Wednesday, 26 October 2011

ilmu2 baru

satu kegemaran baru sy adalah membeli buku
selepas menyedari kepentingan menjadi org berilmu 
buku sy kumpul dr
pesta buku dipwtc
buku2 adik dan ayah dirumah
selalu juga singgah ke kedai buku tiap kali kunjungan ke shopping mall
akhirnya sy punya himpunan buku sy sendiri
yg menjadi peneman tatkala bosan menelaah buku medic
namun kekangan masa menjadi halangan utama 
kadangkala membaca dan menghabiskan satu2 buku memakan ms
dan memerlukan motivasi yg tinggi juga 
akhirnya sy menemui satu cara baru utk bersemangat menghabiskan menelaah buku2 yg telah sy beli
yg mengandungi ilmu2 yg ingin sy ketahui 
bagaimana?
Alhamdulillah,
kelas2 progran anjuran kwn2 dan masyarakat setempat x pernah lekang dr diari sy
dan sy mengambil peluang utk hadir ke majlis ilmu itu bersama beberapa buku yg berkaitan 
sambil2 menunggu penceramah..
sambil2 break mkn tgh hari atau ptg 
sy isikan dgn membelek dan berbincang bersama rakan 
ttg isu2 yg berkaitan
satu kaedah yg sgt berkesan sy kira 
spt mana kelas fiqh mengenai solat cr nabi pd 3 minggu lepas
sempat sy berkongsi ttg buku fikrah wanita yg sy beli di seminar bersana prof dr muhaya baru2 ini
dan dipenghujung hari
kami bersepakat bahawa
byk sungguh ilmu ttg fiqh wanita yg perlu diketahui semua muslimah 
dan sbg doktor wanita 
bab2 ibadah pesakit wanita ketika haid,nifas da istihadah  perlu diketahui 
sbg panduan lengkap pd pesakit nanti 
it's a must book
perlu dihabiskan dan diaplikasi
insyAllah 
Comparative Religions,
"tell me about islam"
adalah satu seminar Anjuran Islamic Propagation Society International
yg sempat sy hadiri pada cuti depavali semalam
oleh bro kamaruddin dan juga bro Mohamed
sempat juga saya capai buku biru hijau dirak 
berjudul "tuhan utk semua"
yg itu dibeli dipameran buku pwtc sekian lama
yg sy beli kerana ingin berdialong ttg ketuhanan jika berkesempatan bersama rakan2 non muslim
andai mereka bertanya ttg islam 
malah kehadiran ke sharing semalam sgt menarik  
byk ilmu baru ttg agama2 lain
membolehkan sy memahami rakan2 non muslim  
yg sy sudah kenAli sekian lama
sejak mendaftar ke MMMC
diakhir acara
sempat juga kami berbincang dalam sesi bengkel
membuka mata  kami ttg soalan 2 tipikal yg didebatkn oleh non muslim 
alhamdulilah..dpt juga belajar beberapa teknik baru
dan pendekatan yg lebih berkesan
teringat juga sy akan beberapa peristiwa
yg memperkenalkan sy dgn tajuk comparative religion 
sejujurnya
selama 17 tahun dahulu
sy hanya tidak berpeluang mengenali lebih lanjut rakan2 yg berbangsa dan beragama lain selain dr islam dan melayu
dalam ingatan sy
hanya seorang yg masih sy ingay sehingga kini iaitu 
rakan sekolah rendah di jitra 
Susan namanya 
dan selepas itu rakan sy muslim sahaja 
namun melangkah kaki ke INTEC 
sy berpeluang berkawan dan belajar dgn non muslim dan bangsa lain
byk kebaikkanya 
sy berpeluang memperbaiki english sy
dgn berani2 bersembang panjang dgn mereka 
dan di manipal 
sy mengenali lebih rapat budaya msyarakat india 
dan juga ketika mengembara 
memahami prinsip dan sikap org eropah pula 
di INTEC juga
satu interfaith seminar pernah diadakan 
dan saya masih ingat speaker yg hadir pd masa itu
terdiri daripada beberapa pakar dlm agama masing2
antaranya paderi kristian,expertist buddha dan hindu
dan yg paling menarik adalah brother shah kirit
seorang hindu yg kembali pd fitrah dan memilih islam 
sgt seronok mendengar kisah beliau mencari hidayah
kerna sy percaya jika islam digambarkan secara benar oleh setiap umat islam 
sudah pasti tiada siapa yg terlepas dr hidayah Islam ini
dengan izin Allah insyaAllah 
sejak itu
sy cuba melakukan sekecil2 perkara 
dgn cuba menunjukkan cth yg terbaik pd rakan2 non muslim 
berkwn dgn lebih ramai dan lebih rapat
dan cuba memahami budaya mereka
benar islam itu fitrah 
dan setiap apa diajarkan rasul itu kena dgn fitrah semulajadi manusia itu sendiri 
seperti mana manusia suka melihat sesuatu yg ditutup
rakan2 non muslim juga suka melihat kita bertudung dan berpakaian 
dalam byk2 rakan muslim
pernah seorang rakan non muslim berkata 
beliau gemar melihat cr sy dressing 
yg berlainan dr rakan2 muslim yg lain
dimana kdg kala terlalu ketat dan pendek 
mereka juga bertanya kenapa kami perlu memakai stokin dan juga armsock 
jwb sy
itu adalah tuntutan yg sepatutnya
menutup aurat bukan sekadar membaluti 
tp ada garis panduan yg harus dipatuhi 
a good muslim shall follow the right guidelines 
yg penting menutup aurat itu satu ibadah !!! 
bukan sekadar suruhan ...
namun soalan2 mereka tidak terhenti sekadar disitu 
pabila pulang ke malaysia 
isu2 agama semakin byk di media masa 
sedangkan kita sbg muslim kadangkala keliru 
bgmana dgn non muslim pula 
islam dianggap satu agama yg sukar diamalkan 
byk percangahan pendapat antara ulama'
belum lagi akhlak buruk yg dipamerkan 
remaja2 dan muslim yg jauh tersimpang dr jalan kebenaran 

tidak sahabatku!!!!
islam bukan seperti yg kalian fikirkan
islam itu indah dan mudah 
tidak pernah menyusahkan umatnya dalam amalanya 
islam adalah satu-satunya jalan kebenaran yg kalian cari 
mari kenali islam melalui sumber dan org yg betul
there's no harm to get know islam 
surely this religion will bring peace to ur heart  
as we had all the explainantion to ur doubt and questions
that might cannot be answered before
because we had Al-quran the greatest book
which never had changes and had any doubt in it
which had been memorised well for alamost 1400 years 
still never changes in the content 
and relevent up to now 
don't u guys want to have a look on it !!!
that's the miracles
those words from Allah the only God 
we muslim do love each others
we do love our non muslim friends
we want to share this peaceful religion with others 
and may Allah grant us paradise later
insyAllah 
so if u get interested 
i might be able to lend u few books to be read 
that might clear ur doubt 
beberapa buku yg sempat sy beli 
antaranya buku kisah ttg pencarian saudara2 baru
kisah ttg hijrah mereka
ttg pencarian mereka ttg islam 
dan kebayakkan mereka adalah paderi besar di negara masing2
maza ya'ni?
kenapa sy memeluk islam
diceritakan dgb terperinci
dan juga halangan yg mereka tempuni 
namun tidak setanding dgn ketenangan yg mereka temui
kata mereka
jika dikaji
byk percangahan didalam bible
dan persoalan yg x dpt ditemui
hanya islam mampu menjawabnya 
dan kerna itu
mereka sendiri kelihatan lebih bersemangat dalam nk menyebarkan islam 
kerana mereka mengkaji agama islam sedalam-dalamnya
pengislaman mereka lebih menyeronokkan 
bagai menjumpai mutiara baru dalam hidup
dan menghargainya dgn menjadi muslim yg baik 
berbanding kita yg menganut islam sekadar mewarisi
dan hanya kadangkala beribadah hanya kerana adat bukan dgn memahami 

ketika kembara europe
terkesan sy dgn sebuah booth ttg islam yg dibuka di dublin ireland
mereka memeperkenalkan islam 
dan memberi naskah tafsiran alquran secara percuma
pada non muslim yg lalu2 dijalanan 
kesemuanya anak muda yg sgt bersemangat !!!
sempat juga kami singgah
dan diberi naskah percuma 
Alhamdulillah...

resolusinya 
pengalaman dan ilmu yg diperolehi
ingin sy kongsikan bersama 
dan langkah2 seterusnya harus diatur 
utk memperolehi lebih byk ilmu
dan berkongsi keindahanya Islam bersama rakan2 lain 
insyAllah 

p/s1-next program nk buqt utk masyarakat felda pula..lama rsnya x buat kerja2 khidmat masyarakat,boleh praktise cmna nk sampaikan ilmu pula...kena byk2 training dr dgn aktiviti sebegini agar dpt develop skill utk mendekati dan menasihati masyarakat 
p/s2-lama sungguh x jadi organiser majlis atau emceee..rindu mic dan nk berckp je rsnya...ada org nk bg sy peluang jd moderator atau emcee majlis x..huhuhu..bakat terkubur lg..heheh
p/s3-weekend ni jd pengapit kak long(cousin sy kawin) ..dh dua kali sy jd pengapit ni...bila org nk jd pengapit sy pula...hoho..long way to go but insyAllah...dgn izinNya
p/s4-sungguh malas nk hantar kereta utk service...tp terpaksa juga...
tuba-tiba dalam perjalanan pulang...kereta tiba2 rosak balik dan pak cik pomen terkunci keta dari dalam dan ianya berlaku ditgh hujan tatkala sy bersendirian tanpa handset..byk sungguh dugaan harini.....alhamdulillah...settle dh semuanya....kan best kalau ada org tlg settle bahagian2 teknikal yg sy x suka nie..hohoho..berangan lg..=D
p/s5-petang semalam sempat usrah ngn kwn2 ditasik ayer keroh...sgt best berbicara ttg malu..tiba2 sy dtg idea dgn kata2 ni..sama2 hayati k
malu itu sifat naluri manusia
malu itu sebahagian dari iman
malu seorang muslimah memelihara beliau dari kerosakan maksiat
malu seorang muslimah membuatkan mereka sukar didekati lelaki bukan ajnabi
yg tertutup itu bukanlah lebih terpelihara dr yg mudah dikenali
so jdlah pemalu dan yg sukar itu
simpanlah utk hanya yg benar2 berhak dan halal
insyAllah...:D
nota:menjadi pemalu perlu bertempat juga yerr...jgn malu bertanya dalam mendapat ilmu pula!!!
 

Monday, 24 October 2011

sibuk ker sy:D

sgt lama x menulis di blog nie
mmg berhajat nk post lebih byk 
tp kekangan masa menyebabkan hajat terbantut nmpknya 
HIMPUN
alhamdulillah semalam berkesempatan menyertai Himpun 
sebuah perhimpunan utk menyatakan pendirian umat islam ttg isu murtad 
satu usaha murni pihak NGo
namun sy kesal kerana ianya telah dipolitikkan
kejap kata provokasi kerajaan
dan macam2 lgla 
penat
sy percaya bukan shj sy yg penat utk meneliti isu2 yg berlaku disekeliling sy ini
di malaysia tercinta
jika ketika di luar negara 
sy hanya mengambil tahu melalui berita 
kini lebih dr itu 
melalui media dan masyarakat umumnya
mrk disekeliling sy keliru 
dan terutamanya belia dan remaja 
mengambil jalan mudah 
dan kini tidak lg peduli 
dan selesa berada di dalam dunia sendiri
kita???
kesedaran perlu ada 
kepedulian ttg apa disekeliling kita 
dan perlu utk kita buat apa yg termampu 
jika mampu menyebarkan
tebarkan jaringan maklumat itu
jika mampu menghadiri 
teruskan langkah dan hadirkan jiwa
yg penting jgn pula kita menjadi
glgn yg menabur fitnah 
dan memecahkan umat islam pula
sepulang kami 
rakab bertanya 
apa resolusi dr Himpun yg kami hadiri 
yg jelas 
ianya satu usaha bersungguh2
pihak yg hendak menyatu umat islam 
dan kita harus menyokong 
malah satu medan utk mendapatkan maklumat jelas dan telus
ttg apa yg berlaku sebenarnya http://www.blogger.com/img/blank.gif
dan saya suka explaination dr zainur ttg hal ini
boleh baca disini yerr =D

 
Celik Mata Dan Jiwa
dalam 3 minggu yg lepas
sy berkesempatan ke  seminar anjuran assowah 
penampilan professor Muhaya 
dan beberapa panelist yg hebat juga 
buat kali keduanya sy berjumpa prof muhaya 
kali pertama 5 tahun lalu 
ketika di tingkatan lima 
dia antara inspirasi sy dalam bidang 
medic
kehadiran sy seharusnua ditemani kak wana
namun dia sibuk lalu sy shj yg dpt pergi
seawal pagi ahad 
bertolak dr kajang ke um bertemu maryam seketika
kemudia tanpa tahu jln yg betul 
sy cuba2 menuju ke shah alam bersendirian 
dgn doa agar sy dpt tiba sebelum jam 9
dan alhamdulillah,
cuba2 sy 
tepat jam 9 
sy tiba di perpustakaan baru selangor
sy dikira sebagai late comer
dan hanya seat terhadapan menanti sy 
namun syukur
dan peluang itu sy gunakan sepenuhnya utk bertanya soalan dan berinteraksi dgn prof muhaya dan lain2
hadir ke seminar seorang dr bukan sesuatu yg br buat sy
ESQ seminar ,winter gathering di aussie
pd sy ini medan utk melatih dr keluar dr circle kebiasaan kita
berkenalan dgn rakan2 br tanpa malu
dan alhamdulillah teman bersebelahan sy sgt ramah orgnya
kak syam dan sy malah berlumba2 bertanya soalan
sgt menyeronokkan
sempat juga berkenalan dgn kak ain n the geng
yg sgt lemah lembut
mrk semua tgh sambung stdy dalam bidang mata di hukm 
anak murid prof muhaya juga 
tetiba sy terinspirasi nk jd opthalmologist juga 
mana tahu boleh jd selembut dan seayu akak2 doctor ni juga
huhuhu..berangan lerr
namun apa yg lebih
pengalaman yg sy perolehi pd hari itu 
dikesempatan akhir
sempat sy menyapa prof sendiri sdr direct sms sesi fotografi
yg amat mengejutkan sy 
tanpa sy sempat explain pjg2
prof muhaya menyapa sy dgn satu soalan
ttg adakah sy yg menolak twrn "program itu"
sy amat terkejut dgn keupayaan beliau bc fikiran sy 
sungguh 
dan beliau tanya reason sy
selepas explain semua dln ms x sampai seminit
prof kata pd sy 
x pe,utamakan stdy dulu
peluang itu akan tiba juga..
dan sy nampak kamu ada bakat
insyAllah 
huh...mmg sgt terinspirasi
sy katakan pd beliau sy harap sy dpt belajar lg byk dr beliau 
dan menanti peluang utk bertemu beliau lg 
sebelum pulang 
sempat sy borong semua buku dan cd ceramah prof yg dijual 
dgn harapan moga2 dpr sedikit sebyk sy belajar dr cara beliau 
ms dan kesempatan mungkin x byk utk sy duduk meneliti
namun dicelah2nkesibukkan stdy 
sy harap dpt cuba baca dan adaptasi mana2 ilmu beliau dlm kehidupan insyAllah 

p/s1-tiada ms nk karang ayat panjang2 dan kerap2 sebab sy perlu perah otak utk mengarang "karangan satu lg" =D
p/s2-cbrn menjadi pelajar dlm negeri,kita punya byk tgjwb terhadap keluarga..ms harus dibahagi dgn sempurna,sbg cth minggu ini sy ada 2 kenduri sepupu terdekat dan juga exam!!!...bgmana tu?....
p/s3-agak menyesal x sempat berinteraksi dan mengenali saudara mara di kg pd kenduri kawin kak noy baru2 ni,walimah sebegini patut dijadikan medan penyambung ukhwah bukan!!!

Wednesday, 5 October 2011

Kisah kami (INCREDIBLE INDIA)

Siapa sy..Dimana saya??


Kini sy belajar di Melaka Manipal Medical College,sebuah college menawarkan kursus twinning 2 tahun setegh teori di manipal india,dua tahun setengah di melaka..secara basic program saya blajar theory selama 2 tahun di kampus manipal..ms ni byk kemudahan utk belajar teori berbanding tempat lain..berpeluang belajar bersama "cardaver" atau mayat yg diawetkan selama setahun utk subject anatomy dan lecturer2 yg mmg berpengalaman,yg menarik turut ada museum anatomy terbaik di asia di manipal.

semasa kelas anatomy bersama "real human brain"



Kedudukan universiti ini amat memudahkan sesi pelajaran..sgt dekat dgn hospital kastubra medical hospital dan beberapa hospital lain ,oleh itu senang utk ke practical year.selama 2 tahun akan belajar teori dan juga berkesempatan selama setengah tahun practical di india sebelum smbg tahun practical di melaka.Kursus yg sgt menarik dan releven kpd sapa2 nk amik medic kerana dpt mengunakan kepakaran dan sumber belajar yg byk di india utk teori dan terus practice mengikut keadaan dan penyakit-penyakit di msia yg jugak x jauh beza ngn penyakit2 di sisni.
Dan alhamdulillah,kini saya di tahun 2 dan dijangka pulang utk sambung practical year di melaka pada february tahun 2011

KENAPA MEDIC?


Selepas spm...berkat izinNYa sy berjaya peroleh 12 a dan terus memohon scolar Jpa..alhamdulillah dpt twaran utk sambung A-level di International Education Centre di Shah Alam sebagai program asas selama dua tahun,sy harus melepasi cut off point..12 drpd 15 utk sambung belajar ke india dan ianya juga syarat kemasukan ke MMMC. selain itu sy juga harus melalui proses temuduga sebagai syarat kemasukan

bersama rakan sekelas di INTEC..."the great 7M7"



ketika berkunjung ke MMMC di melaka..sebelum interview
" 7m7 "



Bagaimana dgn pengalaman sy beraya dirantau org dan berjauhan dgn keluarga..







sebelum fly"bersama kak wana dan maryam"

pada mulanya mmg sedih tp sy seronok "explore" dunia kecil manipal ini
pada mula sampai disini..sy amat teruja naik "auto"


'auto' ini adalah kereta beroda 3 berfungsi sebg teksi,bayaranya juga amat berpatutan dan menjadi pengangkutan utama disini.hihi (sebelum sy beli basikal hijau kesayangan sy)
dihadapan manipal green bersama mun..waktu ni musim hujan

di udupi..memborong saree utk mereka di malaysia.sgt murah dan cantik


Antara perkara2 menarik di tempat sy adalah ianya lebih kepada bdr kecil yg bergantung kpd pendidikan sebg sumber ekonomi utama.pelajar2 dan lecturer ,doctor dan kakitangan hospital mendominasi dan juga kedai-kedai yg menyediakan kemudahn kpd kami,

Sumber kebudayaan india adalah pd tarian dan nyayianya.perlbagai acara menarik tahunan seperti diwali, pongga dan lain2 lagi,dimana kebanyakan mereka akan berhibur ngn tarian dan nyanyian seperti dlm filem bollywood.Malah kami pd mulanya agak terkejut dengan kesanggupan lecturer kami utk menyanyi,menari dan berlakon smeta-mata utk meraikan kami ketika mula-mula sampai disini.mereka mmg sungguh sporting dan x lokek ngn pertolongan malah sgt dedikasi ngn tugas mrk.

Kami sbg pelajar Msia turut cuba memperkenalkan bdy malaysia kpd warga tempatan..saban tahun ktrg buat event "Lagenda" dimana kami akan mengadakan food festival memperkenalkan Malaysia dan juga budaya,pakaian.tarian dan segalanya tentang malaysia.malah kami turut menjemput pelajar malaysia dr seluruh india untuk menyertainya dan pada masa inilah kami berkumpul bersama.

Dari segi pembelajaran sy mulanya sgt teruja dengan pengalaman belajar n jumpa cadaver seawal minggu pertama ketibaan kami,kami terus diperkenalkan kpd cadaver sbg "Guru" kpd pelajaran anatomi kami.pengalaman pertama berhadapan dgn mayat mmg x dpt dilupakan.namun perasaan itu lama2 bertukar kpd teruja utk mempelajari dan mengeksplorasi tubuh msia.malah setiap seorang masing dari kami menyimpan satu set tulang manusia utk pembelajaran dan set tulang betul ini dpt diperolah dgn harga yg sgt murah dan kadang2 percuma dr senior .

Setahun kami hanya berpeluang bercuti selama 2 bulan iaitu selama sebulan bg setiap 6 bulan pembelajaran.dr segi silibus mmg agak byk dan sibuk tp dgn bantuan senior dan mentor(lecturer)kami mula biasa dgn stress tersebut.

Dimana sy tinggal

tahun pertama sy menetap hostel sonia...
bersama akka yg menjual brg runcit di hostel sonia...tempat kegemaran pelajar2 utk breakfast,lunch dan dinner...kedai comel ini ada jual mcm2 tau..



kami sebenarnya boleh memilih nk hostel cmna..share ngn warga tempatan...ada yg mewah n aircond..ada yg biasa..tp yg best kat sni tenaga keje murah..utk cr maid kemas umh,basuh pinggan 5o rupee je sejam atau rm3 je...dobi sgt murah...mknn pun masih boleh dianggap murah..byk pilihan n kebayakan halal..klo x jumpa mknn halal kami amik mkanan vegeterian kerana ada sebahagian dr mereka dikira sebagai fully vegeterian dan hanya mkn sayuran tanpa campuran daging.namun begitu memandangkan terlalu ramai pelajar malaysia di sini dan malaysia pelajar perubatan telah dihantar kesini sejak tahun 80 an termasuk sheikh muzzafar shah,terdpat mknn selera malaysia di hampir kesemua restoran di manipal.malah utk mendapatkan nasi lemak.teh tarik dan grg pisang masih boleh didapati dengan mudah dan murah cuma mgkin x sesedap di malaysia.malah pelajar dr seluruh india turut dtg ke manipal demi menikmati mkann msia.



hari raya pertama kami tanpa keluarga disisi,tp sambutan senior sgt dihargai dan best..rs cm keluarga sendiri juga...hihi

juadah raya yg kami cuba sediakan sendiri.x duk umh lg ms nie..so mkn di bilik je
akhirnya ada juga senior jemput ke open house mereka,sgt seronok dpt juadah ry





Macmana nk biasakan diri berjauhan dgn keluarga

Memandangkan sy sememangnya sudah dibiasakan berjauhan dgn keluarga kerna bersekolah dia asrama,jd tidak mempunyai masalah..cumanya setiap 6 bulan kebanyakan kami berpeluang utk pulang dan sy tekad utk berjalan ke kluar india..jumpa keluarga selama 1 tahun
mula2 mmg x biasa..mknn x sesedap cm msia ...belajar agak byk...msih br ngn dunia medic..tp senior n mentor byk tolong..jd terasa kasih sygnya jugak...lgpun ramai malaysian stdnt dlm 300 lebih jugak..jd x terasa asing coz malaysian dimana2..bhs pun x yah blaja bhs dia coz drg sme fluent sgt english..even ada yg ley ckp malay skit2

Apa bezanya suasana india dan malaysia

Dari segi suasana dan kemudahan,kita rakyat msia sebnarnya mewah dr segala segi jika nk dibandingkan dgn negara-negara seperti india dimana negara yg padat dgn penduduk,kemiskinan dpt dilihat dimana2 dan mereka sebenarnya tabah n tekun meneruskan kehidupan..pernah juga bersembang dgn warga tempatan.biarpun gaji yg mereka terima sedikat.namun mereka tetap trus bekerja dgn tekun,malah atas keprihatinan kami terhadap anak2 tempatan kami turut cuba membantu sedaya mungkin dgn mengadakan kutipan dan lawatan ke kwsn "slum area" atau kawasan setinggan dan membantu mengajar anak2 yatim disana.susana kemiskinan ini yg mendorong kami utk belajar bersunnguh2 dan menjadi doktor yg ikhlas bekerja dan dpt meringankan beban pesakit pada masa akan datang



Berada di rantauan, apa yg membuatkan sy akan t'ingat ttg malaysia?

mknn mmg yg utama..support keluarga kerana tekanan blaja agak tinggi.shopping mall coz kat sni x ley shopping sgt..namun begitu suasanya menjadikan sy fokus kpd pelajaran dan kurangkan pembaziran.pembangunan mereka x semaju malaysia menjadikan sy lebih menghargai tanah air tercinta berbanding dahulu,turut menjadikan sy prihatin ngn nasib mereka yg tidak sebaik kita..


Pengalaman manis sy disini~~

Sy sememgnya ske melancong sebelum dan bercita-cita mahu melancong ke seluruh dunia sambli belajar,jd sbelum ke manipal lg sy mengambil peluang melancong ke australia selama sebulan selepas a-level

Peluang cuti selepas 6 bulan pertama sy dan kwn manfaat sesungguhnya,kami berjalan selama 3 minggu merantau seluruh utara india sebanyak 10bandar kami jejaki merangkumi lebih 6000 km,5 negeri dan 10 bandar kesemuanya dgn hanya menaiki keretapi sebagai pengangkutan utama..malah kami turut bermalam selama 5 malam di dlm train sepanjang perjalanan antara bandar2 utama yg kami jejaki goa,mumbai,ahmedabad,udaipur,jodphur,jalseimer,jaipur,agra(taj mahal),new delhi,shimla,manali,bangalore.

Pengalaman yg paling x dpt dilupakan spajg perjalann ini ialah pd musim yg sama iaitu pada bulan februari haritu kami berjaya merasai 2 suasana yg berbeza iaitu bermain di padang pasir,menaiki unta selama 3 jam dan tdo beratapkan langit di padang pasir di jalsaimer yg terletak hanya 100 km dr pakistan dan juga selang 4 hari kemudian ke utara india utk bermain ski dan snow..itulah yg menarik ttg "increadible india"yg sudah pasti tak terdapat di tempat lain...byk pengalaman pahit dan manis sepanjang perjalanan kami antaranya melihat kesusahan rakyat india,kanak2 sbg pemgemis,suasan bdr dan kg,sempat merasai sdr mskn 2 mereka..dan yg paling penting melihat sendiri Taj Mahal(one of 7 wonder of the world)

GOA

Setiap dr tempat yg kami lawati mempunyai kekuatan dan keistimewaan mereka tersendiri antaranya goa adalh bdr tinggalan portugis yg penuh ngn monumen2 bersejarah bersenikan zaman portugis,turut terkenal dgn pantai tumpuan pelancong dan aktivi pantai yg menarik permainan air spt banana boat,parasailing dan bumper boat disediakan disana,pasar aurora menjual pelbgai kraf tgn,dan juga "saturday market"
sebelum terbang menaiki "parasailing" loby kami hotel di goa
MUMBAI

Mumbai sebuah bdr penting di india dan terkenal dgn studio mumbai pengambaran filem bollywood.terutamanya slumdog millionaire dan byk lg
Menarik tentang bdr ni kami sempat ke Taj and Oberoi hotel atau Motel Taj Mahal yg menjadi tempat serangan bom pada December 2008 yg terletak berhadapan Gateway of India...sememangnya kesan2 bom dan kebakaran dan process pembaikan msih kelihatan pd waktu kami tiba disana,kami turut ke Chatraparti Shiraj Maharaj Vasta Sangrahalaya (prince of wales musem)museum terkenal di india ttg sejarah hindu dan british,mumbai zoo dan dpt melihat bdr mumbai dr atas bukit dan berkelah di taman2 yg cantik.

UDAIPUR

berlari dari kesibukan bdr mumbai kami bergerak ke Udaipur,The Venice of The East,bdr putih yg dikelilingi sungai yg sgt menarik,terkenal ngn sejarah kerajaan Mughal dan Chittorgah Fort yg merupkan kubu terbesar di asia sambil mendengar kisah percintaan raya Mughal dan perihal pemaisurinya.di hotel pula,kami menikmati mkn di rooftop restaurant dan memborong pashmina yg terkenal disini,
setiba kami di udaipur
Chitthorgah Fort

JODHPUR

Menaiki bus slama 5 jam..setiba di jodhpur,kami menjadi rebutan kepada pemandu2 auto sehingga hampir menyebabkan pergaduhan.apa yg lebih mencuakkn ialah kami adalah 9 pompuan n hanya 1 org lelaki..alhamdulillh kami selamat,jodphur pula terkenal sebagai bdr biru yg terkenal dgn kraf tgn yg sgt menarik terjual di,
kami turut menikmati mknn ringkas di ommmelet shop yg terkenal dan menjual lebih 10000 telur sehari dan pengalaman 30 tahun menjual ommelete.
kota biru Jodhpur...terdapat sebuah kubu besar di atas bukit itu
walaupun kami tidak bermalam di sini..tapi kami menemukan sebuah keluarga muslim yg begitu baik....malah mereka turut berkongsi kisah keluarga mereka bersama kami dan dgn prihatin menunjukan tempat2 menarik yg harus dilawati


JALSAIMER

Pengalaman melalui pg yg sgt sejuk di Jalsaimer dan dan menghirup kopi di atas rooftop resthouse smbil merancang perjalanan ke pdg pasir merupakan pengalaman yg tidak dpt dilupakan,kami kemudianya bergerak dgn pajero ke lokasi utk menaiki unta.dengan menunggang unta selama 2 jam kami bergerak ke pdg pasir untuk bermalam disana,spenjg perjalanan kami singgah melihat rumah-rumah masyarakat tempatan di pelbagai kawasan kampung..

membantu menyediakan makanan tgh hari "cr mereka"

2 jam perjalanan ke tgh pdg pasir bersama unta masing2 merupkan pengalaman berharga.turut berkesempatan masak mknn tgh hari dgn cr mereka.kamiturut singgah di rumah dan kwsan perkmpugn masyarat yg duduk disekeliling padang pasir..kami menjadi bhn perhatian kanak2 kecil yg dtg dan meminta pen sekolah dr kami..turut insaf melihat keaadan anak2 kecil yg tidak berpeluang utk menerima pendidikan dan kerja membantu kelurga sejak kecil lagi..air dan kemudahan tandas juga tiada di rumah mereka..tdo dlm serba kedaifan.malah ada antara perkampgn dimana mereka hanya beratapkan kain sbg bumbung dan hanya dilindungi oleh anjing2 ternakan sbg pelindung keselamatan dr ular2 liar dipadang pasir.kami berfikir sejenak bgmana agaknya mereka menahan kesejukan mlm di pdg pasir,kebanyakn mereka tidak dpt hidup di bdr kerana kasta yg mereka bw memyebabkan mereka tidak diterima oleh msykt bandar.malah dlm.
Teruja apabila sampai ke pdg pasir..melihat betapa gersangnya dan indah ciptaan Allah.kami sempat melihat matahari terbenam dan juga menikmati "chai" atau tea yg disedikan utk kami.

Malah turut sempat berjemaah beramai2 dipdg pasir berkumpul dan makan bersama mengelilingi ungun api dan menikmati tdo beratapkan langit.paling x dpt dilupakan pengalaman tidur bersama 3-4 lapis tilam diatas kami tp kami namun masih mengigil kesejukan suasana mlm di pdg pasir.
Pemandgn indah beratapkan ribuan bintang yg x terkira banyaknya dan x pernah dirasai sebelum ini,chai di sini mmg sedap

JAIPUR

Jaipur pula merupakan bdr yg terkenal dgn bgunan yg dibuat dgn"sandstone " yg berwarna warni yg dinamakan HAWA MAHAL,malah turut ke City Palace yg terkenal dgn compleks dan bgunan yg menarik.Malangnya sy x dpt mengikuti rakan2 lain utk ke sana kerana demam akibat masih terkejut dgn perubahan cuaca dipdg pasir...hihihi

AGRA
seterusnya,ke agra utk mejejaki taj mahal.berpakaian punjabi dan salwa ke taj mahal mmg pengalamn indah kami.kepuasan melihat dan merasai keindahan senibinanya yg menarik malah batuan marmar putih yg menjadi bahan utama binaanya menjadikan taj mahal kelihatan dlm 4 warna bebza ketika fajar,tgh ari,sunset dan juga ketika bulan penuh.

NEW DELHI
bdr new delhi mengingatkan sy akan malaysia malah kerinduaan msia sy juga terubat,,bergambar bersama2 di Lotus Temple yg kelihatan seperti Sydney Opera House.menikmati ayam panggang special di bdr masjid Jame' dan memunaikan solat di masjid yg terbesar di india itu yg turut menggunakan 25000 tenaga hamba utk menyiapkanya.
bgnn parliment dan gateway of taj mahal menjadi destinasi seterusnya malah actviti shopping di Chandni Chowk turut menjadi kenangan indah.

SHIMLA dan MANALI,
seterusnya kami ke negeri Himachal Pradesh utk ke Shimla ,kesejukan yg teramat dpt dirasakan kerana ianya terletak di utara india,bebekalkan bj winter kami meredah ke botanical garden dan disana kami berpeluang menaiki Pony atau kuda kcil utk mendaki bukit ke botanical garden dan mnikmati masala maggi yg panas di tgh kesejukan,turut x melepaskan peluang ke bgunan lama yg digambarkan sebagai seperti"between the harrry potter hogwatrs school and brigde of london" atau kini dikenali sbg indian institute of Advance study,dlam perjalanan ke manali dari shimla kami sempat singgah di Beas river utk aktiviti Water Rafting sejauh 14 km di tgh kesejukan.
di manali,pemandgn indah bukit dan gunung2 yg diliputi salji,turut tidak mahu ketinggalan mengikuti semua permainan salji yg ada disana termasuk ski dan toboggan,
pegalaman tayar pancit dan ditahan polis ketika perjalanan pulang ke new delhi turut menjadikan kami berhati-hati dlm memlilih pemandu pd ms akan dtg.perjlanan akhir kami dr new delhi ke bangalore diisi dgn melihat pelbgai ragam manusia didlm train selama hampir 2 hari.pengemis yg dtg meminta duit dan juga anak2 kecil yg tabah menjual mknn dan minuman kpd para penumpg utk mencari rezeki.xkurang juga beberapa insiden kehilangan tiket dan pergaduhan kecil yg berlaku di kalangan penumpang.smeua itu menjadikan kami lebih bersyukur dgn negara malaysia yg kita cintai.Kedtgn sy ke india dimanfaatkan bersama rakan2 utk merantau sluruh tempat selagi mampu berada di tengah antara europe dan malaysia menjadikan india negara yg strategik utk ke hong kong,mesir dan juga negara2 eropah.malah turut ramai dikalangan kami menmanfaatkan cuti masing2 ke tempat2 berikut utk mencari pengalaman.sambil menyelam minum air bukan.



nasihat buat adik2


bina jati diri dan kenal dr anda sebenar=benarnya sebelum ke luar negara.kuatkan iman dan pendirian dan insyAllah urusan kita akan dimudahkan jika kita niat belajar utk Allah dan agama.
bukan mudah utk berjaya.kte perlu kenal sape dr kita dan kemampuaan dr kita dahulu,setkan matlamat dan berusaha ke arah matlamat itu,andai apa yg diusahakan mendapat ganjaran seperti mana yg kita kehendaki,ingatlah bhw Allah maha penyayang kepada hambaNya dan dia akan memberikan yg terbaik buat kita.