Sunday, 29 April 2012

Coret2 posting surgery....

I really should write on something about my journey in surgery posting
Too many priceless experiences
Yg gembira(kurang)
Yg pahit(byk)
Yg perlu diambil hikmah(SGT BANYAK)
It's a torturing journey
Even some said u just have to enjoy it
How i'm suppose to enjoy when the demand and expectation is high
This is the posting where ppl were failed and become conditional candidates for p2s1 examination
........
The memories still remains
Yg pahit semua sebab penat deal dgn perasaan insecure
Perasaan lack of knowledge
Deal dgn lecturer yg mcm2 ragam
Just imagine lecturer tu nk kita ikut buku ni
Yg satu lagi nk ikut buku tu
Belum lg cara presentation
Ada shj x kena
Bila dicerita pd ayah
Katanya jadi je mcm span
Serap dan absorb semua knowledge dr guru2
Sebab mrk sgt knowledgable
Bukan semua org berpeluang bljr dgn mereka
Ada medical student yg perlu berlajar sendiri
Jadi jika kita ada peluang berguru
Kenapa x nk hargai
............
Di posting ini
Saat semua org tertekan
X ramai mahu berkorban utk sahabat
Semua terpaksa pentingkan diri utk survive dan terus hidup
Saat ini
Kita dapat kenal siapa sahabat di kala susah
Masa senang mmgla sentiasa ramai kwn kan
Bila susah....
Terpulang pada diri...nak bersendiri..
Jika bernasib baik...ada teman membantu
Jika tidak...jgn harapkan mereka selalu
Yg penting..sy sentiasa ingat yg ada Allah yg akan bantu sy iA
.............
Setiap hari sy berdoa
Saat slps solat...dalam mathurat...sms musafir..slps azan
Permudahkan urusan Sy sehari2
Agar Allah ihlamkan kekuatan utk motivasikan diri jumpa pesakit hari2...
Agar paling kurang pun
Saya mampu tersenyum pd patient dan cuba memahami kesusahan mereka
Semuanya memerlukan tenaga yg byk..
Mengerah mental dan fizikal...
Harus bijak kawal emosi...
Saat perlu interview patient
Saat berdiri bedside mendgr bebelan2 ilmu lecturer
Saat dimarahi dan dikeji sehingga dihalau keluar ward
Kerna dikata bukan sbg pelajar yg baik
Pernah kami dihalau sehingga terpaksa belajar dan dimarahi
Dia hadapan keluarga pesakit dan guard hospital
Namun mmg kami tebal muka shj
Demi harga sebuah ilmu itu....
..............
Bebanan exam kami hampir setiap minggu
Menjelang setiap jumaat malam
Kami resah membaca itu ini
Demi keesokan hari
Viva bersama lecturer dan workshop prof MVK
Semuanya perlu persediaan rapi
Dan bayangkan pula saat yakin ngn ilmu anda
Tiba didepan lecturer...semuanya hilang...apa yg dibaca dan dihafal sgt2 tidak pula keluar....yg dibaca sekali lalu di tanya pula
Dan anda diherdik dan digertak
"i 'm consedering to fail u"
Bukan sekali yer...sy pernah dimarahi hampir 3 kali
Apa perasaan anda masa tu
Belum lagi diuji ketahanan
Saat anda berusaha mendapat ilmu dgn bersikap jujur utk belajar di emergency department di mlm hospital posting...
Dan rakan2 anda pulang meninggalkan anda kerana mereka penat dan x mahu menanti...
Terpaksa anda bersabar demi mendpt pengalaman itu..
Seorang diri pulang berjalan kaki selepas dimarahi doktor yg marah ketidakhadiran kwn2 anda yg lain
SEDANGKAN ANDA MAHU BELAJR SESUATU!!!
Sy pulang dalam hampa
Terasa sungguh dunia tidak adil...
Sy cuba bersikap jujur namun terpaksa pulang sbg 'losser'
Kenapa sy dimarahi pula
Dalam hati sy detikkan
Moga niat sy diterimaNYa
Walau sedikit...catatkanlah juga mujadaha sy ini demi ilmu dan pengalaman
Kerna sy tahu
Utk mendapatkan ilmu
Sy perlu berlelah2 dahulu
Sy perlu sabar...
Itu satu proses yg x patut dipermudah2
Walau ada yg x perlu susah2
Seperti sy utk skor dalam exam mrk
............
Dan kemudian pula
Diminggu akhir peperiksaan
Saat anda mula mengikuti jejak langlah mrk yg lain
Korbankan kelas utk study
Dan juga kerna rs x tabah
Utk ditinggal bersorangan lagi
Sy pulang selepas kelas separuh hari di Muar
Dimana sepatutnya kami ke ward work shj(tgk2 case di ward tanpa lecturer)
Kerna mahu menelaah utk exam esk(alasan yg cukup kukuh kononnya)
Namun apa daya
Ketidakhadiran kami disedari
Dilaporkan dan kami bernasib baik dan dimarahi lecturer pula....
Dan diugut utk gagal dan tidak dibenarkan utk amik exam esk harinya
Sedang ada yg memulakan semua ini terkecuali bernasib baik
dan bebas mendpt kredit penghargaan...
Speechless
Saat keputusan itu dijatuhkan
Diptg khamis penghujung penentu exam posting kami
Sy terkedu
X terkata penatnya sy selama 8 minggu itu
Dan atas salah faham ini sy digantung x dibenarkan utk ambil peperiksaan
Saya penat dan redha sahaja rsnya
Namun alhamdulillah
Disejukkan hati lecturer tersebut dgn tangisan dan wajah sedih kami dan juga dgn izinNya
kami bebas dr hukuman tersebut:)
............
Yg manis juga ada x dilupa
Sepanjang posting ini
Saya rapat dgn srg pesakit bernama mak cik hamidah
Beliau dilahirkan buta sebelah mata dan sbg dextocardia
Dimana organ didalam bdn beliau terbalik
Jantungya di belah kanan dan begitu juga organ2 lain
Bermula setelah disahkan ada breast cancer
Dan buat mastectomy utk buang ledua belah payudara
Beliau mengalami komplikasi dimana sel cancer merebak ke ovary dan usus pula
Pembedahan dijalankan dan mereka buang ovary dan rahimnya
Utk usus pula...doctor suggest ileostomy..usus dibuka dan beliau terpaksa buang melalui bag yg ditukar sehari2
Masalah utama mak cik adlh dia x tahu kenapa beg iloestomy dia slalu gatal2 dan najis x kluar sempurna mcm org lain dan setelah berbincang dgn pensyarah..rupanya mak cik ini punya complikasi yg x diterangkan scr jelas pd beliau oleh doktor bertugas..jadu kekallah beliau dalam persoalan kenapa dan kenapa
(sy dh cuba explain tp mak cik x brapa percaya sebab sy bukan dr lagi kan:))
Dan hari pertama sy jumpa dia utk amik case clerking
Beliau mengalami masalah ulcer mulut yg sgt teruk sebab chemotherapy
(sy suggest bbrp ubat utk mak cik dan mak cik minta pd hospital..alhamdulillah dpt bantu derita beliau)
Namun apa yg menarik hati sy
Mak cik ini sgt penyabar orgnya
Beliau layan pertanyaan sy sampaikan bila tgh dressing luka dan rs sakit pun dia layan n x halau kami
Mulutnya sentiasa berzikir x henti
Walaupun x berkahwin..sy lihat hbgn mak cik dgn relatives dia sgt baik..x putus2 kwn2 call tanya khabar...
Sy bertemu beliau sejak minggu pertama sugery sehingga minggu kelapan
Tiap kali singgah ward...sy bertanya kabar n sembang2 skit bg smgt
Ada ketika beliau ceria
Ada ketika sakit menangis
Ada ketika sy turut hampir menitis airmata melihat kesabaran beliau
Smgt x pernah padam
Dan terkeluar kata2 yg x pernah sy ungkap selama ini
"mak cik...sabar byk2...ini dugaan mak cik tanda Allah syg mak cik,terima kasih bg kami belajar dgn mak cik...doakan moga kami jadi doktor baik..dpt tlg org mcm mak cik"
Sebak sgt masa tu
Ada ketika beliau ceria
Bercerita ttg niat beliau ke makkah andai sihat nanti
Sunguh penuh penghayatan
Ada ketika beliau mengusik saya
"lawa baju doktor arini...doktor ni muka mcm pelakon indon kegemaran mak cik la"
Ada ketika beliau mengadu
"smlm kan doktor..mak cik jatuh kat tandas...tu la mak cik nk g tandas srg2..pulak tu loceng emergency rosak...nk panggil nurse pukul 4 pg pula...nasib baik mak cik x pengsan trus ...mak cik cuba mengesot sikit2 juga"
Ada ketika beliau kecewa dan letih
"mak cik sedih la doktor..mak cik tidur yer"
Beliau antara kenangan indah sy...cuba menghayati sifat empati dlm diri doktor
...........
Dikala menjelang exam yg sgt2 juga
Ibu hubungi saya
Katanya
"aishah,ibu teman ayah kat masjid ni...ayah ada ceramah utk asnaf zakat...ibu duduk2 kat bilik pejabat imam...sembang2 ngn imam ni...dia kata dia nk urus jenazah muallaf yg dh meninggal 3 hari tp x disedari...ibu pun sedekah sikit duit utk tok imam uruskan jenazah tu...ibu niat sgt moga mudah aishah jwb soalan nnti"
Ya Allah....terharu sungguh dgn kata2 ibu
Sungguh jauh disudut hati..x ingin susahkan mereka dgn aduan2 sy mengenai dunia perubatan ini..
Namun mereka adlh yg sy rapat dan percaya.....
Mungkin pd satu tahap ibu ayah
Andai ada teman yg mampu setia disisi mdgr aduan dan tangisan gembira duka sy nanti
Sy berjanji x mahu susahkan fikiran ibu ayah lagi
Terima kasih ya Allah...terima kasih ibu ayah:)
........
Terlalu byk incidence yg berlaku
Yg dicoret agar jadi kenangan
Dan tak mahu dibiarkan berlalu shaja
Now i'm done with surgery posting
Lot's of hikmah behind all these
Just need to sit and think
Semoga semua ini menjadi sy matang
Dan bertambah harap hanya pd Allah atas segalanya
End result-sy x pasti gagal atau lulus..yg penting moga mujahadah dalam posting ini diterimaNya
-amin-
:):)
P/s1-pulang utk lihat baby comel dan teman kak wana survey kedai baby n mummy yg baru nk dibukanya...sy benar2 perlu lari jauh dari buku seketika:DDDD
P/s2-ada bertanya...aishah kenapa kamu sibuk study je,x sibuk mencari mcm org lain...x nk ke kamu mencari the other half of u...(hurm...kamu nampak sy stdy shj yer...hidden agenda kamu x tahu lg..peace dlm hati)

Post exam surgery

Not lucky enough?
Not competent?
Lack of skills?
Whatever the reasons behind...
I had already tried my best...:(
Susah nk redha tp serius dh x tahu apa perlu dibuat lagi...
How much i had to push myself anymore
Redha je la
Andai gagal atau lulus
Yg penting x mahu hilang yakin pdNYa
P/s:the stress is so much until u just could'nt think anymore...kalaulah boleh pejam mata sahaja dan biarkan2 cabaran 2 itu berlalu tanpa perlu pk apa2....u just couldn't imagine how stress we r right know:((((

Saturday, 28 April 2012

Dh tersalah tafsir rupanya selama ini....jawapan yg dicari-cari selama ini:)

Sebelum Aku Bernikah - Cinta Sebelum Berkahwin?





Cinta sebelum berkahwin, atau cinta sebelum nikah, amat popular ayat ini. Bahkan kebanyakan orang mengharamkannya kerana menyatakan ianya membuka ruang kepada zina. Saya tidak menyalahkan orang yang mengharamkannya, kerana jelas bahawa cinta hari ini telah dirosakkan, sehingga ianya diamalkan dengan cara yang salah, sekaligus menjadi pintu maksiat kepada ramai orang.



Cinta mestilah berpegang tangan, cinta mestilah keluar berdua-duaan, cinta mestilah melalaikan dan mengalpkan, cinta mestilah mmenghabiskan duit, cinta mestilah membazir masa, cinta mestilah melakukan zina dan pelbagai lagi perlanggaran kepada syariat Allah SWT. Begitulah dunia menggambarkan cinta. Jadi, memang tidak hairan, cinta diharamkan sebelum bernikah.



Namun, saya kembali kepada definisi cinta saya. Yakni:



“Kalau benar cinta, mestilah hendak bersama ke syurga. Apa-apa yang melempar ke neraka, itu bukan cinta namanya.”



Jadi untuk saya, cinta dengan definisi saya itu, wujud sebelum berkahwin.



Paradigma Yang Mesti Dipecahkan.



Suasana ‘bercinta’ yang kita lihat dalam masyarakat kita hari ini, saya amat yakin ianya ‘diajar’ dan ‘dididik’ daripada majalah-majalah, televisyen-televisyen, filem dan drama yang menunjukkan ‘cinta’ versi dunia. Jadi, anak-anak, bahkan orang-orang tua, yang membesar di dalam suasana ini akan mula melihat: “Kalau nak bercinta, mestilah kena macam itu.”



Maka mereka contohi.



Begitulah kita lihat cara pemakaian. Hari ini, cara pemakaian yang dipamerkan oleh selebriti-selebriti kita, akan menjadi ikutan. Apabila lemahnya didikan agama, dan tidak diprosesnya hubungan antara manusia dengan Allah SWT, maka public figure yang menjadi ‘Tuhan’, bukannya lagi Allah SWT. Justeru, perintah Allah SWT diletakkan ke tepi.



Begitulah suasana membentuk.



Justeru, satu perkara yang perlu dilakukan dalam membincangkan ‘cinta sebelum berkahwin’ ini adalah kita perlu pecahkan paradigma yang dibina oleh jahiliyyah ini. Kerana itu, salah satu cara untuk saya memecahkan paradigma ini, adalah dengan saya membina definisi cinta saya.



Cinta Itu Fitrah.



Asal cinta adalah perasaan. Sebelum perbuatan, cinta sebenarnya adalah perasaan. Jadi, Islam tidak pernah melarang perkara fitrah. Contohnya seks. Islam tidak pernah menghalang dan manfikan hak seks dalam kehidupan manusia. Kerana itu adalah fitrah. Tetapi Islam memandu manusia untuk melakukan seks pada tempatnya yang betul. Dengan caranya yang betul.



Maka, begitulah cinta. Semestinya cinta tidak haram. Apatah lagi, cinta adalah perasaan, yang tidak boleh dikawal. Tiba-tiba jatuh cinta. Siapa sangka? Jadi mustahil Islam mengharamkan perkara yang sedemikian rupa.



Di sinilah kita perlu membezakan antara cinta seperti pegang tangan, keluar dating, dan sebagainya tadi, dengan cinta yang ini.



Perasaan ini, tidak haram.



Dan tidak wujud dalil Allah dan RasulNya mengharamkan perasaan cinta sebelum berkahwin. Bahkan perasaan cinta ini diiktiraf oleh Al-Quran.



Lihatlah firman Allah SWT:



“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang dalam edah kematian suami), atau tentang kamu menyimpan dalam diri (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang ditetapkan itu. dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam dada kamu, maka beringat-ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.” Surah Al-Baqarah ayat 235.



Ayat ini hakikatnya adalah larangan untuk meminang wanita dalam waktu edah kematian suaminya sebelum tamat edah tersebut. Hukum edah ini nyata banyak kemaslahatannya, terutama dalam menjaga nasab keturunan, juga perasaan keluarga si mati. Namun Allah SWT tidak pula melarang ‘sindiran’ atau kiasan yang membawa maksud untuk meminang. Juga tidak diharamkan niat dan perasaan cinta yang menggerakkan rasa untuk meminang itu tadi. Ini semua hakikatnya adalah pengiktirafan kepada Jatuh Cinta, menyatakan betapa itu fitrah, hingga Allah sendiri tidak melarangnya. Tinggal, Allah SWT memberikan peraturan kepadanya. Ada tatacaranya. Bukan boleh diterjah begitu sahaja.



Jadi, tiada masalah cinta sebelum berkahwin.



Tinggalnya, apakah kita menjaga batas-batasnya?



Cinta Adalah Ingin Bersama Ke Syurga.



Saya bina definisi cinta saya sedemikian, kerana ingin membina disiplin di dalam bercinta.



Cinta adalah ingin bersama ke syurga. Maka jika benar saya mencintai orang yang saya cintai, maka saya akan berusaha agar saya berada di syurga, dan dia berada di syurga. Maka semestinya jalan ke syurga ini tidak akan diisi dengan kemaksiatan. Semestinya syurga itu, tidak akan mampu dicapai dengan kemungkaran kepada Allah SWT.



Dan hendak pergi ke syurga, semestinya perlu membina diri menjadi yang lebih baik lagi. Perlu membina hati supaya menjadi yang lebih bersih lagi. Jadi mustahil hendak diisi waktu ini dengan perkara yang merosakkan diri, dengan tidak berbuat apa-apa?



Maka memperkasakan peribadi, mematangkan diri, meningkatkan kekuatan jiwa, adalah aktiviti-aktiviti yang mesti diusahakan, jika benar kita cinta kepada orang yang kita cintai. Kita akan mula berfikir betapa diri kita ini jika tidak pernah cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk membina diri, bagaimana pula kita mahu memimpin pasangan kita ke syurga nanti?



Ya.



Maka jika kita definisikan cinta adalah ingin bersama ke syurga, kita akan mula melihat satu suasana lain dalam alam percintaan ini.
Cinta adalah usaha memperkasakan ibadah. Cinta adalah usaha membina kebersihan hati. Cinta adalah usaha mempunyai kekuatan jiwa. Cinta adalah usaha mempunyai kecantikan peribadi. Cinta adalah usaha mempertingkatkan kefahaman Islam. Cinta adalah usaha mencapai kemampuan berkahwin.



Ya. Itulah dia cinta. Bukan lagi seperti versi yang sebelumnya.



Dan perkara ini berjalan dari sebelum berkahwin, dan berterusan hingga selepas berkahwin.



Apa-apa Yang Melempar Ke Neraka Bukan Cinta Namanya.



Saya letakkan ini sebagai pelengkap definisi cinta, agar segala jenis maksiat tidak masuk dalam urusan cinta. Ya, amat pelik bila kita menendang seseorang ke dalam api, kemudian kita mengaku kita cinta akan dia.



Maka bila memahami bahawa apa-apa yang melempar ke neraka itu bukan cinta namanya, kita akan tidak sesekali memasukkan kemaksiatan di dalam percintaan kita.



Kita tidak akan larut dengan perasaan sehingga mendatangkan kelalaian, menganggu kehidupan dan pengabdian kita kepada Tuhan. Kita tidak akan mengajak pasangan kita melangkah batasan yang Allah tetapkan, seperti keluar berdua-duaan, berpegangan tangan, berhabisan duit sehingga membawa kepada pembaziran, menghabiskan waktu bergayut dengan telefon dan sebagainya sehingga terabai segala kerja dan pelajaran. Dan semestinya, perkara seperti zina, menggadai maruah, jauh tidak termasuk ke dalam cinta dengan definisi ini.



Jadi, apa-apa sahaja yang keterlaluan dan membawa kita ke lembah kelalaian, kealpaan, kemaksiatan kepada Allah SWT, maka itu jelas bukan satu cinta.



Di sinilah seorang pencinta yang memahami, yang benar-benar mencintai, akan berjaga-jaga dan berdisiplin!



Kejumudan Terhadap Cinta.



Kejumudan terhadap cinta, dan salah faham manusia terhadapnya menyebabkan ramai orang lain terseksa. Cinta yang sepatutnya indah, menjadi perit dan sukar. Cinta yang sepatutnya boleh dilayari dengan mudah, menjadi tersangat susah.



Kita semua maklum bahawa petunangan tidak menghalalkan apa-apa. Namun kita sepatutnya maklum bahawa medan pertunangan, ada kelonggaran untuk memberikan ruang agar bibit-bibit cinta itu muncul, agar bibit-bibit perkenalan itu berputik, agar kita rasa senang dengan pilihan kita dan merasa yakin dengannya.



Tetapi oleh kerana kefahaman bahawa ‘cinta sebelum berkahwin itu haram’, melekat kemas dalam peribadi manusia-manusia ‘soleh&solehah’ hari ini, hingga kala pertunangan pun, disempitkan cinta sesempit-sempitnya.



Telefon tidak boleh. Walaupun bukan untuk bermadu asmara. Untuk urusan yang penting!



Berjumpa tidak boleh. Walaupun dengan ditemani Ibu Bapa!



Sebab itu kadangkala, dengan manusia sebegini, pertunangannya bergoncang, dan ada yang sehingga putus. Mereka tidak memahami betapa Islam itu turun untuk manusia, bukan para malaikatNya yang sempurna.



Manusia ada hati dan perasaan. Ada jiwa. Dia akan mudah diganggu. Jadi mengapa jika ada urusan penting, seperti urusan-urusan yang menghala ke arah perkahwinan, atau bila ada salah faham yang berlaku, kita tidak boleh selesaikan dengan telefon?



Saya pernah bertemu dengan seorang lelaki, yang ingin mengajak tunangnya untuk mengawalkan perkahwinan mereka. Lelaki itu, bersungguh-sungguh membeli hadiah, dan mengirimkan kepada tunangnya, bersama di dalamnnya wujud lamaran.



Tetapi, perempuan itu menolak begitu sahaja, dalam keadaan tidak mahu berbincang dengan telefon. Dan akhirnya mereka bergaduh besar. Lelaki itu, telah berusaha bersungguh-sungguh, keluar duit dan sebagainya, untuk menghalalkan hubungan mereka agar boleh dinaikkan ke satu tahap lagi, namun tunangnya itu menolak mentah-mentah.



Saya yang melihat perkara itu, bertanya kepada sahabat saya itu:



“Apa sebab dia tolak mentah-mentah je macam itu?”

“Dia kata, kalau orang dah kata tak nak, tak naklah.”

“Telefonlah. Bincang elok-elok. Biar dia dengar suara kau.”

“Dia tak mahu. Katanya, email sudah cukup. Email tak bernada Lal! Dia yang kata nak bercinta lepas kahwin, bila ajak kahwin, dia macam-macam hal pula.” Luah hati sahabat saya itu.



Saya bersimpati dengannya. Begitulah kejumudan merosakkan hubungan antara dua manusia.



Apa salahnya telefon atas perkara sepenting itu?



Begitukah Islam ajar? Begitukah sekali ‘haramnya cinta sebelum kahwin’ hingga merosakkan hubungan pertunangan yang terbina? Bukannya lelaki itu buat benda yang tidak syar’ie.



Kemudian dikatakan haram sekiranya ada perasaan rindu. Astaghfirullah. Rindu itu bukankah satu fitrah? Mengapa diharamkan? Pada saya, bila fitrah diharamkan, maka menjadilah Islam itu kelihatan seperti agama lain yang mengharamkan pelbagai fitrah insan. Islam ini, lahirnya mengawal. Maka mengapa mengharamkan rindu? Sepatutnya, ceritakanlah bagaimana rindu yang sepatutnya. Ceritakanlah bahawa rindu tidaklah boleh sehingga menganggu kehidupan dan menganggu ibadah. Begitulah.



Ekstrimis Zina Hati ini, sehingga sampai satu tahap, tunang dengan tunang hendak keluar bersama, ditemani keluarga dari kedua-dua belah pihak(Ibu dan Ayah kedua-duanya), pun dikatakan satu zina hati. Sedangkan kehidupan ini diselit seribu satu dugaan. Mereka sudahlah tidak bercouple dan tidak sentiasa bersama. Mungkin ada pula antara manusia yang bertunang ini, belum benar-benar kenal satu sama lain. Justeru, apa salahnya keluar bersama dengan diiringi Ayah dan Ibu mereka? Di situlah peluang mereka benar-benar melihat dan memerhatikan pasangan mereka. Menambah keyakinan dan kekuatan perasaan yang mereka ada, pada pilihan yang mereka buat.



Tetapi kita terus-terusan menyempitkan Islam sesempit-sempitnya. Seakan tiada ruang untuk fitrah manusia keluar melihat cahaya, untuk dipandu ke arah yang sebenarnya. Kita ini manusia, bukan para malaikat. Itu satu perkara penting yang perlu difahami. Islam itu turunnya buat kita yang manusia ini. Ini bukannya sama dengan hubungan bebas tanpa batas. Ini tidak sama sekali serupa dengan kelalaian dan kealpaan yang menggila, yang dibawa oleh cinta yang didefinisikan dunia. Sudah pelbagai batas wujud di dalam perkara ini, itupun masih mahu disempit-sempitkan lagi oleh Ektrimis Zina Hati.



Kerana itu, saya sentiasa berhajat untuk membetulkan dan memecahkan kejumudan ini.



Definasi cinta yang sebenar. Kita perlu kembali kepad yang itu.



Bukan masih terikat dengan fobia kita terhadap cinta versi dunia.



Zina Hati?



Namun apa yang popular dalam mengharamkan percintaan sebelum nikah adalah terma ‘Zina Hati’ sebagaimana yang saya ulang-ulangkan pada subtopik yang sebelum ini. Terma ini diambil daripada hadith Rasulullah SAW:



“Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya.” Hadith Riwayat Muslim.



Jadi, diangkat perihal ‘Zina Hati’. Zina hati ini biasanya ditafsirkan dengan perasaan dan gejolak bayangan di dalam hati, akan perkara-perkara yang busuk dan salah di sisi Islam. Contohnya, kita terlalu membayangkan orang yang kita cintai, terganggu ibadah kita kerana asyik mengingati Si Dia, terganggu pula urusan kehidupan kita dan sebagainya. Dan semestinya termasuk di dalamnya sekiranya kita membayangkan membuat perkara-perkara yang buruk dengan orang yang kita cintai itu.



Namun terma Zina Hati ini akhirnya digunakan ke peringkat yang amat ekstrim.



Hingga jatuh cinta adalah Zina Hati. Hingga teringat adalah Zina Hati. Hingga mempunyai perasaan cinta adalah Zina Hati. Seakan-akan, apa-apa sahaja lintasan perasaan, atau rasa cinta yang wujud sebelum perkahwinan adalah merupakan satu zina dan dosa. Daripada titik tolak ini, maka ibarat taufan yang menerjah, golongan ini mengharamkan itu dan ini, sekaligus menyempitkan makna cinta yang sebenar. Alasannya, hendak menutup lubang yang lebih besar.



Pada saya ini adalah satu kesilapan yang tersangat fatal. Islam kelihatan sempit apabila dibawa sedemikian rupa.



Telah saya jelaskan dalam isu Islam mengiktiraf cinta. Maka tadi jelas bahawa mempunyai perasaan cinta tidak haram. Mengingati orang yang kita cintai tidak haram. Rindu kepada orang yang kita cintai itu tidak haram. Tetapi mestilah tidak berlebihan. Perlulah kita berusaha mendisiplinkan diri, dan berusaha membina peribadi yang mapan jika benar-benar mahu perasaan itu dimanifestasikan dengan perkahwinan.



Saya yakin, kita semua bersetuju ianya adalah haram, berdosa, sekiranya hingga menganggu ibadah dan kehidupan. Tetapi apakah perlu kita memadamkan terus perasaan cinta? Tidak.



Asy-Syahid Syed Qutb apabila mentafsirkan ayat 235 Surah Al-Baqarah yang saya nukilkan tadi, menyatakan dalam Tafsir Fi Zilalil Quran karangannya:



“Dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah, tetapi membajainya. Dan tidak menekan naluri kemanusiaan, tetapi mengawalnya.”



Begitulah Asy-Syahid Syed Qutb mentafsirkan ayat tersebut, sebagai mengakui bahawa Islam tidak terus memadamkan perasaan cinta itu, tidak melarang cinta sebelum kahwin itu. Tetapi, dalam konteks ayat tadi yang membicarakan perihal eddah, perlulah pencinta menghormati waktu eddah tadi dengan tidak melamar perempuan itu kala eddahnya belum habis.



Maka begitulah mereka yang mempunyai perasaan cinta sebelum kahwin. Perlulah menghormati batas-batas yang Islam telah tetapkan. Tidaklah boleh keluar bersama tanpa batasan, tidaklah boleh bercumbu-cumbuan, tidaklah boleh bermadu asmara baik di alam realiti atau di alam maya.



Tetapi perasaan cinta itu perlulah digerakkan ke arah perkahwinan. Berusaha secara serius mempersiapkan diri. Berusaha menyegerakan perkahwinan dengan berusaha menyegerakan pemantapan peribadi. Berusaha mencapai mampu. Berusaha menggapai matang. Itulah dia bukti cinta. Ditolak oleh perasaan cinta sebelum berkahwin itu. Serius.



Zina Hati tidak boleh dipakai untuk cinta yang sedemikian rupa.



Zina Hati hakikatnya pada saya, hanya boleh dipakai untuk orang yang memang menaruh niat untuk berzina, mengharapkan nikmat bersetubuh di luar hukum syara’, dan mereka yang telah melalaikan kehidupan dan ibadah mereka kerana kemaruk dalam dunia percintaan yang entah ke mana.



Tetapi untuk mereka yang punya perasaan cinta yang sebenar, serius untuk berkahwin, bergerak dengan bersungguh-sungguh ke arahnya, maka bagaimanakah kita boleh menakut-nakutkan mereka ini dengan terma Zina Hati ini?



Nyata ini adalah satu perkara yang ekstrim, dan membunuh fitrah insani.

Sekaligus mempalitkan kepada Islam wajah kejumudan yang menjadi fitnah kepada orang yang memerhati.



Penutup: Dari Menyalahkan Cinta, Mengapa Tidak Kita Membersihkannya?



Justeru, mengapa kita perlu terus berlari dalam bulatan, dan berputar dalam isu yang sama?



Cinta sebelum kahwin haram. Cinta sebelum kahwin haram. Itu tidak menyelesaikan apa-apa pada saya. Yang mampu bertahan, ya mampu bertahan. Tetapi kita perlu tahu bahawa kita tidak hidup dalam komuniti malaikat. Berapa ramai yang mampu bertahan?



Mengapa tidak kita membersihkan definisi cinta, dan mengajar manusia bagaimana mahu bercinta sebelum kahwin dengan betul. Bagaimanakah cinta sebelum kahwin yang sebenar. Di situlah kita sebenarnya telah memberikan keadilan kepada cinta, dan kepada manusia yang fitrahnya mahu mencintai dan dicintai.

Saya yakin, kita semua bersetuju ianya adalah haram, berdosa, sekiranya hingga menganggu ibadah dan kehidupan. Tetapi apakah perlu kita memadamkan terus perasaan cinta? Tidak.



Asy-Syahid Syed Qutb apabila mentafsirkan ayat 235 Surah Al-Baqarah yang saya nukilkan tadi, menyatakan dalam Tafsir Fi Zilalil Quran karangannya:



“Dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah, tetapi membajainya. Dan tidak menekan naluri kemanusiaan, tetapi mengawalnya.”



Begitulah Asy-Syahid Syed Qutb mentafsirkan ayat tersebut, sebagai mengakui bahawa Islam tidak terus memadamkan perasaan cinta itu, tidak melarang cinta sebelum kahwin itu. Tetapi, dalam konteks ayat tadi yang membicarakan perihal eddah, perlulah pencinta menghormati waktu eddah tadi dengan tidak melamar perempuan itu kala eddahnya belum habis.



Maka begitulah mereka yang mempunyai perasaan cinta sebelum kahwin. Perlulah menghormati batas-batas yang Islam telah tetapkan. Tidaklah boleh keluar bersama tanpa batasan, tidaklah boleh bercumbu-cumbuan, tidaklah boleh bermadu asmara baik di alam realiti atau di alam maya.



Tetapi perasaan cinta itu perlulah digerakkan ke arah perkahwinan. Berusaha secara serius mempersiapkan diri. Berusaha menyegerakan perkahwinan dengan berusaha menyegerakan pemantapan peribadi. Berusaha mencapai mampu. Berusaha menggapai matang. Itulah dia bukti cinta. Ditolak oleh perasaan cinta sebelum berkahwin itu. Serius.



Zina Hati tidak boleh dipakai untuk cinta yang sedemikian rupa.



Zina Hati hakikatnya pada saya, hanya boleh dipakai untuk orang yang memang menaruh niat untuk berzina, mengharapkan nikmat bersetubuh di luar hukum syara’, dan mereka yang telah melalaikan kehidupan dan ibadah mereka kerana kemaruk dalam dunia percintaan yang entah ke mana.



Tetapi untuk mereka yang punya perasaan cinta yang sebenar, serius untuk berkahwin, bergerak dengan bersungguh-sungguh ke arahnya, maka bagaimanakah kita boleh menakut-nakutkan mereka ini dengan terma Zina Hati ini?



Nyata ini adalah satu perkara yang ekstrim, dan membunuh fitrah insani.

Sekaligus mempalitkan kepada Islam wajah kejumudan yang menjadi fitnah kepada orang yang memerhati.



Penutup: Dari Menyalahkan Cinta, Mengapa Tidak Kita Membersihkannya?



Justeru, mengapa kita perlu terus berlari dalam bulatan, dan berputar dalam isu yang sama?



Cinta sebelum kahwin haram. Cinta sebelum kahwin haram. Itu tidak menyelesaikan apa-apa pada saya. Yang mampu bertahan, ya mampu bertahan. Tetapi kita perlu tahu bahawa kita tidak hidup dalam komuniti malaikat. Berapa ramai yang mampu bertahan?



Mengapa tidak kita membersihkan definisi cinta, dan mengajar manusia bagaimana mahu bercinta sebelum kahwin dengan betul. Bagaimanakah cinta sebelum kahwin yang sebenar. Di situlah kita sebenarnya telah memberikan keadilan kepada cinta, dan kepada manusia yang fitrahnya mahu mencintai dan dicintai.



Saya yakin, itu akan membawa lebih ramai lagi ke atas jalan cinta yang bersih dan syar’ie, di samping membasmi kejumudan yang membawa kerosakan kepadah hubungan, seperti yang saya nyatakan tadi.
Saya sentiasa percaya bahawa cinta sebelum kahwin itu halal dan ada.



Dan batasnya adalah ianya mesti membawa ke syurga, dan apa-apa yang membawa ke neraka itu bukanlah cinta namanya.

Saturday, 21 April 2012

Hati kamu dan saya

Dalam diam......
Saya sentiasa risaukan kamu..
Walau siapa pun ???
ketetapanNya utk sy
Doakan kamu menjadi hambaNya yg lebih baik
Yg lebih berilmu...teguh imannya dlm menghadapi hari2 anda....
Doalah pd sy juga
Agar lebih bersedia
Menjaga diri sebaiknya
Tutur kata pergaulan dan juga mata
Dari bukan pd haknya
Kerna yg didamba
Segalanya pd jalan redhaNya
Mahu lengkapkan diri juga
Dgn ilmu dan pengalaman
Dari buku,perbincangan dan pemerhatian
Sungguh diluar sana
X semua berlandaskan syariat cubaan2 yg mampu mengugat
apa yg mahu dibina
...................................
Andai teguh hati kita dijalanNya
Semoga yg cela bisa dirapi
Kerna hati pemegangnya adalah ilahi
Moga Allah jaga hati kamu dan saya
Sentiasanya hanya utk Dia
;)
http://www.youtube.com/watch?v=3L1y7JQrVII&feature=youtu.be

Tuesday, 17 April 2012

Kita sering bermimpi,
mahu punya itu dan ini...
semua itu kadang2 dicapai x pasti
Yg dijanji menanti itu adalah mati...
Andai ajal menjemput sebelum tercapai mimpi...
Hadir saar tiada persediaan rapi..
Adakah bersedia wahai diri...
Let's start praying for our husnulkhatimah
my dear friends<3

Mendidik diri menjadi matang dahulu...dan kuncinya sabar

http://langitilahi.com/8198

Monday, 16 April 2012

Puisi lagi:))))

Cuba renung hari2 kita
Jika byknya gembira
Adakah sedetik dlm gembira itu hadir dan rasa syukur atas nikmatnya
Jika diduga..
Adakah ada walau sedetik rasa redha sbg hamba...
Yg penting..diakhirnya..
Tanya bagaimana iman kita hari ini pula
Lalai dgn nikmat dunia
Ataupun
Merungut dalam derita
P/s1-masa itu nikmat dan juga ujian ilahi...dh diguna sepenuhnya belum???
P/s2-posting surgery...weekend cuti 3 hari di hostel...kesibukkan memaksa diri study...membuat byk pula ilham berpuisi...adeila....sabar je la kwn2 yer:)

Sunday, 15 April 2012

Ujian itu
Tanda Allah kasihkan kita
Tanda agar ingatan kita
Hanya perlu sentiasa kpdNya
Penguat diri
Agar bangun tabah hadapi
Dan ingatlah kita x pernah sunyi
Dengan ingatanNya disisi
Amalan kita masih x mencukupi
Utk berjumpaNya nanti
Saat Sabar dalam ujian
Bukankah bonus pahala menanti....
Sygnya Allah pd hambaNya
Diuji utk dpt pula pahala percuma...
The key is
Sabar dan percaya janji yg pasti..
Biarkan shj pandangan manusia duniawi...
memuji..mencaci...
Yg penting redha Allah yg dicari
:)
P/s1-catatan malam2 sunyi
Study sendiri...
Saat rs sedih dan malu dgn kwn2
Kerna x mampu bersaing dgn mereka
Namin selalu nk ingatkan diri
Jgn pk nilaian manusia
Asalkan ikhlas...iA ada pahalanya...
Ya Allah...bantulah hambaMu
P/s2-jom hargai masa...saru habit yg sy x ley buang adalah utk pakai jam setiap masa...kalau boleh mahubmanfaat setiap detik yg ada...agar bila ditanya kelak..apa yg kamu isi dgn masa lapang kamu...moga2 ada jawapanya

Thursday, 12 April 2012

Surat buat diri




Salam

aku tahu, sangat sukar berada di tempat kamu tika ini.
Teramat sukar.
Bagaikan seluruh bumi menghempap diri kamu.


Bagaikan dunia terasa sempit bagimu kerana kau seolah-olah terpenjaradengan apa yang kau sedang perjuangkan kini.

Dan kau berasa gelisah dan resah,
dan terus bertanya dan bertanya dan bertanya pada dirimu sendiri…..

‘Mampukah kejayaan menjadi milikku setelah aku berkorban masa , tenaga dan jasadku untuk ijazahku ini?’

Lantas di kala kau memasuki dewan peperiksaan, berbekalkan tawakal dan rahmat Allah, beserta secebis usahamu itu, hatimu mula bergetar, dan dahimu mula beraliran peluh yang lebat.

Di saat satu soalan demi satu soalan dihadapkan.

Setiap kali itu kertas soalan cepat sahaja di selak..
ada tak soalan mudah – ada tak soalan mudah?

arrhhhhhhh!! nape apa yang study semua tak keluar ini?????

Dan hati kecilmu mula menangis.

deras sekali
Dan jiwamu mula bergetar..

bergoncang sekali.

Ya Allah! Mampukah aku lulus dalam exam ini?

Mampukah aku untuk grad tahun?

Mampukah ya Allah??

Dan hatimu mula berombak, namun kau gagahkan dirimu untuk menjawap dan terus menjawap.
Namun dirimu sudah tidak lagi tenang, hatimu sudah tidak lagi mantap untuk melangkah, meraih sebuah kejayaan.

Lantas kau merasai dunia ini kelam buat dirimu.

Lantas kau merasai harapan sudah semakin suram

Dan akhirnya air mata menjadi peneman. Deras menderu. Membasuh kekecewaan hatimu.

Doa-doa syahdu yang dihadapkan pada Allah penuh penyesalan.

Namun, kau tak dapat menipu dirimu sendiri, dan terus bertanya dan bertanya:

‘ Mengapa jadi begini padaku?’

‘ Ya Allah, mampukah aku lulus ini?’

Dan gambaran kegagalan sangat menakutkan dirimu.

Teramat takut.

Dan kau tak mampu membayangkan majlis graduasi tanpa adanya kamu di atas pentas itu. .

Dan kau teramat takut ditimpa bala yang teramat berat. Malu yang bertimpa-timpa. Rasa hina lagi rendah.

Dan teramat takut akan sebuah hakikat ini:

KEGAGALAN DALAM PEPERIKSAAN

Dan hatimu mula rapuh akan janji Allah padamu.

Kamu sudah mula ragu-ragu akan takdir dan ketetapan Allah buat kamu.

Dan kamu berkira-kira selama ini, usaha kamulah yang memberikan kejayaan buat kamu.

Dan kerana itu, kamu berasa cuak dan teramat takut kegagalan itu akan menghantui diri kamu.

Sehingga kamu sendiri menyalahi apa yang dahulu kamu sorakkan pada semua adik-adikmu:

USAHA TAKKAN MENATIJAHKAN KEPUTUSAN.

وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا
30. “Dan tidaklah kamu menghendaki kecuali bila di kehendaki Allah.”
(Surah al-Insan)

Dan sungguh, satu masa dahulu, kita benar-benar yakin akan ayat Allah ini.

فَإِن كَرِهۡتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا

19. “Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan A llah menjadikan padanya kebajikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)

Inilah dia kata-kata kalamullah. Dan sungguh ini adalah kata-kata yang amat benar.

Exam, benar-benar menjadikan kita demam
Namun, di saat ujian ini menimpa diri kita, kita mula goyah dan lari dari kenyataan ini, dan kembali kepada keadaan asal ,seolah-olah kamu tak pernah mendengar ayat ini.

Bukankah Allah akan uji kamu, sampai kamu benar-benar-benar-benar yakin akan janji dan ayat-ayatNya?

Bukankah ALlah akan uji kamu, sampailah kamu benar-benar -benar-benar laksanakan apa yang kamu katakan?

Masih ingatkah kita akan kalam yang dinukilkan Syed Qutb dalam kitab muqaddimah Zilalnya:

Segala sebab-sebab yang diketahui umum itu kadang-kadang melahirkan kesan kesannya dan kadang-kadang tidak, begitu juga muqaddimah/primisa yang dianggap orang sebagai pasti kadang-kadang melahirkan natijah dan kadang-kadang tidak, kerana sebab-sebab dan muqaddimah-muqaddimah itu sendiri bukanlah berkuasa mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu, malah iradat Allah yang bebas itulah yang mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu di samping mewujudkan sebab-sebab dan muqaddimah itu sendiri:

Orang yang beriman menggunakan sebab-sebab kerana dia diperintah berbuat begitu, tetapi Allahlah yang menentukan kesan-kesan dan natijah-natijahnya.Keyakinan kepada rahmat Allah dan keadilan-Nya, kepada hikmat kebijaksanaan Allah dan ilmu-Nya itulah satu satunya tempat perlindungan yang aman dan tempat yang selamat dari bisikan-bisikan dan godaan-godaan syaitan:

ٱلشَّيۡطَـٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُڪُم بِٱلۡفَحۡشَآءِۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةً۬ مِّنۡهُ وَفَضۡلاً۬ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬
268. “Syaitan menakutkan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh
kamu melakukan ke jahatan. sedangkan Allah menjanjikan kamu dengan keampunan dan limpah kurnia dari-Nya dan Allah itu Maha Luas Pengurniaan-Nya dan Maha Mengetahui.”
(Surah al-Baqarah)

Begitulah sayangku, dan aku amat memahami getaran dan kerisauan yang bertujah di lubuk jantungmu.

Dan syaitan akan sentiasa menakut-nakutkan kamu dan membayangkan kegagalan yang sangat mengecutkan perut kamu.

Sehingga kamu lebih yakin pada usahamu berbanding rahmat Allah dan pertolongan dari Allah.

Sehingga kamu tidak yakin ketentuan yang Allah telah berikan dan tetapkan pada kamu.

Sehingga kamu merasai dunia kelam dan hancur hanya kerana kamu gagal menjawap pada sebuah kertas peperiksaan.

Sehingga kamu tidak menyedari, kamu takut akan sesuatu perkara yang telah Allah telah tetapkan buat kamu, dan seharusnya tidak perlu kamu takuti.

Kerana :

أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (٦٢)ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَڪَانُواْ يَتَّقُونَ

Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada ketakutan terhadap mereka dan tidak bersedih hati. (62) ] orang-orang yang beriman dan mereka bertakwa. (Yunus: 62-63)

Orang beriman tidak akan takut dan tidak akan sedih.

Kerana dia YAKIN, segalanya telah ditetapkan oleh Allah.

CUMA:

Allah suruh kita berusaha untuk kita DAPATKAN PAHALA dari Allah.

Untuk mendapat pahala jihad.

Bukan untuk mendapatkan keputusan.

Kerana keputusan yang baik, kejayaan yang cemerlang, adalah hadiah dan rahmat dari Allah.

Kejayaan datang BUKAN kerana usaha kita.

Dan kita perlu sangat benar-benar bersungguh-sungguh dalam study kerana kita nak sangat Allah menangkan Islam dan dakwah. Dan kita mahu sangat agar study kita tak menjadi fitnah buat dakwah. Dan kita benar-benar mahu Allah bantu kita dalam ijazah, agar dengan ijazah ini dapat melajukan kita dalam dakwah.

Makanya, study itu menjadi ibadah teragung dan termulia, kerana kita benar-benar berharap Allah menangkan dan mudahkan dakwah ini, bila kita dapat kejayaan dalam study kita ini.
Dan kerana itu , doa kita sendiri dihalakan kepada itu: Berdoa kepada Allah agar Allah bantu kita dalam ijazah, agar Allah dapat menangkan dakwah melalui ijazah itu.

Dan di situlah, kamu akan rasai kekuatan yang luar biasa dan motivasi imaniyah yang sangat membakar jiwa kamu.

Dan kamu akan benar-benar faham, bahawa, kita study ini adalah benar-benar jihad di jalan Allah.

Kerana itu kita takkan aim hanya lulus ( walaupun medik mmg sangat susah nak luluskan pun!) tapi kita nak menjadi sangat terbaik dalam peperiksaan kita.

Namun, jika Allah berkehendakkan sebaliknya, berupa kegagagalan, yakinlah,itulah yang terbaik buat kamu. Dan bukanlah hukuman Allah buat kamu.

Yakinlah perkara itu, walaupun dirimu sangat hiba dan tertekan saat itu berlaku, kerana Allah takkan meninggalkan hambaNya sendirian,

.
كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
216. “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia ba ik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”
(Surah al-Baqarah)

Namun, mungkin ada yang mahu berkata padaku:

‘ Senanglah awak tu dah doktor, dah pass! Aku ni yang sedang merana ni nak exam. Kau apa tahuuuuu??????

Aku pernah gagal dalam peperiksaan.

Banyak kali.

Banyak kali.
Sehingga mengulang tahun.
Sehingga ujian teramat besar dalam dakwah menimpa aku. Tentangan demi tentangan. Hanya kerana saya gagal dalam peperiksaan saya.

Sehingga aku berpuasa dan berehat dari dakwah, kerana aku merasai bahawa usaha dan masa perlu lebih digunakan untuk study.

Namun jiwa aku mati, hati aku kosong, dan aku sesat dalam kerabaan. Mencari makna kepada kekosongan hidup.

Di tika itu, hati aku amat goyah dan tak yakin dapat menjadi seorang doktor pun satu hari nanti.

Sehinggalah Allah menunjukkan padaku; subjek yang aku pulun untuk belajar dan confident untuk lepas, akhirnya bertemu kegagalan juga.

Dan subjek yang aku risau sangat dan banyak bergantung pada Allah, Allah mudahkan untuk lulus.

Dan aku benar-benar tak faham dan tak nampak, kenapa kegagalan itu perlu ada dalam kamus hidup aku. Kenapa Allah takdirkan saya aku sehingga, mengulang tahun? Kemudian menanggung malu dengan keluarga dan rakan-rakan lain.

Dan terlalu ramai ketika itu mahu aku berhenti dalam dakwah. Berhenti dan sejuk sebentar (cool down) dalam dakwah? Termasuk rakan seperjuanganku?
Apatah lagi rasa hina dan teramat rendah diri di saat adik-adik tahu aku tahu aku mengulang tahun.

Tentu mana muka mahu disorokkan ketika bertemu teman-teman sekelas lama yang berjaya naik tahun seterusnya, dan aku masih di bangku yang sama.

Namun, benarlah kata-kata Allah:

فَإِن كَرِهۡتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا

19. “Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan A llah menjadikan padanya kebajikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)
Syed Qutb mengatakan:

Setiap perkara dan kejadian ada hikmatnya, tetapi hikmat itu adalah
suatu hikmat ghaib yang amat mendalam dan mungkin tidak ternampak
kepada pandangan manusia yang singkat.
Kita takkan nampak hikmah itu di tika ini.Takkan nampaknya sekarang.

Mungkin setahun dua selepas itu.

Pada aku, aku melihat hikmahnya 5 tahun selepas peristiwa itu berlaku.

Dan benarlah, Allah taala sebut, inilah yang terbaik buat kita, walaupun di satu saat dahulu, kita amat benci akan keadaan itu.

Yakinlah, apa yang Allah dah takdirkan, itulah yang terbaik. Apa keadaan sekalipun.,Yakinlah.

Apa yang Allah taala minta kita buat sekarang, adalah terus menerus berusaha. Usaha kerana Dia suruh usaha. Dan doa minta Allah bantu kita dalam ijazah untuk menjayakan dakwah kita.

Dengan itu, sebaik sahaja kamu selesai jihad dalam medan pena, kamu akan terus sahaja berlari di dalam medan jihad sebenarnya; itulah dia dakwah.

Moga antum semua diberikan kekuatan untuk menghadapi imtihan yang tidak mudah dan teramat sukar ini.

Allah ada, trust me.

And I believe insyaallah, kamu akan pasti bertemu kejayaan di medan ini. =)

Ukhtikum
Aisyahz
Foundation Year 2 Doctor
Glasgow



Friday, 6 April 2012

No more tears left

Surgery posting week 4

Sungguh pahit
Tiada kata yg dpt digambarkan
Kering sgt dh air mata ni...
Tabah dan sabar shj yg mampu diungkapkan
Tolong...minta doa kalian...
Doakan saya terus tabah

Thursday, 5 April 2012

In a journey in becoming a doctor
Some of ppl question us
Why MBBS...why not MD
Why learn medicine in a hard way...had to remember all those tiny simple basic things(anat,physio..etc)
Why we have to learn by SYSTEM in the body
Why we doesn't just learn by PBL as others do
WHY 5 years..of studying..why not 4 years like others do
Some of us do get tired and want to graduate faster after those years
Seeing others friend of MD graduated already..seeing young doctor of same age working while we still discussing case with lecturer
Again...it's not about getting the title...
It's a process of learning to be the competent doctors