sewaktu kecil
abg dan kakak sy gemar membelikan kami majalah lawak ujang
semasa itu sy masih di alam persekolahan rendah
seronok juga sekali sekala dpt baca majalah sebegitu
meskipun kebykn drpd lawak2 dlmnya...tidaklah terlalu mengelikan hati
mungkin sebab sy agak lambat nk memahami maksud disebaliknya lukisan itu
namum begitu
IBu amat TAK SUKA apabila mengetahui aktiviti kami
dia cukup MARAH
kerana ibu kata
majalah tu tidak membawa sebarang faedah kpd kami
LAGHA semata2 dan bahasanya agak kasar
jika kedapatan kami membaca majalah itu
ibu akan rampas dan lemparkan ke luar tingkap
dan malah dibakar!!!
IBU sgt tegas....
tp sy tahu ada hikmahnya
ibu mahu membiasakan kami
supaya jgn belajar mengetawakan org kesilapan org lain
spy bijak memilih hiburan yg bermanfaat
supaya menggunakan tutur kata dan budi bahasa yg indah
dan mengikuti cth yg baik
sebab itu,sy jarang melihat ibuayah sy menonton drama melayu
kerana kualiti hidup yg dipaparkan tidak seelok mana utk dicontohi
lebih2 lagi kalau sudah tiba maghrib
semua kami harus tutup television
dan hanya ayat al-quran yg dibenarkan
pada mulanya sy tidak paham dan agak memberontak
yerla
lagi2 ms kecil rancangan2 best
siaran utama mereka semasa maghrib
ms kecil kami ibu ayah x pernah belikan televison yg besar
hanya sekecil2 nya ada dirumah
malah di kg juga
kami x punya tv
jadi jika raya,kami sekeluarga hanya luangkan ms bersama saudara
bertanya khabar berita
kata ibu itu lebih baik dari hanya berkumpul
menatap kotak hitam itu sahaja
dan kami punya satu aktiviti yg jarang ada pada rumah kwn2 seusia sy
sejak kecil
sekerap mana kami pindah
ibuayah pasti menyediakan satu sudut bacaan atau library mini
kerana ibu ayah sgt gemarkan ilmu
dan sgt sukakan buku
sy pernah teringat ada membaca sebuah buku lama
ttg mini library dirumah
ttg apa yg ibuayah cuba aplikasikan pada kami semua
dan pastinya buku2 motivasi ayah menjadi buku kegemaran sy
kerna kisah2nya bermanfaat utk diapkikasikan
sehingga sy pernah bercita2 utk jadi pembimbing rakan sebaya
semasa sy baru berusia 9 tahun!!
hasil didikan ibu ayah
mmg kami semua x teruja sgt nk menonton tv
apatah lagi rancangan x bermanfaat
dan juga bahan bacaan yg tidak berkualiti
sejujurnya jahiliyah ini harus dihapuskan dalam diri
manfaat masa yg ada dengan ilmu
bukan dgn hiburan x bersyarat
dan hakikat ini sehinggalah kami besar
lebih byk ms dihabiskan utk bersembang dan bertukar fikiran
dan masa yg diisi dgn lebih baik bukan..
terima kasih ibuayah menjadikan kami hari ini
dan x pernah jemu mendidik sehingga kini
anak2 kami pula
suka melihat gaya ibu mendidik cucunya
nasihat yg x pernah lekang dan penat dari bibir mereka
ttg mendidik anak2 berlandaskan islam
insyAllah
lagu terbaru dari irfan makki.....teringat pula semasa bagun qim pagi td...lagu alarm kakak mana ntah..menyanyi2 lagu maher zain diawal pagi....lucunya semua bingkas bagun mendgr lagu itu..owh..sgt mengingatkan sy ttg sesuatau yg sy lupakan....cuba dan doa lg..
p/s1-ramai yg teruja dgn Maharaja Lawak..pernah juga sy tgk...tp hati x berapa digerakkan utk lihat lebih lama..terasa benci dan x suka pula melihat masa dihabiskan sebegitu..gelak tanpa manfaat..moga hati terus sebegini..lebih baik rasanya
p/s2-kelihatan kisah2 gangster jalanan semakin byk di panggung wayang,mendengar diskusi rakan2 ttg pelakon2 yg mrk katakan "hot"..senyum shj sy..maaf...mereka bukanlah role model yg sy ingin contohi,dan pasti cerita2 sebegini tidak wajar diikuti...hanya bimbang menambah dosa barangkali..pabila membenarkan perbuatan mereka..biarpun sekadar dihati..
p/s3-selesa sudah berdating dgnNya..seronok.teruja..rs harmoni..bersama kakak2 baik dan dihormati!!!
No comments:
Post a Comment