentua setiap kali mendoakan kedua-dua ibu bapa anda. Katakanlah: “Ya Allah, ampunilah dosa kedua-dua ibu bapaku dan kedua-dua ibu bapa suami/isteriku dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mendidik kami pada waktu kami kecil.”



Ustazah Maznah Daud

Ketua Wanita

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)


sy ingin mengulas serba sedikit article ni...satu artikle yg menarik utk bacaan semua kerana kita semua iA akan menempuh alam ni..sy sendiri kerana mungkin punya ramai abg dan kakak..dr segi pemerhatian...byk yg sy pelajari

seperti ibu dan ayah sy sendiri...mereka sgt tegas dlm mendidik kami namun mereka sgt berlembut dgn menantu2 mereka..bak kata ibu"korang kalau dpt ibu yg garang..nanti mesti mak mertua krg baik"..dan ahamdulillah..mak mertua kpd dua org kakak sy sgtla sporting

pada ibu...beliau x mengharapkan lebih dr menantunya..pd beliau ,,,beliau berasa sgt beruntung punya menantu yg solehah utk membimbing cucu-cucunya dan menjaga anak2 lelaki kesayangan ibu..dan menantu ibu semuanya profesional belaka..jd ibu sgt bangga dan peka dgn kesibukan menantu2 ibu ..tp jgn x tahu..ibu sy mmg gemar memasak dan suka anak2 menantu memasak utkya..pernah ibu berpesan pd kami....klo g umh mak mertua nanti...tanya2 la mcmana mak mertua kamu memasak..belajar cr mereka...pastu pandai2 modified bg sedap...br mak mertua syg.....

ibu sy juga sgt suka berkebun...dan juga ms lapangnya dihabiskan utk menguruskan halaman umh dan membersihkan mana2 bilik dan kawasan rumah yg berselerak.....setiap hari..ibu pasti mempunyai target beliau tersendiri...x pernah beliau sunyi dr aktiviti..ibu seorang yg multitask...beliau boley menjadi ibu,assistant peribadi ayah(dlm sokongan aktiviti politik dan menyiapkan kertas kerja ayah),tukang jahit dan designer(ibu dulu jahit bj sekolah kami sendiri) dan aktiviti2 lainya...she such a great thinker...mmg menyeluruh la....jd mmg agak pening kalau nk tolong ibu....namun ibu sgt suka dan menghargai setiap pemberian dan pertolongn anak2nya biarpun x diluahkan....mungkin apa yg kami hanya mampu ialah mendengar celoteh ibu,memberi kek dan card ulangtahun umur dan perkahwinan ,.menolong ibu menjaga tanaman bunga kesayangn beliau,tolong bercucuk tanam, menolong beliau di dapur dan tolong drivekan ibu ke kedai dan atas urusan2 lainya


pada ayah pula....beliau adalah seorang pemimpin bersmgt waja..beliau sgt meminati bidang politik dan suka bersembang ttgnya..ayah juga seorang pemikir yg kritis...suka membaca dan menulis..katanya "dgn menulis..ayah boleh elak dr ayah dr nyanyuk dan lupa".ayah gemar klo kita bertanya khabar beliau dan apa aktiviti terbarunya..lagi gemar jika dpt diajak ke masjid utk jemaah subuh dan maghrib bersama...malah sejuk hati beliau jika solat di rumah dipimpin oleh anak menantu.jika punya waktu terluang.ajakan ayah utk jemaah bersama harus diambil sbg satu peluang utk mempereratkan ukhwah..klo ke masjid bersama...dpt punya teman bersembang dan driver juga kata ayah...sebenarnya..ayah bangga utk kenalkan menantu2 dan anak beliau...jd apa salahnya kita banggakan ayah dan mak yg penat membesarkan kita kan...

kepulangan anak menantu di rumah mertua hanyalah dpt dilakukan sekali sekala...punya anak yg berpendidikan tinggi sentiasa menyebabkan waktu terluang utk ibu dan bapa kita sgtla singkat....jd...setiap kali raya atau cuti..mungkin kita boley amik peluang utk mengembirakan hati mereka sbyk mana yg kita mampun...terukir senyum diwajah ayah dan ibu setiap kali kita menitipkan wang raya dan sehelai dua persalinan bj buat mereka menjelang perayaan..x putus2 ibu dan ayah memuji kalian dan x putus2 juga persalinan tersebut digantung dan dipakai berulang kali..sebenarnya bukanlah wang ringgit yg didamba..hanyalah ingatan tulus ikhlas dr anak-anaknya

ada sebahagian dr kita beruntung kerana dikurniakan ibu dan bapa mertua yg baik ....namun begitu..jgnlah dibandingkan antara kasih dan didikan ibu bapa dan ibu bapa mertua

pernah terbaca ttg satu kisah

bgmana seawal usia(anak2)..kita sering bangga dgn ibu bapa kita...mereka menjadi idola dan wira dalam segenap perkara

menjelang remaja...kita mula mendengar kisah didikan kwn2 dan rakan2 remaja pula...mula kita mencari kesalahan ibu bapa dlm mendidik kita pula..sering apa yg dikontarkan.."kenapa mak kwn sy bg kluar umh ..tp ibu x..knapa kwn sy boley je buat cmtu,,,tp sy x?...kenapa ibu ayah kwn sy rajin melawat sy di asrama tp bukan ibu dan ayah sy?

sedarkah kalian nasihat itu semua kerana syg dan kasih ibu dan bapa buat kita,kseibukan mereka mencari nafkah buat kita membesar dan mendpt pendidikan sempurna

sesudah berkahwin..punya ibu bapa mertua yg sporting ...kita mula membandingkan mereka dgn ibu bapa kita sendiri..tanpa kita sedar ibubapa kita pasti x suka akan itu..masih ingatkah kalian ketika kita kecil..jika dibandingkan kita dan sepupu kita..pasti kita menarik muka dan x suka bukan...

semikin merkea berusia...segala kelemahan ibu bapa akan terlihat....segala yg buruk menjadikan kita merasa beban menjaga mereka...sedarkah kita akan jasa ibu mengandungkan kita dan mendidik kita sejal dr x tahu apa2 sehingga berjaya

malah terkesan sy dgn kata2 seorg ibu kpd anaknya

"mak harap mak meninggal sebelum mak menjadi beban kat anak2...mak takut nanti..makin mak tua...mak mkin dibenci..bukan disayangi oleh anak2 sebab kekurangan mak....biarlah mak... meninggal dln keadaan disukai bukan dibenci anak
2

sungguh,..sy syg akan ibu bapa sy ....marilah kita cuba sedaya upaya membahagiakan mereka sehingga akhir hayat.....





p/s1-ni sebenarnya satu pos lama....yg ditulis kembali dr blog lama...kenapa ek... buat sy dan kalian utk renungi dan pahami juga,moga ilmu ini berguna dimasa hadapan..hanya perhatikan dan belajar dr pengalaman mrk yg lebih tua....
p/s2-lucu juga..arini iftar beramai2...teruju sy mencuba kuih butir nangka...namun mereka yg bukan dr kelantan x tahu kuih ini..sampaikan tahap mereka x tahu mcmana nk mkn....pengajaranya....it's better to follow the flow...kuih itu hanya akan sy buat pd mereka yg mengemarinya seperti keluarga sy shj.....utk kawan2...eloklah kte balaja2 buat kuih2 yg universal dan diterima semua org k..kerana kita perlu mempelajari budaya luar juga...iA

Wednesday, 3 August 2011

membina mukmin proffesional

hikmah kisah tersesat sy hingga ke semenyih tempoh hari
sempat juga sy dgr2 tzakirah di ikim
x byk yg dpt sy fokus sebab sibuk cari jln
tp ada beberapa kata-kata yg sgt menusuk hati saya
mengapa umat islam harus cemerlang!!!
kerana agama islam sebenarnya memberikan motivasi kpd umatnya setiap hari
kearah kecemerlangan
laungan 5 kali setiap hari
dalam azan kita diseru
tanpa jemu
namun adakah kita sedar
dan menjadikan seruan dan peringatan itu satu motivasi harian
kita punya solat,puasa,
yg mengajar kita erti sabar dan tidak mudah putus asa
kita punya zakat
mengajar sikap pemurah dan memahami kesushan org lain
kita punya solat jemaah mengajar erti disiplin dalam mematuhi pemimpin
kita punya al-quran panduan dalam semua perkara
kita punya konsep usaha sehabis baik dalam setiap perkara
dan tawakal padaNya diakhirnya
kerana hanya pada Allah penentu segala yg terbaik buat hambaNYa
seperti kata Dr soe soe dalam medical ethic
"a good muslim will be a good ethical doctor
kerana islam mengajar kita semua nilai2 baik yg ada pada seorang manusia
dan sebaik2 contoh adalah rasullullah
jadi
kenapa gusar andai kwn2 mengatakan kita rajin,
pabila mereka soalkan kenapa kita selalu puasa,solat
dan jawapan yg sebaiknya mungkin
kerana islam mahu mengajar dan melatih kita dengan disiplin
dan nilai2 individu yg cemerlang melalui ibadah2nya
if we become a TRUE muslim
dan masuk kedalamnya secara keseluruhan
bukan separuh2
proudly said
i'm a muslim
i'll be a professional mukmin
to serve my religion
and be somone that can benefits the ummah
iA





sy sgt suka lagu ini..lagu ni dh lama...tp dinasyidkan kembali....lagu kegemaran kami adik-beradik ketika kecil dan pernah juga dinasyidkan oleh naquib pd kami ms zaman tadika nye...sgt comel dan memotivasikan bukan!!

Monday, 1 August 2011

1st ramadhan-a day to remember

i really shall remember this day
bagun pagi...sy merancang byk perkara
dan sy rs sy dpt buat semua kerja utk lelaki mahupun perempuan
dgn usaha bersungguh2
bermula dgn
masak2 dgn ibu,
hantar kereta service ngn ayah
drive ke melaka
end up
sy sesat sampai semenyih srg2 ondaway to bangi
terpaksa iftar dlm kereta
solat maghrib dan terawih di masjid al-alami
dan kemuncaknya
kereta tetiba x boleh start pd jam 10 mlm
tersadai di parkir masjid
by that time
sy fikir
i do need a man to handle this
hohoho
nasib baik terfikir adanya hajar
minta tlg dia ambilkan kami
dan kereta ke bengkel nmpaknya
nasib belum diketahui
sebab sy mmg x reti lgsg bab keta dan techno2 nie
dan kesimpulan sy dan qilah
that's why women and men need each other
ok
lain kali jgn riak ingat boley buat semua
huhuhuhu
pengajaran yg sgt mendalam buat hari ini
dan manusia merancang
tuhan juga menentukan
yg terbaik buat hambanNya
sering merasakan setiap pengalaman pahit salah satu cara
utk belajar erti hidup
jgn mudah menyesal dan menyalahkan sesiapa
kerna pasti ada hikmahnya
iA