Wednesday, 29 June 2011

siapa yg dirindui itu?

benar
hati tidak tenang
sukar menerima hakikat
menyesal dgn keputusan yg dibuat  
dan juga sesal kerana sungguh
seharusnya menutup pintu kerosakan itu
terlebih dahulu
sebelum parah sebegini
sebelum x mampu menerima hakikat diri
 
had been missing a friend
has been losing them too
has been searching for the cure
and suddenly....i bumped into these
 

 
 
sungguh ini satu peringatan
bergetar hati bila mendengar kisah yg hebat ini!!
detik di hati
tiada yg lebih harus dirindui
harus dikasihi
harus lebih kita usaha utk dekati
lebih dari usaha2 lain
lebih dari segalanya
iaitu
Allah dan rasul
kerna Allah tempat segala pengharapan
yg tidak pernah mengecewakan hambaNYa
dengan segala nikmat didunia
dan Akhirat juga
dan kerana Rasullulah sgt menyanyangi hambanya..
maafkan diri ats khilaf
melupakan mereka
sungguh
peringatan itu selalu harus ada
jgn jauh dr hidayahNya
insyaAllah..
 
p/s-terkenang kursus ESQ..bila nk pergi lagi...a reminder yg seharus selalu ada!!!
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, 28 June 2011

love decorating.so so much









Had been missing my small blue room,
Now my room is pink in colour!
My tips
Nice room shall have
A nice table lamp
A matching long curtain
A good comfortable comforter
And a fluffy carpet
U don't need expensive furniture
Just need a creativity
Published with Blogger-droid v1.6.8
P/s1-the first 2 pics(blik yg dirindu d manipal),the purple one(the first n only room dedicated by our parents at kajang),the last one,a room at ikea(favourite place 2 get those deco ideas)

masa depan

sy pernah cerita ttg rancangan the city sister
teringin nk lihat
Cerita seumpamanya diwujudkan di malaysia,
Bukan seperti rcgn busana yg pernah ada dulu(kerana cth pakaian terlalu seksi)
Bukan juga seperti saffiya di tv9
Kerna apa yg kita perlukan skrg
Rancangan yg punya pendekatan lebih telus kpd remaja
Yg mampu menetapkan panduan yg lebih tepat
Membangun remaja lebih dr
Yg bijak dan yakin dlm penampilan
Tetapi lebih kpd yg tahu erti beragama
Dan bgmana mahu mengacu hidup islam..
Kalau diberi peluang
Slot2 yg ingin sy isi
Bgmana hidup bersederhana
Bgmana mahu mengatur ikhtilat dan pergaulan
Bgmana hiburan dalam islam,
Bgmana mahu melengkapkan diri
Bukan ke arah sempurna,
Tp kpd lebih baik mungkin
IA
Published with Blogger-droid v1.6.8

crazy about books,want2 read n buy more

Published with Blogger-droid v1.6.8


ini hanya sebahagian koleksi..
skrg dh bertambah lago
x termasuk lg buku medic yg mmg memberatkan rak di bilik
owh sy mmg suka buku
suka baca juga
suka tgk je kadang2
rasa puas hati kalau dpt conteng buku ms baca
tp jarang yg dpt masuk dan lekat betul2 di minda
banyak masuk pastu keluar balik
sy punya habit utk habiskan buku kalau setiap kali sebelum exam
saya akan siapkan matlamat utk chapter2 yg nk dihabiskan
akan buat nota dengan bersungguh2 juga
bg saya baca tanpa nota cm x seronok gitu
akhirnya dakwat pen habis,blum lg highlighter pun kering
tp masih exam x berapa nk score juga
takpe...sy baca kerana ilmu
mungkin perlu diperlahankan pace sy
lebih kpd memahami dan aplikasi apa yg dibaca
dan sungguh usaha itu yg dilihat
bukan pada resultnya
insyAllah

p/s1-baru 2nd week suregry posting..tp sy rs cm nk paham semua kes kat dlm ward tu..mana mungkin boleh.....adeila...huhuhu...cuba skit2 k
heheh

kenangan manipal

Published with Blogger-droid v1.6.8

Monday, 27 June 2011

answer me!!!

honestly..
the answer that i had been lodging for....
susah nk sabar..
susah nk istiqamah....
nk jadi lebih baik dr semalam pun susah
nk berubah lagi susah
tp x mustahil kan...
berjihad
free urself form the nafs
seutama2 jihad
kalau x dpt berubah jd baik
x kan nk berpaling buat kejahatan pula kan
nauzubillah
jom dgr lagu nie


dh dekat berpuluh kali dgr
lagu yg membangkitkan semangat..
permudahkanlah!!!!

p/s1-agak x best sebab usrah petang ni cancel sebab kak noni balik kg....
p/s2-x suka masa lapang yg disia-sia kan ....terlepas beberapa jam sebentar td....isk3...mengharap malam yg lebih bermanfaat dan study yg berkualiti tanpa anasir2 angan2 atau lagha...huhu..insyAllah

Sunday, 26 June 2011

surgery2

Owh,first time tgk dgn real cmna dr mvk marah
Ok cuak
Tp 2 la ragam2 manusia
Jadilah yg tabah
Harapnya sy lebih tekun belajar
Dan bersedia utk kelas beliau
Long term goal pula
Nk belajar cmna nk hadapi ragam manusia
Kerna perjalanan dlm bidang ini
Br bermula..
IA
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, 24 June 2011

hiburan dan jenaka

sewaktu kecil
abg dan kakak sy gemar membelikan kami majalah lawak ujang
semasa itu sy masih di alam persekolahan rendah
seronok juga sekali sekala dpt baca majalah sebegitu
meskipun kebykn drpd lawak2 dlmnya...tidaklah terlalu mengelikan hati
mungkin sebab sy agak lambat nk memahami maksud disebaliknya lukisan itu
namum begitu
IBu amat TAK SUKA apabila mengetahui aktiviti kami
dia cukup MARAH
kerana ibu kata
majalah tu tidak membawa sebarang faedah kpd kami
LAGHA semata2 dan bahasanya agak kasar
jika kedapatan kami membaca majalah itu
ibu akan rampas dan lemparkan ke luar tingkap
dan malah dibakar!!!
IBU sgt tegas....
tp sy tahu ada hikmahnya
ibu mahu membiasakan kami
supaya jgn belajar mengetawakan org kesilapan org lain
spy bijak memilih hiburan yg bermanfaat
supaya menggunakan tutur kata dan budi bahasa yg indah
dan mengikuti cth yg baik
sebab itu,sy jarang melihat ibuayah sy menonton drama melayu
kerana kualiti hidup yg dipaparkan tidak seelok mana utk dicontohi
lebih2 lagi kalau sudah tiba maghrib
semua kami harus tutup television
dan hanya ayat al-quran yg dibenarkan
pada mulanya sy tidak paham dan agak memberontak
yerla
lagi2 ms kecil rancangan2 best
siaran utama mereka semasa maghrib
ms kecil kami ibu ayah x pernah belikan televison yg besar
hanya sekecil2 nya ada dirumah
malah di kg juga
kami x punya tv
jadi jika raya,kami sekeluarga hanya luangkan ms bersama saudara
bertanya khabar berita
kata ibu itu lebih baik dari hanya berkumpul
menatap kotak hitam itu sahaja
dan kami punya satu aktiviti yg jarang ada pada rumah kwn2 seusia sy
sejak kecil
sekerap mana kami pindah
ibuayah pasti menyediakan satu sudut bacaan atau library mini
kerana ibu ayah sgt gemarkan ilmu
dan sgt sukakan buku
sy pernah teringat ada membaca sebuah buku lama
ttg mini library dirumah
ttg apa yg ibuayah cuba aplikasikan pada kami semua
dan pastinya buku2 motivasi ayah menjadi buku kegemaran sy
kerna kisah2nya bermanfaat utk diapkikasikan
sehingga sy pernah bercita2 utk jadi pembimbing rakan sebaya
semasa sy baru berusia 9 tahun!!
hasil didikan ibu ayah
mmg kami semua x teruja sgt nk menonton tv
apatah lagi rancangan x bermanfaat
dan juga bahan bacaan yg tidak berkualiti
sejujurnya jahiliyah ini harus dihapuskan dalam diri
manfaat masa yg ada dengan ilmu
bukan dgn hiburan x bersyarat
dan hakikat ini sehinggalah kami besar
lebih byk ms dihabiskan utk bersembang dan bertukar fikiran
dan masa yg diisi dgn lebih baik bukan..
terima kasih ibuayah menjadikan kami hari ini
dan x pernah jemu mendidik sehingga kini
anak2 kami pula
suka melihat gaya ibu mendidik cucunya
nasihat yg x pernah lekang dan penat dari bibir mereka
ttg mendidik anak2 berlandaskan islam
insyAllah



lagu terbaru dari irfan makki.....teringat pula semasa bagun qim pagi td...lagu alarm kakak mana ntah..menyanyi2 lagu maher zain diawal pagi....lucunya semua bingkas bagun mendgr lagu itu..owh..sgt mengingatkan sy ttg sesuatau yg sy lupakan....cuba dan doa lg..


p/s1-ramai yg teruja dgn Maharaja Lawak..pernah juga sy tgk...tp hati x berapa digerakkan utk lihat lebih lama..terasa benci dan x suka pula melihat masa dihabiskan sebegitu..gelak tanpa manfaat..moga hati terus sebegini..lebih baik rasanya
p/s2-kelihatan kisah2 gangster jalanan semakin byk di panggung wayang,mendengar diskusi rakan2 ttg pelakon2 yg mrk katakan "hot"..senyum shj sy..maaf...mereka bukanlah role model yg sy ingin contohi,dan pasti cerita2 sebegini tidak wajar diikuti...hanya bimbang menambah dosa barangkali..pabila membenarkan perbuatan mereka..biarpun sekadar dihati..
p/s3-selesa sudah berdating dgnNya..seronok.teruja..rs harmoni..bersama kakak2 baik dan dihormati!!!

x semua kawan kita adalah sahabat...

alhamdulillah
syukur sgt2 kerana dikurniakan sahabat yg memahami
"sahabat" yer..bukan kawan2
kerana x semua kawan adalah sahabat
sahabat adalah mrk yg sanggup berada ketika susah dan senang
dan sahabat kerana Allah
sahabat yg mampu membawa kita ke arah kebaikan
adalah yg TERBAIK
sungguh....jika sahabat yg kita ada
punya matlamat yg sama
kita x akan ambil masa yg lama utk mengenali mereka
kerana dalam apa jua situasi
dalam apa jua masakah
semua menjadi mudah
apabila hati2 itu diikat
kerana Allah
teringat pula lagu rabitah hati
yg sering kami lagukan bersama tiap minggu di surau
dan juga ms al-mulk bersama2
seronok!!!
terasa kebersamaan
terasa disayangi
semua kerana ilahi.....
dan berdoa selalu
hati ini bersatu,bertemu keranaMu
namun begitu
x semua kita mampu mudah mesra pada pertemuan pertama
namun lemparkanlah senyuman
kerana itu adalah satu langkah permulaan
saya sering juga ditinggalkan berseorangan
pergi ke perkemahan tanpa teman
begitupun sy x sukar mencari titik persamaan
dan memulakan persahabatan
kerana setiap dari kita adalah istimewa
dan pasti mempunyai sesuatu utk dikongsikan bersama
dan ini kisah sahabat yg dijanjikan masuk syurga...simple tapi sgt bermakna!!






p/s1-sgt seronok selepas keluar menyambut hari lahir seorang teman...beliau dh msk 23..dan sy minggu depan pula...owh tidak....bertambah satu angka...muhasabah diri..apa ilmu,ibadah sepanjang 23 tahun ini
p/s2-x sabar nk ke prog "berdating dgnNya" mlm ni ..biarpun x ramai kawan sebaya yg ikut serta..tapi saya teruja utk menambah kenalan dari senior..yeah..sy pasti boleh survive..insyAllah
p/s3-seronok dgr ayat al-quran sms dlm kereta hajar,teringat detik2 kat kisas dan impian sy yg mahu berada dekat ngn masjid dan surau...
p/s4-jika dimudahkan urusan..sememangnya sudah ditakdirkan..jika tidak..pasti ada yg lebih baik..kerana setiap apa yg diinginkan kdgkala bukan yg terbaik buat kita bukan?

Tuesday, 21 June 2011

sanggup

satu perkara yg x pernah sy fikir
yg sy sanggup lakukanya
sebanyak2 yg dtg dan saya tolak
kini
terjadi kpd sy kembali
namun sy hairan
sedalam2 doa saya pinta
moga diberi petunjuk
dan segala apa yg disuruh
tanpa fikir panjang
saya turuti dan tepati
tak sedar
yg mungkin jika x seperti diharap
malunya jatuh pd sy juga ....
Ya Allah jgn kau jauhkan rasa malu itu
kerana itu pelindung iman...
dan lindungilah diriku
dari pandangan2 sempit manusia
kerena apa yg utama
hanyalah keredhaanMU..





p/s-sgt memerlukan nasyid baru for my soul..tp puas cr kat kedai cd..xde pun...hua3

Monday, 20 June 2011

persamaan kami!!

hujung minggu yg sgt menyeronokkan
satu keputusan yg paling tepat saya kira
bersama2 adik...dan kami punya minat dan bakat yg sama
apapun...niat itu yg harus diutamakan dalam apa juga pekerjaan
kerana islam,kerana da'wah,kerana Allah,
mungkin itu sebabnya kami digerakkan hati agaknya,
dan saat ini kami ditemukan dgn rancangan ini.
city sisters
dan mmg kami bukan gadis bandar seperti yg dinyatakan
kerana kami adalah gadis kampung
yg mana rumah kami dikg hanyalah sebuah rumah kayu
dikawasan pondok yg mmg x de tv,
namun kami dibesarkan dgn satu budaya yg unik
yg menjadikan kami harini
dan kami punya visi tersendiri
ingin melihat ummat islam kini
x hanyut mengejar duniawi
ingin memberi sesuatu mungkin
sedaya dan semampu yg boleh

DAN KISAH ITU LAGI
yg pasti
andai belum lagi
saya akan teruskan cita2 sy dalam bidang ini
kerana sy pasti
mencari yg hanya mampu menyokong dan memahami
hanya kerana niat da'wah dihati
kerana ilahi....

Wednesday, 15 June 2011

janji2 dan harapan

awal minggu saya dijanjikan dgn beberapa harapan
dan kini harapan itu x ditunaikan
sungguh kita tidak tahu apa yg terbaik buat kita
manusia hanya mampu memberi janji dan impian ..
namun kebergantungan itu
hanya pada Allah.....
"dan apabila hamba-hambaku bertanya kpdMU(Muhammad) tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan org yg berdoa apabila dia berdoa padaku.Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)ku dan beriman padaku agar mereka perolehi kebenaran" Al-baqarah:186
oleh itu...usahlah terlalu berharap..
dan berdoalah selalu
moga biarpun ujian mahupun kesenangan
mendekatkan kita dgn pencipta
menguatkan hati
dengan janji-janjiNya yg pasti
p/s1-memahami mereka yg sibuk...sungguh tanggungjawab mereka byk...x pe...sy perlu berdikari...

Tuesday, 14 June 2011

for the rest of my life

sepanjang perjalanan bersama ibu,abg ihsan dan kak muna
asyik pasang lagu maher zain jerr
si mus'ab pun ikut2 kat belakang
owh..lagunya mmg mengingatkan sy ttg seseorg...
dan klo boley sy x mau dgr lagu tu lg
tp x dinafikan...mesej pd lagunya simple dan menarik
dan ini versi melayu pula


dan petang tadi
suatu panggilan yg sebenarnya tidaklah mengejutkan saya
walaupun isunya agak besar sebenarnya
tp sy mmg jelas ngn tujuan sy
dan sy serius (rasanya la)
insyAllah
warh tetiba...
ramai pula yg nk tolong saya....
malu pula....
kalaulah sy boleh buat sendiri....
nasib baik malu dan iman membatasi
apapun semoga dipermudahkan
p/s1-excited dgn dua perkara ...
pertama:talk sy bersama ibu2 diklinik kesihatan esk...harap2 ramai la yg nk dgr sy
ckp ek
kedua:seronok bercerita kisah dan cita2 saya...moga2 tercapai impian itu yer...
p/s2-cuak nk msk posting surgery yg HORROR..owh tidak...think positive aishah!!

Sunday, 12 June 2011

Published with Blogger-droid v1.6.8

Teruja(2)

Masih ingatkah anda dgn kisah fridge sy
Dan kini,dh sampai pun
Terujanya sy
Ptg ni juga nk beli brg2 utk masak
Dan terutama nk aplikasikan entry ttg bgmana nk memasak walaupun sibuk
Kemudian,dtg pula idea nk berniaga
Semua ni kerana tiba2 kwn sy shue
Bg idea ttg jual ice-cream pop
Huhuhu
Suka juga sy,at least sy x bosan duduk srg di bilik
Kepulangan dr kuantan baru2 ni
Sy bw bersama 60 keropok sira
Dgn niat nk jual
Hampir separuh berjaya terjual
Suku dimkn sdr
Suku lg bg kat kwn2
Gembira juga
Kerana sy mmg minat berniaga,
Jika tidak
Masakan sy rajin utk buka hampir 4 gerai sblm nie
Sejak dr malam MANIS di Kisas
Hatric day di Intec
Dan 2 kali Mlm Lagenda di Manipal
Belum cmpur pengalaman jd peniaga saree
Lucu2,
Tp pengalaman itu membuatkan kte rajin berdikari
Mengasah bakat komunikasi
Dan bantu ekonomi sendiri
Hehehe
IA
P/s1-buku yg sy pernah cerita dlu
P/s2-sy ada satu presentation,satu ceramah kesihatan pd mak2 mengandung,1 teks pidato utk dihafal dan 1 interview,,permudahkanlah ya Allah
Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, 11 June 2011

dan kerana anak2 itu....

hujung minggu yg padat sy kira
byk sgt bebanan kerja yg harus diselesaikan
biarpun ada yg berkata posting community medicine tidaklah sesukar mana
namun atas rs tanggungjwb...
sy perlu tahu lebih ttg posting ini
kerana ianya melibatkan
ibu dan anak2
keibubapaan(tajuk kegemaran ayah sy!!)

sy sememangnya punya banyak idea ttg wanita dan pendidikan anak2....
kerana mungkin sy gemar mengkaji dan memerhati
jika mampu..ingin sy coretkan semua pandangan sy
apa yg penting..diharap mesej yg ingin sy kongsikan
dpt digarap dgn sistematik dan teratur utk difahami

community medicine
secara ringkas...
3 minggu kami ditugaskan utk memerhati,belajar dan melakukan beberapa procedure di klinik kesihatan peringgit dan bukit piatu
terutamnya belajar ttg penjagaan ibu semasa mengandung,selepas bersalin
dan turut membantu ibu2 melihat kpd perkembangan anak2 yg sihat
apa yg dpt sy sumbangkan dlm bidang ini???
semasa sesi kaunseling ibu2 ni
sebagai seorang bakal doktor
sy seharusnya punya lebih byk ilmu utk disampaikan
mungkin bukan sekadar hanya bertanya pada perkembangan fizikal dan mental anak2
tetapi lebih kepada utk menggalakkan ibu bapa supaya mereka paham
ttg tugas membesarkan anak2
itu bukan sekadar utk melihat mereka sihat dr segi mental
namun turut sihat dr segi minda dan rohani
ianya lebuh kpd proses MENDIDIK dan MENGASUH!!!
dari segi ilmu...sejujurnya sy masih belum faqih
namun sy juga perlu belajar...
dan diharap..dpt juga ilmu itu sy sampaikan kpd ibu2 diluar sana
ini adalah capaian blog yg sy gemari
kerana mereka adalah contoh ibu dan ayah yg mendidik anak2 dgn didikan islam

usth ummuhusna

dan juga peranan seorang bapa dalam mendidik bukan sekadar anak2..tp juga msyarakat secara amnya

ust saifulislam
apapun..pelu diingat
kebangkitan islam aka bermula dari
wujud dan lahirnya INDIVIDU muslim
yang dpt dilahirkan dr proses tarbiyyah yg berkesan oleh kedua ibubapanya
supaya pd akhirnya
apabila 2 individu muslim ini bersatu pd kemudian hari
akan lahirlah
KELUARGA MUSLIM
MAYSRAKAT MUSLIM
NEGARA MUSLIM
dan akan terbangkitlah
TAMADUN ISLAM
seperti yg kita banggakan suatu ketika dahulu...
dan semuanya bermula dari sekecil2 perkara
yg sebenarnya BESAR Perananya
iaitu pendidikan dan tarbiyyah anak2 yg berlandaskan islam
iA
selamat membaca!!

p/s1-sy sememangnya gemar mengikuti penulisan mereka...santai,tidak terlalu padat...
p/s2-tajuk parenting dan kaunseling mmg tajuk kegemaran utk dibincangkan bersama ayah...kerana sejak kecil ayah ada membeli byk buku kaunseling dan pendidikan anak2..amat membantu beliau dalam ceramah parenting beliau..dan turut membantu sy memahami apa yg ayah dan ibu sy aplikasikan kepada kami semua.....

Wednesday, 8 June 2011

kerana dirimu permata islam

Sila teka,mana satu key chain phone sy,
Apapun,sy punya cerita ttg keychain ini
Sy pernah kehilangan keychain ni sms pulang dr melaka dan kajang,dlm bus,sms buka
puasa,
Sy beli keychain2 sms forum aman palestin d india
Dan kehilanganya agak menyedihkan sy
Tapi,peluang ke karnival belia diputrajaya menemukan sy dgn keychain ini lg,
Dan kali ini sy beli 2,
Berniat nk bg adik maryam satu lg
Supaya dia dpt apa yg sy rasa,
Ttg saudara di palestin
Ttg mungkin apa yg kita boleh kongsikan dgn mrk yg masih x tau ttg palestin,
Dan kerana sstgh perkara kecil kesygn kita
Mengambarkan minat dan jati diri
X sy nafikan,Sy juga gemar dgn keychain pink seperti gambar kedua
Namun tetap memilih keychain pertama
Bgmana pula dgn perkara2 kecil spt upload gambr2 di facebook dan twitter
Dan profile picture di laman sosial juga.
Seawal perkenalan sy d fb
Kegemaran sy adalah berkongsi gambar dgn kwn2 dan keluarga
Bcoz a picture does tell thousand than words
Malah minat sy juga adalah dlm bidang photography
Namun alhamdulillah,
Atas kesedaran,
Atas peringatan
Utk lakukan perubahan,
Bimbang jika gambar itu mendatangkan fitnah
Walau wanita sememang scr fitrah
Sukakan perhatian
Sukankan kecantikan
Namun perlu diingat wahai rakan
Kerna gambar itu mungkin
mengoyahkan iman muslimin
Oleh itu rakan
Tetapkan syarat dan panduan
Dalam pemilihanGambar yg ingin dikongsikan
Biarlah
Gambar2 dalam simpanan
Gambar2 kenangan
Hanya buat tatapan
Insan yg berhak dan berkenanan
Dan yg dihalalkan
Peringatan buat diri terutamanya
P/s-kalau sukar nk mujahadah ngan gambar2 di fb,mulakan dgn private gambar anda dr
tatapan bukan mahram...
p/s2-sy tahu sy dapat karang ayat yg lebih baik dr ini..tp sy sgt sibukk...pendek2
je la ek
Kerna dirimu permata islam
IA
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, 7 June 2011

dan memori2 itu

insyAllah dan thank you Allah
lagu yg menjadi kenangan trip europe kami
peneman setia dlm flight dan bus
dan panoramanya ms tu sgtlah indah
missing all those days




p/s- i tend to remember nasyid songs according to its significant to me....
album motivasi deevotees jd semangat ms sy nk exam n ms berlari2 jogging kat
end point
album mirwana ms kat kedah n sekolah men ren
album hijjaz masa sy kat KISAS
dan mcm2 lg
setiap lagu membangkitkan memori lama
but this song really meant something to me
remembering of something so uncertain
YA ALLAH .....guide me all the way

Monday, 6 June 2011

wanita dalam politik islam

sejujurnya itulah tajuk yg sy ingin utarakan sbg topic islamic stdy sy
kerana apa ?
sy rs wanita harus menjadi lebih dr pemimpin anak2 di rumah
sudah pasti pemimpin selepas suaminya
kerana ..melihat kpd permasalahan sosial skrg yg melibatkan ramai glgn wanita yg hilang arah
sewajarnya kita sbg wanita muslim bangkit membantu dan memimpin mereka
dan semestinya sy juga dibesarkan dikelilingi pemimpin
dan sy juga mahu menjadi pemimpin kpd msyarakat jika diberi peluang
namun wanita muslimah sebenarnya harus tahu batasn mereka
itulah yg ingin sy kaji dan kupas
dan secara tiba2 ..sy dipertemukan dgn biodata tokoh ini...
jd mari berkenalan dgn beliau
sungguh perjuangan beliau harus dijadikan tauldan



Warafa’na laka zikrak (94:4)

Dan kami tinggikan sebutan namamu bagimu (94:4)



Itu janji Allah. Allah akan meninggikan nama-nama insan yang berjuang di medan dakwah ini. Sang Rasul diabadikan dalam setiap saat dan ketika. Namanya dilaungkan dalam azan dan fenomena azan ini berlaku setiap saat. Bilal misalnya diabadikan namanya juga sehingga kini. Setiap muazzin dipanggil dengan panggilan Bilal. Dan ramai lagi tokoh dakwah yang telah meninggalkan kita namun namanya harum mewangi ke seluruh pelusuk dunia.

Buat beberapa ketika saya merasai kemarau hati dalam dakwah dan tarbiah.Namun berita pemergian Ustazah Yoyoh Yusroh semalam memberi sentakan hebat. Air mata berjujuran jatuh saat akhawat menceritakan kisah perjuangannya. Hati basah kembali. Tiada yang mustahil buat diri ini dalam dakwah dan tarbiah.
Ustazah Yoyoh Yusroh adalah ahli politik hebat di Indonesia, merupakan ahli parlimen, tokoh penting dalam PKS. Memiliki 13 anak tidak sesekali membatasi perjuangan dakwah dan tarbiahnya.
Anak-anaknya adalah aset yang sangat bernilai. Putera sulungnya lahir pada 20 Disember 1985. Diberi nama Ahmad Umar Al Faruq. Anaknya yang paling bongsu berumur 8 tahun. Anak kedua A Izza Jundana, belajar di International University, Sarajevo, Bosnia. Puteri ketiga, Asmah Karimah, kuliah di Fakultas Pertanian UGM. Ustazah meninggal dalam kemalangan untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya ini.

Putera keempat, Huda Robbani lahir Oktober 1990, merupakan jaguh renang. Putera kelima, Shalahuddin Al Ayubi, lahir 13 April 1992. Putera keenam sampai ke lapan menimba ilmu di pesantren. Mereka ialah Jakfar Athoyar (lahir Mac 1993) di Gontor. Salma Salimah lahir April 1994, belajar di Ponpes Assyifa, Subang Jawa Barat. Muhammad Ayyasy lahir 13 April 1996 di Ponpes Al Hikmah. Ayyasy ini sudah menghafal Quran 30 juz. Putera kesebelas Abdulah Aminuddin, lahir 16 Januari 2000. Puteri kedua belas Helma Hamimah lahir Julai 2001. Puteri bongsunya Rahma Rahimah lahir Januari 2003.

Seorang ukhti menceritakan kisah ini semalam pada kami. Pada tahun 2009 Ustazah Yoyoh Yusroh, pernah bercerita. Ketika ke Palestin dia bertemu dengan dua wanita Ummu Mus'ab dan Ummu Hamzah. Dia ditanya oleh salah satu wanita Palestina itu.

"Berapa orang anak kamu?"

"Anak saya 13 orang", jawab Ustazah.

"Ohh..disini bilangan itu biasa-biasa sahaja. Karena anak kami rata-rata 14."

Pertanyaan kedua muncul. "Kamu hafal al-Qur’an?", tanya Ummu Mus'ab.

"Belum sampai 20 juz," jawabnya. Kemudian ditanya lagi berapa usia ustazah. Ustazah menjawab 41 tahun.

Lalu soalan seterusnya menyentap hati Ustazah, "Apa yang kamu buat selama ini sehingga di usia 41 tahun, masih belum menghafal Al Quran?" tanya Ummu Mus'ab.

Saat ukhti tersebut mengkhabarkan kisah ini, saya juga terdiam. Seakan-akan tiada alasan mengapa masih tidak menghafal AlQuran.

Kisah lain adalah kehebatan dia mentarbiah anak-anaknya. Setiap waktu solat, dia menyebut setiap satu nama anak-anaknya. Dan dia bangun tahajud, dua rakaat untuk setiap anak. Masya Allah!

Dalam satu majlis pada bulan Ogos 2009, beliau berbicara mengenai langkah menuju syurga dunia iaitu pernikahan. Subhanallah, luar biasa!

“Berbicara mengenai visi pernikahan, visi pernikahan itu adalah visi da'wah. Sehingga apabila visi pernikahan telah menjadi visi da'wah, apapun masalah yang tengah dihadapi oleh keluarga kita, masalah itu tidaklah terlalu besar bila dibandingkan dengan masalah umat. Maka keluarga itu tidak akan memperumit masalah-masalah kecil.”

“Bagaimana dengan menunda pernikahan?”

“Ternyata apabila menunda pernikahan, maka akan menunda kelahiran dan kebangkitan umat, menunda pernikahan akan menghambat pertumbuhan atau penambahan umat-umat yang berkualitas. Bukankah Rasul senang dengan umat yang banyak dan berkualitas. Dan bukankah kita rindu dengan lahirnya kembali kepemimpinan Islam dan Islam menjadi soko guru seluruh alam ?”

“Bagaimana hubungan Ustadzah Yoyoh Yusroh dan suami?” Ustazah mengatakan, hubungan layaknya seorang da'i dan mad'u, ertinya suami-isteri harus saling mengingatkan saling menegur bila salah.

Moderator berkata, “Ustadzah adalah seorang wanita yang luar biasa, memiliki 13 orang anak, menjadi seorang anggota DPR RI.”

Jawab ustazah, “Saya merasa saya adalah seorang wanita biasa, cerminan saya adalah wanita-wanita palestina, 13 orang anak di Palestina adalah suatu hal yang biasa. Dalam keadaan yang tercekam, mereka dapat melahirkan banyak anak”.

Beliau pernah berkesempatan bertemu dengan wanita-wanita Palestina. Semasa taaruf, wanita-wanita Palestina memperkenalkan diri misalnya seperti, “Ana Ummu Maryam, ana hafidzah, ana muhandis". (Saya Ummu Maryam, saya seorang penghafal Al-Quran, saya seorang jurutera). Subhanallah!

“Kecondongan mereka akan dunia itu sedikit, sehingga mereka mudah untuk menghafal Al-Quran, mereka adalah wanita-wanita tangguh. Tak sedikit pun rasa sedih ketika anak-anaknya menjadi pejuang Allah dan menjadi seorang yang syahid. Mereka adalah wanita-wanita cerdas. Mereka adalah wanita-wanita yang dekat dengan Allah SWT. Persiapkanlah menjadi seorang istri dan ibu. Seorang wanita harus mempersiapkan menjadi ibu generasi, siap menjadi ibu sehat. Oleh karena itu perhatikanlah menu-menu makanan yang kita (wanita) makan. Dari rahim inilah akan tumbuh embrio yang luar biasa dari seorang ibu yang luar biasa. Dari rahim inilah akan tumbuh embrio yang sehat dari seorang ibu yang sehat.”

“Pernikahan adalah suatu fitrah, ia bukanlah beban tapi kebutuhan. Dari rumah tangga muslim akan lahirlah khilafah fi ard. Dan satu kunci yang penting, kedekatan seorang hamba dengan Allah SWT. Ketika seorang hamba telah bertaqwa, Allah SWT akan memudahkan jalannya”.


p/s1-mengangumi ibu sy kerana berjaya besarkan kami bertujuh dimana sewaktu beliau berkahwin..usianya hanya 18 tahun...semangat beliau belajar sambil bersalin dan menjaga anak2 kecil seramai 5 org ketika itu..namun beliau x pernah penat dan terus berminat sambung belajar hingga MASTER dan menyimpan cita ke PHD..akan sy ceritakan kisah beliau pula nanti yer..apapun...beliau inspirasi terdekat sy..dan pasti sy mahu jd seperti beliau...keluarga,kerjaya(kedua2nya kerana agama yg dicintai).,..iA

Sunday, 5 June 2011

ditolak bukan bererti dihina,diterima x semestinya dpt bersama

terjumpa saya satu artikle yg kupasanya sgt menarik..
ttg sesuatu yg sudah lama ada dlm islam
tp x diaplikasikan dlm masyarakat melayu
kerana ketahuilah kerana sikap malu muslimah melayu itu sgt tinggi
sememangnya takut digelar perigi cari timba


"Dalam hati teridam seorang jejaka, tinggi ilmunya soleh pula wataknya, namun kerana adab yang masih bertapa, takkan ku luah cinta ini padanya, takkan sesekali perigi mencari timba.Akhirnya adabku itu berbalas hampa, jejaka ku idam kini berpunya, tamatnya cinta dengan air mata.Akhirnya, aku redha dengan pilihan ibu, kerana cintaku sudah pun berlalu.Siapa tahu nasib diri ini, sangkakan panas ke petang rupanya hujan di tengahari, jauh disana malang yang menanti diri, kebahagiaan diharap tidak kemana pergi, suamiku jauh sekali dari yang aku jangka, indahnya hanya khabar dari rupa, hidupku berteman si air mata, sedang insan lain di mahligai bahagia".


Pilihlah Yang Terbaik Selagi Mana Ada

Purata membuktikan kaum wanita lebih ramai daripada kaum lelaki, di kampus negara nisbah mahasiswi adalah 65% berbanding mahasiswa yang hanya 35%.Dalam institusi keluarga pula, pasangan ibubapa yang melahirkan anak perempuan lebih ramai berbanding pasangan yang melahirkan anak lelaki.

Ramai kaum wanita tercari-cari dan ternanti-nati, siapakah yang bakal hadir didalam hidupnya untuk bergelar suami.Terkadang saya dapati, seorang wanita yang solehah dirinya, baik rupa parasnya, cantik pula hati budinya, tetapi si suami seorang yang tidak bermakna baginya, isteri disisi dijadikan hamba, jauh sekali untuk memimpin amanah rumahtangga. Bertambah rugi apabila seorang muslimah yang mempunyai fikrah perjuangan, tapi suaminya pula menjadi penghalang, kerana suami tidak memahami erti perjuangan.

Terkadang seorang wanita itu solehah, tetapi suaminya seorang penagih dadah, dia tidak pernah menjangkakan, namun takdir Tuhan tak siapa mampu menghalang.Andai difikir di satu sudut, apakah Tuhan tidak adil baginya?, sebenarnya tidak sebegitu, semakin kurang nikmat kesenangan seseorang hamba, di akhirat nanti kurang jugalah soalan yang diajukan kepadanya.Sesungguhnya tuhan itu maha adil.

Pembaca yang budiman, sekalipun di dunia hidup bagaikan di penjara dan di akhirat nanti berbalas syurga, namun Allah tidak pernah menghalang untuk kita berlari untuk menggapai kebahagiaan hidup.Bahkan itulah matlamat hidup manusia, bahagia di dunia dan di akhirat, andainya tidak benar takkan menyebut di akhir doa',
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Ya Allah Berikan Aku Didunia Ini Kebaikan, Dan Di akhirat Juga Kebaikan, dan Hindarilah Aku Dari Azab Api Neraka".


Adab Melayu Yang Disalah Timbang

Hanya kerana peribahasa "Perigi Mencari Timba" kita mudah tersalah anggap, melihat wanita melamar lelaki maka kita katakan itu menyalahi adab, benarkah begitu?atau kita yang dikurung stigma masyarakat dahulu.

Sejarah islamlah yang perlu diikuti, adab islamlah yang paling terpuji.Siti Khadijah telah menunjukkan bukti, bahawa seorang wanita melamar lelaki itu adalah satu amalan terpuji, sebagaimana beliau melamar Rasulullah SAW.Apakah dalilnya yang membuatkan kalian untuk terus menanti, sehingga "andartu" dilempar ke muka dahi.

Bukanlah saya bermaksud kaum wanita perlu menawarkan diri, tidak sesekali.Namun kalian perlu mengerti, luahan 'rasa' itu kadangkala tidak semestinya dengan lafaz yang difahami, bahkan bahasa kiasan terlalu luas untuk dijadikan wasilahnya, atau gunakanlah 'orang tengah' yang sepatutnya.Andaikata kalian tidak berani untuk melakukan revolusi diri, kalian sememangnya akan terus menanti berganti hari.Andai ditemukan dengan jodoh yang di mimpi-mimpi, pastinya selaut syukur kehadrat ilahi, dan andai sebaliknya, kalian tidak boleh menyalahkan sang pencipta, kerana kalian sendiri tidak berusaha, walhal ianya tidak pernah menyalahi agama, hanya adab yang menipu bangsa.

Benarlah sudah dijanjikan Tuhan wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan yang buruk untuk yang buruk jua, namun menjadi keharusan untuk kita memilih sesuatu yang terbaik.Pilihlah yang terbaik selagi kita mampu usaha, kerana ia akan menjadi sebahagian daripada kebahagiaan rumahtangga.Jadilah seorang muslimah yang bermotivasi, dan punyai keyakinan diri, jangan hanya menunggu redha terhadap apa yang mendatangi.

Ditolak bukan bererti anda hina, diterima tidak semestinya dapat bersama, selagi ijab qabul belum menamatkan lafaznya, pertunangan itu hanyalah sebagai tanda.Yakinlah setiap jawapan itu ada hikmahnya, dan keberanian kalian itulah sesuatu yang mesti dibangga.

Lakukan Revolusi Untuk Kebahagiaan

Sabda Rasulullah saw:
“Setengah daripada berkat perempuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Masih ramai wanita yang "andartu' ke hari tua, dan sebenarnya mereka juga tidak pernah menjangkakannya sewaktu di usia muda, kerana itulah kita sewajarnya berusaha, usah tertipu dengan pepatah bangsa.

Fenomena di Universiti Al-azhar seorang wanita melamar lelaki bukanlah perkara luar biasa, namun anehnya kenapa mahasiswi tempatan tidak meneladaninya.Walhal mahasiswi tempatanlah yang lebih selayaknya, kerana bumi Azhari kaum hawa adalah sedikit berbanding kaum adam, dan kaum adamlah yang sepatutnya mencari sebelum hawa kehabisan 'ditanda' orang.

Universiti tempatan pula kaum adam adalah lebih sedikit berbanding kaum hawa, andai direnung sekali imbas, tak semua wanita akan bersuami andaikata seorang lelaki hanya memiliki seorang isteri.Maka revolusikanlah minda untuk menggapai bahagia, 'peganglah' andai sudah ada yang kita suka, janganlah terus terhimpit dengan peribahasa 'perigi mencari timba'.

Usah Terus Bermonolog

Seorang wanita solehah pastinya sentiasa bimbang dengan masa depannya, ingin sekali suaminya adalah pemandu hidup yang mampu memimpinnya ke syurga.Umur kian beransur ke hari tua, resah gelisah pastinya menerpa di dalam doa.Apatah lagi melihat potret rakan-rakan kebanyakannya sudah bergelar isteri, punyai suami dan sebahagiannya sudah pula melahirkan permata hati, seribu persoalan pastinya menggelegak didalam hati.

Saban waktu bermonolog seorang diri, tercari-cari di mana letaknya kebahagiaan diri, perit si hati hanya bertongkat sabar setiap hari.Semua ini akan terus tertinta di dalam diari, selagi kalian tidak melakukan revolusi.Bangunlah dengan berani, kalian adalah serikandi, jadikan diri generasi madani, berani dan yakin dengan diri sendiri.Peganglah, panas sejuk hasilnya, Tanggunglah, untung rugi risikonya.Yang pasti kalian mesti berusaha, yakinlah dengan pencipta yang tidak sesekali menghampakan hambanya.

menarik bukan
tajuk yg mudah dikupas dgn idea2 menarik
namun sukar dilaksanakan

sebenarnya sy br pulang dr kenduri sepupu sy kak yati
sgt seronok kerna dpt jumpa ramai saudara mara
dan turut menerima jemputan dlm 3 org cousin sy yg bakal mendirikan rumah tangga juga
tahniah buat mereka
turut terinspirasi ngn kisah kak yati
pencarian yg akhirnya ditemukan Allah yg paling tepat buat dirinya....
sungguh ada jalanya
sembang2 ngn sahabat baik kak yati..kak tini
resolusinya
sewajarnya saya fokus dlm study sy
bidang perubatan adalah bidang yg paling dekat ngn masyarakat
bidang utk menambah ibadah dan pahala
bukankah belajar kerana Allah itu ibadah
dan bekerja utk menyembuhkan pesakit,bantu mrk dekat dgn pencipta itu satu ibadah
shall i focus for my next exam
target sy semuanya harus lepas sy lulus exam Phase 2 stage 1 nanti
august tahun depan iA...
doakan sy....
so far stdy sungguh2
belajar berbakti n berkasih syg pd ibu bapa
latih dan tarbiyyah diri dan kwn2...
one year more...iA
p/s1-beberapa point dlm artikle ni benar2 kena pd sy(byk sebenarnya)
p/s2-benar..ditolak bukan bererti dihina,diterima x semestinya dpt bersama..so
uncertain...get real n focus k....

Thursday, 2 June 2011

strategi masak dlm kesibukan kerja

Kita sering pulang dari kuliah atau kerja, kemudian dengan perut yg lapar membuka peti sejuk selama 5 minit utk memikirkan apa yang boleh dimasak, atau terpaksa membeli makanan segera yang tidak sihat kerana tiada masa atau tiada bahan untuk memasak. Nah, di bawah ini beberapa tips daripada ibu-ibu untuk mengatasi dilema harian ini.




1. Rancang Menu Dari Awal
Rancang menu untuk seminggu yang akan datang, dan terus senaraikan bahan-bahan yang diperlukan. Melalui cara ini, anda hanya perlu ke kedai sekali untuk membeli bahan2 mentah, dan mengurangkan risiko “tidak cukup ini dan tidak cukup itu” lalu terpaksa ke kedai dalam kepenatan setelah pulang ke rumah. Anda juga boleh merancang menu yg lebih sihat!

2. Beli Bahan Mentah pra-potong
Walaupun mungkin menelan sedikit belanja, membeli sayur-sayuran yang telah dipotong (contohnya ‘frozen veggies’) akan banyak menjimatkan masa dan tenaga dalam memasak.

3. Masak 2 kali ganda
Apabila anda memasak lauk berkuah atau bersup, masaklah 2 kali ganda banyak. Separuh yang lebih boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk dimakan esoknya atau pada waktu makan seterusnya. Anda juga mungkin boleh memasak resipi lain menggunakan kuah atau sup yang disimpan itu. Selain itu, satu lagi cara adalah dengan memasak satu lauk yang utama, yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis resipi. Contohnya, memasak ayam yang boleh digunakan untuk ‘sandwich’, ‘stir fry’ ataupun digunakan sebagai inti pai.

4. Memasak untuk makan seminggu
Cara ini mungkin sesuai bagi mereka yang terlalu sibuk di hari-hari minggu. Jika anda mempunyai tenaga di hujung minggu, anda boleh memasak semua lauk-lauk untuk seminggu yang akan datang dan simpan di dalam peti sejuk atau ‘freezer’. Dengan cara ini anda tidak perlu risau lagi bila pulang ke rumah kerana makanan sudah ada dan hanya perlu dipanaskan!

5. Masak banyak-banyak dan bekukan
Jika anda mempunyai ruang yang besar di dalam ‘freezer’, anda boleh memasak dalam jumlah yang banyak dan simpan dalam bahagian-bahagian kecil untuk jangka masa panjang. Ataupun and boleh menyediakan burger atau sandwich, bungkus satu persatu dan simpankan sahaja di dalam ‘freezer’.

6. Sediaan bahan-bahan memasak lebih awal
Anda mungkin tidak mampu memasak banyak-banyak sekaligus, tapi anda mungkin mampu untuk menyediakan beberapa bahan mentah lebih awal supaya waktu memasak anda lebih cepat dan mudah. Potong sayur-sayuran dan simpan dalam bekas-bekas kecil, begitu juga buah-buahan, bawang dan sebagainya. Di sinilah pentingnya perancangan yang awal dan teliti dalam merancang menu! Jika anda tahu anda akan memasak ayam goreng petang nanti, keluarkanlah ayam dari peti sejuk sejak pagi supaya ianya telah dinyahbeku apabila anda pulang ke rumah nanti.

7. ‘Slow Cooker’ – satu pelaburan yang bermanfaat
Ramai para ibu yang menggunakan ‘slow cooker’ dan menjadikannya satu alat memasak yang penting dan utama. Anda hanya perlukan 10-15 minit di waktu pagi untuk memasukkan bahan-bahan di dalam ‘slow cooker’ anda, hidupkan dan biarkan sahaja seharian untuk dimasak. Pulang ke rumah, makanan yang panas telah tersedia! Wah sungguh mudah bukan? Ada lagi bonusnya, anda hanya perlu membasuh satu bekas ahaja, iaitu periuk ‘slow cooker’ itu!

Ayuh, apa lagi rakan-rakan sekalian, tidak kira bagi yang sudah berkeluarga atau bujang, pemakanan yang sihat merupakan satu aspek kesihatan yang penting. Ajaklah ahli-ahli rumah untuk berbincang strategi bagi memastikan pemakanan di rumah anda sihat, dan yang penting, Mudah dan Cepat!

(Diadaptasi daripada laman web: www.circleofmoms.com)

Oleh:
Dr Marlina Ab Rahman (Ummu Aseeyah)
Biro Wanita & Keluarga
ISMA Victoria

Wednesday, 1 June 2011

teruja!!!

POSTING SY
saya sgt teruja harini
pertama kerana posting community medicine sy di klinik desa bkt piatu
suasana kg yg sgt permai
dan jumpa ramai pregnant mother
dan juga baby2 yg cute miut semuanya
semamangnya hati sy dekat ngn wanita dan kanak2
jauh lebih gembira dari medicine di wad pesakit lelaki
wajah ibu2 yg dtg td semua sgt teruja dgn anak dalam kandungan mereka
ada yg dtg buat pertama kali hamil dan utk buat buku booking
nampak mrk seronok dgr penerangan dr sister nurse2
dan staf2 nurse disini sgt baik
ramah dan sedia mengajar kami
tersenyum saya
alangkah seronok kalau sentiasa dpt bekerja ngn insan2 yg baik sebegini
x la stress mcm HO kat hospital2 ..huhuhu..
apapun jasa2 nurse sgt perlu kita hargai
x lupa juga komunikasi skill yg mantap perlu ada
rajin2 menyapa dan bertanya
dab bersopan sentiasa yerr

FRIDGE
Sepulang kami dr kelas ptg..
kami ke tesco
berhajat nk dapatkan sebuah frigde
sejujur
sy x tahan hari2 mkn diluar
sgt2 x sihat dan makanan yg dimasak byk pengawet tiruan
dan sy x berapa suka mkn diluar
bukankah seronok kalau dpt msk sendiri
mknn sihat dan berkualiti
biarpun terpaksa melabur sedikit wang
kami mulakan projek kami ini
masak mknn sendiri
walaupun sibuk...
kami cuba iA
kerna walaubagaimana sibuk kita bekerja nanti
nk x nk kena masak utk keluarga juga
(warh dh fikir masa depan..tp x salah bersedia kan)
moga2 semangat sy bertambah2 la selepas ini
sekurang2 seminggu sekali...belajar dan asah bakat memasak....
iA
p/s1-major changes need to be done in my room to allocate this fridge..bilik kecil tp fungsinya pelbagai
p/s2-nk jd seorg yg lebih sistematik...merancang dan terus merancang
p/s3-musim cuti sekolah..musim org kawin..owh yeah.....bilakah..bilakah..bilakah?..hehe