Kini sy belajar di Melaka Manipal Medical College,sebuah college menawarkan kursus twinning 2 tahun setegh teori di manipal india,dua tahun setengah di melaka..secara basic program saya blajar theory selama 2 tahun di kampus manipal..ms ni byk kemudahan utk belajar teori berbanding tempat lain..berpeluang belajar bersama "cardaver" atau mayat yg diawetkan selama setahun utk subject anatomy dan lecturer2 yg mmg berpengalaman,yg menarik turut ada museum anatomy terbaik di asia di manipal.
Kedudukan universiti ini amat memudahkan sesi pelajaran..sgt dekat dgn hospital kastubra medical hospital dan beberapa hospital lain ,oleh itu senang utk ke practical year.selama 2 tahun akan belajar teori dan juga berkesempatan selama setengah tahun practical di india sebelum smbg tahun practical di melaka.Kursus yg sgt menarik dan releven kpd sapa2 nk amik medic kerana dpt mengunakan kepakaran dan sumber belajar yg byk di india utk teori dan terus practice mengikut keadaan dan penyakit-penyakit di msia yg jugak x jauh beza ngn penyakit2 di sisni.
Dan alhamdulillah,kini saya di tahun 2 dan dijangka pulang utk sambung practical year di melaka pada february tahun 2011
KENAPA MEDIC?
Selepas spm...berkat izinNYa sy berjaya peroleh 12 a dan terus memohon scolar Jpa..alhamdulillah dpt twaran utk sambung A-level di International Education Centre di Shah Alam sebagai program asas selama dua tahun,sy harus melepasi cut off point..12 drpd 15 utk sambung belajar ke india dan ianya juga syarat kemasukan ke MMMC. selain itu sy juga harus melalui proses temuduga sebagai syarat kemasukan

bersama rakan sekelas di INTEC..."the great 7M7"

ketika berkunjung ke MMMC di melaka..sebelum interview
Bagaimana dgn pengalaman sy beraya dirantau org dan berjauhan dgn keluarga..
sebelum fly"bersama kak wana dan maryam"
pada mulanya mmg sedih tp sy seronok "explore" dunia kecil manipal ini
pada mula sampai disini..sy amat teruja naik "auto"
'auto' ini adalah kereta beroda 3 berfungsi sebg teksi,bayaranya juga amat berpatutan dan menjadi pengangkutan utama disini.hihi (sebelum sy beli basikal hijau kesayangan sy)
Antara perkara2 menarik di tempat sy adalah ianya lebih kepada bdr kecil yg bergantung kpd pendidikan sebg sumber ekonomi utama.pelajar2 dan lecturer ,doctor dan kakitangan hospital mendominasi dan juga kedai-kedai yg menyediakan kemudahn kpd kami,
Sumber kebudayaan india adalah pd tarian dan nyayianya.perlbagai acara menarik tahunan seperti diwali, pongga dan lain2 lagi,dimana kebanyakan mereka akan berhibur ngn tarian dan nyanyian seperti dlm filem bollywood.Malah kami pd mulanya agak terkejut dengan kesanggupan lecturer kami utk menyanyi,menari dan berlakon smeta-mata utk meraikan kami ketika mula-mula sampai disini.mereka mmg sungguh sporting dan x lokek ngn pertolongan malah sgt dedikasi ngn tugas mrk.
Kami sbg pelajar Msia turut cuba memperkenalkan bdy malaysia kpd warga tempatan..saban tahun ktrg buat event "Lagenda" dimana kami akan mengadakan food festival memperkenalkan Malaysia dan juga budaya,pakaian.tarian dan segalanya tentang malaysia.malah kami turut menjemput pelajar malaysia dr seluruh india untuk menyertainya dan pada masa inilah kami berkumpul bersama.
Dari segi pembelajaran sy mulanya sgt teruja dengan pengalaman belajar n jumpa cadaver seawal minggu pertama ketibaan kami,kami terus diperkenalkan kpd cadaver sbg "Guru" kpd pelajaran anatomi kami.pengalaman pertama berhadapan dgn mayat mmg x dpt dilupakan.namun perasaan itu lama2 bertukar kpd teruja utk mempelajari dan mengeksplorasi tubuh msia.malah setiap seorang masing dari kami menyimpan satu set tulang manusia utk pembelajaran dan set tulang betul ini dpt diperolah dgn harga yg sgt murah dan kadang2 percuma dr senior .
Setahun kami hanya berpeluang bercuti selama 2 bulan iaitu selama sebulan bg setiap 6 bulan pembelajaran.dr segi silibus mmg agak byk dan sibuk tp dgn bantuan senior dan mentor(lecturer)kami mula biasa dgn stress tersebut.
Dimana sy tinggal
tahun pertama sy menetap hostel sonia...
kami sebenarnya boleh memilih nk hostel cmna..share ngn warga tempatan...ada yg mewah n aircond..ada yg biasa..tp yg best kat sni tenaga keje murah..utk cr maid kemas umh,basuh pinggan 5o rupee je sejam atau rm3 je...dobi sgt murah...mknn pun masih boleh dianggap murah..byk pilihan n kebayakan halal..klo x jumpa mknn halal kami amik mkanan vegeterian kerana ada sebahagian dr mereka dikira sebagai fully vegeterian dan hanya mkn sayuran tanpa campuran daging.namun begitu memandangkan terlalu ramai pelajar malaysia di sini dan malaysia pelajar perubatan telah dihantar kesini sejak tahun 80 an termasuk sheikh muzzafar shah,terdpat mknn selera malaysia di hampir kesemua restoran di manipal.malah utk mendapatkan nasi lemak.teh tarik dan grg pisang masih boleh didapati dengan mudah dan murah cuma mgkin x sesedap di malaysia.malah pelajar dr seluruh india turut dtg ke manipal demi menikmati mkann msia.
akhirnya ada juga senior jemput ke open house mereka,sgt seronok dpt juadah ry
Macmana nk biasakan diri berjauhan dgn keluarga
Memandangkan sy sememangnya sudah dibiasakan berjauhan dgn keluarga kerna bersekolah dia asrama,jd tidak mempunyai masalah..cumanya setiap 6 bulan kebanyakan kami berpeluang utk pulang dan sy tekad utk berjalan ke kluar india..jumpa keluarga selama 1 tahun
mula2 mmg x biasa..mknn x sesedap cm msia ...belajar agak byk...msih br ngn dunia medic..tp senior n mentor byk tolong..jd terasa kasih sygnya jugak...lgpun ramai malaysian stdnt dlm 300 lebih jugak..jd x terasa asing coz malaysian dimana2..bhs pun x yah blaja bhs dia coz drg sme fluent sgt english..even ada yg ley ckp malay skit2
Apa bezanya suasana india dan malaysia
Dari segi suasana dan kemudahan,kita rakyat msia sebnarnya mewah dr segala segi jika nk dibandingkan dgn negara-negara seperti india dimana negara yg padat dgn penduduk,kemiskinan dpt dilihat dimana2 dan mereka sebenarnya tabah n tekun meneruskan kehidupan..pernah juga bersembang dgn warga tempatan.biarpun gaji yg mereka terima sedikat.namun mereka tetap trus bekerja dgn tekun,malah atas keprihatinan kami terhadap anak2 tempatan kami turut cuba membantu sedaya mungkin dgn mengadakan kutipan dan lawatan ke kwsn "slum area" atau kawasan setinggan dan membantu mengajar anak2 yatim disana.susana kemiskinan ini yg mendorong kami utk belajar bersunnguh2 dan menjadi doktor yg ikhlas bekerja dan dpt meringankan beban pesakit pada masa akan datang
Berada di rantauan, apa yg membuatkan sy akan t'ingat ttg malaysia?
mknn mmg yg utama..support keluarga kerana tekanan blaja agak tinggi.shopping mall coz kat sni x ley shopping sgt..namun begitu suasanya menjadikan sy fokus kpd pelajaran dan kurangkan pembaziran.pembangunan mereka x semaju malaysia menjadikan sy lebih menghargai tanah air tercinta berbanding dahulu,turut menjadikan sy prihatin ngn nasib mereka yg tidak sebaik kita..
Pengalaman manis sy disini~~
Sy sememgnya ske melancong sebelum dan bercita-cita mahu melancong ke seluruh dunia sambli belajar,jd sbelum ke manipal lg sy mengambil peluang melancong ke australia selama sebulan selepas a-level
Peluang cuti selepas 6 bulan pertama sy dan kwn manfaat sesungguhnya,kami berjalan selama 3 minggu merantau seluruh utara india sebanyak 10bandar kami jejaki merangkumi lebih 6000 km,5 negeri dan 10 bandar kesemuanya dgn hanya menaiki keretapi sebagai pengangkutan utama..malah kami turut bermalam selama 5 malam di dlm train sepanjang perjalanan antara bandar2 utama yg kami jejaki goa,mumbai,ahmedabad,udaipur,jodphur,jalseimer,jaipur,agra(taj mahal),new delhi,shimla,manali,bangalore.
Pengalaman yg paling x dpt dilupakan spajg perjalann ini ialah pd musim yg sama iaitu pada bulan februari haritu kami berjaya merasai 2 suasana yg berbeza iaitu bermain di padang pasir,menaiki unta selama 3 jam dan tdo beratapkan langit di padang pasir di jalsaimer yg terletak hanya 100 km dr pakistan dan juga selang 4 hari kemudian ke utara india utk bermain ski dan snow..itulah yg menarik ttg "increadible india"yg sudah pasti tak terdapat di tempat lain...byk pengalaman pahit dan manis sepanjang perjalanan kami antaranya melihat kesusahan rakyat india,kanak2 sbg pemgemis,suasan bdr dan kg,sempat merasai sdr mskn 2 mereka..dan yg paling penting melihat sendiri Taj Mahal(one of 7 wonder of the world)
GOA
Setiap dr tempat yg kami lawati mempunyai kekuatan dan keistimewaan mereka tersendiri antaranya goa adalh bdr tinggalan portugis yg penuh ngn monumen2 bersejarah bersenikan zaman portugis,turut terkenal dgn pantai tumpuan pelancong dan aktivi pantai yg menarik permainan air spt banana boat,parasailing dan bumper boat disediakan disana,pasar aurora menjual pelbgai kraf tgn,dan juga "saturday market"
sebelum terbang menaiki "parasailing"
MUMBAI
Mumbai sebuah bdr penting di india dan terkenal dgn studio mumbai pengambaran filem bollywood.terutamanya slumdog millionaire dan byk lg
Menarik tentang bdr ni kami sempat ke Taj and Oberoi hotel atau Motel Taj Mahal yg menjadi tempat serangan bom pada December 2008 yg terletak berhadapan Gateway of India...sememangnya kesan2 bom dan kebakaran dan process pembaikan msih kelihatan pd waktu kami tiba disana,kami turut ke Chatraparti Shiraj Maharaj Vasta Sangrahalaya (prince of wales musem)museum terkenal di india ttg sejarah hindu dan british,mumbai zoo dan dpt melihat bdr mumbai dr atas bukit dan berkelah di taman2 yg cantik.
UDAIPUR
berlari dari kesibukan bdr mumbai kami bergerak ke Udaipur,The Venice of The East,bdr putih yg dikelilingi sungai yg sgt menarik,terkenal ngn sejarah kerajaan Mughal dan Chittorgah Fort yg merupkan kubu terbesar di asia sambil mendengar kisah percintaan raya Mughal dan perihal pemaisurinya.di hotel pula,kami menikmati mkn di rooftop restaurant dan memborong pashmina yg terkenal disini,
setiba kami di udaipur
JODHPUR
Menaiki bus slama 5 jam..setiba di jodhpur,kami menjadi rebutan kepada pemandu2 auto sehingga hampir menyebabkan pergaduhan.apa yg lebih mencuakkn ialah kami adalah 9 pompuan n hanya 1 org lelaki..alhamdulillh kami selamat,jodphur pula terkenal sebagai bdr biru yg terkenal dgn kraf tgn yg sgt menarik terjual di,
kami turut menikmati mknn ringkas di ommmelet shop yg terkenal dan menjual lebih 10000 telur sehari dan pengalaman 30 tahun menjual ommelete.
walaupun kami tidak bermalam di sini..tapi kami menemukan sebuah keluarga muslim yg begitu baik....malah mereka turut berkongsi kisah keluarga mereka bersama kami dan dgn prihatin menunjukan tempat2 menarik yg harus dilawati
JALSAIMER
Pengalaman melalui pg yg sgt sejuk di Jalsaimer dan dan menghirup kopi di atas rooftop resthouse smbil merancang perjalanan ke pdg pasir merupakan pengalaman yg tidak dpt dilupakan,kami kemudianya bergerak dgn pajero ke lokasi utk menaiki unta.dengan menunggang unta selama 2 jam kami bergerak ke pdg pasir untuk bermalam disana,spenjg perjalanan kami singgah melihat rumah-rumah masyarakat tempatan di pelbagai kawasan kampung..
2 jam perjalanan ke tgh pdg pasir bersama unta masing2 merupkan pengalaman berharga.turut berkesempatan masak mknn tgh hari dgn cr mereka.kamiturut singgah di rumah dan kwsan perkmpugn masyarat yg duduk disekeliling padang pasir..kami menjadi bhn perhatian kanak2 kecil yg dtg dan meminta pen sekolah dr kami..turut insaf melihat keaadan anak2 kecil yg tidak berpeluang utk menerima pendidikan dan kerja membantu kelurga sejak kecil lagi..air dan kemudahan tandas juga tiada di rumah mereka..tdo dlm serba kedaifan.malah ada antara perkampgn dimana mereka hanya beratapkan kain sbg bumbung dan hanya dilindungi oleh anjing2 ternakan sbg pelindung keselamatan dr ular2 liar dipadang pasir.kami berfikir sejenak bgmana agaknya mereka menahan kesejukan mlm di pdg pasir,kebanyakn mereka tidak dpt hidup di bdr kerana kasta yg mereka bw memyebabkan mereka tidak diterima oleh msykt bandar.malah dlm.
Teruja apabila sampai ke pdg pasir..melihat betapa gersangnya dan indah ciptaan Allah.kami sempat melihat matahari terbenam dan juga menikmati "chai" atau tea yg disedikan utk kami.
Malah turut sempat berjemaah beramai2 dipdg pasir berkumpul dan makan bersama mengelilingi ungun api dan menikmati tdo beratapkan langit.paling x dpt dilupakan pengalaman tidur bersama 3-4 lapis tilam diatas kami tp kami namun masih mengigil kesejukan suasana mlm di pdg pasir.
Pemandgn indah beratapkan ribuan bintang yg x terkira banyaknya dan x pernah dirasai sebelum ini,
JAIPUR
Jaipur pula merupakan bdr yg terkenal dgn bgunan yg dibuat dgn"sandstone " yg berwarna warni yg dinamakan HAWA MAHAL,malah turut ke City Palace yg terkenal dgn compleks dan bgunan yg menarik.Malangnya sy x dpt mengikuti rakan2 lain utk ke sana kerana demam akibat masih terkejut dgn perubahan cuaca dipdg pasir...hihihi
AGRA
seterusnya,ke agra utk mejejaki taj mahal.berpakaian punjabi dan salwa ke taj mahal mmg pengalamn indah kami.kepuasan melihat dan merasai keindahan senibinanya yg menarik malah batuan marmar putih yg menjadi bahan utama binaanya menjadikan taj mahal kelihatan dlm 4 warna bebza ketika fajar,tgh ari,sunset dan juga ketika bulan penuh.
NEW DELHI
bdr new delhi mengingatkan sy akan malaysia malah kerinduaan msia sy juga terubat,,bergambar bersama2 di Lotus Temple yg kelihatan seperti Sydney Opera House.menikmati ayam panggang special di bdr masjid Jame' dan memunaikan solat di masjid yg terbesar di india itu yg turut menggunakan 25000 tenaga hamba utk menyiapkanya.
bgnn parliment dan gateway of taj mahal menjadi destinasi seterusnya malah actviti shopping di Chandni Chowk turut menjadi kenangan indah.
SHIMLA dan MANALI,
seterusnya kami ke negeri Himachal Pradesh utk ke Shimla ,kesejukan yg teramat dpt dirasakan kerana ianya terletak di utara india,bebekalkan bj winter kami meredah ke botanical garden dan disana kami berpeluang menaiki Pony atau kuda kcil utk mendaki bukit ke botanical garden dan mnikmati masala maggi yg panas di tgh kesejukan,turut x melepaskan peluang ke bgunan lama yg digambarkan sebagai seperti"between the harrry potter hogwatrs school and brigde of london" atau kini dikenali sbg indian institute of Advance study,dlam perjalanan ke manali dari shimla kami sempat singgah di Beas river utk aktiviti Water Rafting sejauh 14 km di tgh kesejukan.
di manali,pemandgn indah bukit dan gunung2 yg diliputi salji,turut tidak mahu ketinggalan mengikuti semua permainan salji yg ada disana termasuk ski dan toboggan,
pegalaman tayar pancit dan ditahan polis ketika perjalanan pulang ke new delhi turut menjadikan kami berhati-hati dlm memlilih pemandu pd ms akan dtg.perjlanan akhir kami dr new delhi ke bangalore diisi dgn melihat pelbgai ragam manusia didlm train selama hampir 2 hari.pengemis yg dtg meminta duit dan juga anak2 kecil yg tabah menjual mknn dan minuman kpd para penumpg utk mencari rezeki.xkurang juga beberapa insiden kehilangan tiket dan pergaduhan kecil yg berlaku di kalangan penumpang.smeua itu menjadikan kami lebih bersyukur dgn negara malaysia yg kita cintai.Kedtgn sy ke india dimanfaatkan bersama rakan2 utk merantau sluruh tempat selagi mampu berada di tengah antara europe dan malaysia menjadikan india negara yg strategik utk ke hong kong,mesir dan juga negara2 eropah.malah turut ramai dikalangan kami menmanfaatkan cuti masing2 ke tempat2 berikut utk mencari pengalaman.sambil menyelam minum air bukan.
nasihat buat adik2
bina jati diri dan kenal dr anda sebenar=benarnya sebelum ke luar negara.kuatkan iman dan pendirian dan insyAllah urusan kita akan dimudahkan jika kita niat belajar utk Allah dan agama.
bukan mudah utk berjaya.kte perlu kenal sape dr kita dan kemampuaan dr kita dahulu,setkan matlamat dan berusaha ke arah matlamat itu,andai apa yg diusahakan mendapat ganjaran seperti mana yg kita kehendaki,ingatlah bhw Allah maha penyayang kepada hambaNya dan dia akan memberikan yg terbaik buat kita.
No comments:
Post a Comment