Friday, 5 August 2011

sesuatu baru yg harus diperhati dan dipelajari.....

http://www.malaysiaharmoni.com/


Perkahwinan bukan sahaja mengikat antara sepasang manusia yang bergelar suami dan isteri. Malah ia merupakan pertautan antara dua keluarga, mungkin juga dua bangsa atau dua negara. Justeru, apabila secara sah anda dinobatkan menjadi suami atau isteri, maka serentak dengan itu anda juga menjadi menantu kepada orang yang bergelar ayah dan ibu mentua.


Untuk menjamin kelangsungan sebuah perkahwinan, tidak cukup sekadar pandai menjaga hati, memadu kasih antara suami dan isteri sahaja. Sebaliknya anda juga harus tahu mengambil hati dan menagih kasih mentua.

Mentua adalah orang yang menjadi sebab kepada wujudnya pasangan anda. Merekalah yang bertanggungjawab membesar dan mendidiknya hingga menjadi manusia yang serasi sebagai pasangan untuk anda. Mereka mengenali pasangan anda jauh lebih dahulu daripada anda dan sayangnya mereka kepada pasangan anda tiada taranya.

Oleh itu jika anda ingin bahagia di sisi pasangan anda, disayangi oleh mentua dan disenangi oleh ahli keluarganya perkara-perkara berikut perlu difahami. Sebahagiannya apa yang wajib anda lakukan dan sebahagiannya apa yang mesti anda jauhi.


i. Janganlah anda mengharapkan cinta anda yang baru berputik itu akan menjadi saingan kepada kasihnya mentua anda kepada anaknya. Jangan sekali-kali anda cuba mengalihkan kasih sayang pasangan anda terhadap ibu dan bapanya.

Ingatlah perkahwinan tidak mengubah perintah Allah s.w.t. kepada setiap hamba-Nya.


Dia telah berfirman (maksudnya):


“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata -mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintah-Nya, maka sesungguhnya dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.”

(Al-Isra’ 17: 23-25)


Maka bantulah dia, berilah dorongan kepadanya agar menjadi anak yang soleh, yang dirahmati dan diredhai Allah s.w.t. Dengan itu secara tidak langsung anda juga mendapat pahala kerana “orang yang mendorong ke arah kebaikan baginya pahala seperti orang yang melakukannya.” (Maksud hadis riwayat Muslim daripada ‘Uqbah bin ‘Amru)

ii. Anggaplah diri anda juga anak mereka dan mereka adalah ibu dan bapa anda.


Sayangi dan hargailah mereka yang telah berjasa kepada anda. Mereka telah bersusah payah mempersiapkan seorang insan yang dapat memenuhi citarasa anda, walaupun tidak sepenuhnya, namun ia tetap mengisi tuntutan naluri anda. Allah s.w.t. berfirman (maksudnya):


“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan- keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

(Ar-Rum 30: 21)


iii. Gembirakan hati mereka dengan akhlak dan budi bahasa. Mereka tidak mengharapkan anda menjadi manusia yang sempurna. Jangan malu untuk mengakui kelemahan diri.

Misalnya jika anda menantu perempuan yang tidak pandai memasak, nyatakan terus terang kepada ibu mentua dan minta supaya dia ajarkan. Tindakan seperti ini akan akan membuat dia berasa gembira dan dihargai.

iv. Ketahui minat mereka dan cuba fahami apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka.

Jika mentua anda minat berkebun, maka cuba-cubalah jenguk kebunnya dan bantu apa yang patut. Jika mereka minat menulis, bacalah tulisan mereka dan berilah pandangan anda tentang tulisan mereka sama ada setuju atau tidak. Mereka tidak perlukan pujian. Yang penting mereka mengetahui bahawa anda mengambil berat tentang diri mereka. Walau bagaimanapun jika mereka meminati perkara yang haram di sisi Islam, janganlah anda terikut-ikut pula. Jauhilah dengan cara berhikmah dan bijaksana.


v. Merendah diri dan berkhidmat kepada mereka. Merendah diri tidak bermakna menghina diri. Berkhidmat tidak bermakna menjadi hamba.

Dalam hal ini Nabi s.a.w. adalah sebaik-baik contoh kita. Daripada al-Aswad bin Yazid r.a., katanya: Sayidatina Aisyah r.a. ditanya tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika baginda berada di rumah. Beliau menjawab: Baginda berkhidmat kepada keluarganya. (Al-Bukhari). Abu Hurairah melaporkan bahawa baginda bersabda (maksudnya): “Tiada merendah seseorang kerana Allah melainkan diangkatkan darjatnya oleh Allah s.w.t.” (Muslim)

Sebagai contoh, pada waktu makan bersama, jangan bangun ketika mereka sedang makan. Tunggulah mereka selesai dan bersihkanlah hidangan. Kalau terpaksa, mintalah izin sebelum bangun.


vi. Jangan lokek dan berkira dengan mentua terutama apabila mereka datang ke rumah anda atau anda berkunjung ke rumah mereka. Ingatlah! Mereka telah terlalu banyak berkorban untuk membesarkan pasangan anda.


vii. Doakan mentua setiap kali mendoakan kedua-dua ibu bapa anda. Katakanlah: “Ya Allah, ampunilah dosa kedua-dua ibu bapaku dan kedua-dua ibu bapa suami/isteriku dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mendidik kami pada waktu kami kecil.”



Ustazah Maznah Daud

Ketua Wanita

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)


sy ingin mengulas serba sedikit article ni...satu artikle yg menarik utk bacaan semua kerana kita semua iA akan menempuh alam ni..sy sendiri kerana mungkin punya ramai abg dan kakak..dr segi pemerhatian...byk yg sy pelajari

seperti ibu dan ayah sy sendiri...mereka sgt tegas dlm mendidik kami namun mereka sgt berlembut dgn menantu2 mereka..bak kata ibu"korang kalau dpt ibu yg garang..nanti mesti mak mertua krg baik"..dan ahamdulillah..mak mertua kpd dua org kakak sy sgtla sporting

pada ibu...beliau x mengharapkan lebih dr menantunya..pd beliau ,,,beliau berasa sgt beruntung punya menantu yg solehah utk membimbing cucu-cucunya dan menjaga anak2 lelaki kesayangan ibu..dan menantu ibu semuanya profesional belaka..jd ibu sgt bangga dan peka dgn kesibukan menantu2 ibu ..tp jgn x tahu..ibu sy mmg gemar memasak dan suka anak2 menantu memasak utkya..pernah ibu berpesan pd kami....klo g umh mak mertua nanti...tanya2 la mcmana mak mertua kamu memasak..belajar cr mereka...pastu pandai2 modified bg sedap...br mak mertua syg.....

ibu sy juga sgt suka berkebun...dan juga ms lapangnya dihabiskan utk menguruskan halaman umh dan membersihkan mana2 bilik dan kawasan rumah yg berselerak.....setiap hari..ibu pasti mempunyai target beliau tersendiri...x pernah beliau sunyi dr aktiviti..ibu seorang yg multitask...beliau boley menjadi ibu,assistant peribadi ayah(dlm sokongan aktiviti politik dan menyiapkan kertas kerja ayah),tukang jahit dan designer(ibu dulu jahit bj sekolah kami sendiri) dan aktiviti2 lainya...she such a great thinker...mmg menyeluruh la....jd mmg agak pening kalau nk tolong ibu....namun ibu sgt suka dan menghargai setiap pemberian dan pertolongn anak2nya biarpun x diluahkan....mungkin apa yg kami hanya mampu ialah mendengar celoteh ibu,memberi kek dan card ulangtahun umur dan perkahwinan ,.menolong ibu menjaga tanaman bunga kesayangn beliau,tolong bercucuk tanam, menolong beliau di dapur dan tolong drivekan ibu ke kedai dan atas urusan2 lainya


pada ayah pula....beliau adalah seorang pemimpin bersmgt waja..beliau sgt meminati bidang politik dan suka bersembang ttgnya..ayah juga seorang pemikir yg kritis...suka membaca dan menulis..katanya "dgn menulis..ayah boleh elak dr ayah dr nyanyuk dan lupa".ayah gemar klo kita bertanya khabar beliau dan apa aktiviti terbarunya..lagi gemar jika dpt diajak ke masjid utk jemaah subuh dan maghrib bersama...malah sejuk hati beliau jika solat di rumah dipimpin oleh anak menantu.jika punya waktu terluang.ajakan ayah utk jemaah bersama harus diambil sbg satu peluang utk mempereratkan ukhwah..klo ke masjid bersama...dpt punya teman bersembang dan driver juga kata ayah...sebenarnya..ayah bangga utk kenalkan menantu2 dan anak beliau...jd apa salahnya kita banggakan ayah dan mak yg penat membesarkan kita kan...

kepulangan anak menantu di rumah mertua hanyalah dpt dilakukan sekali sekala...punya anak yg berpendidikan tinggi sentiasa menyebabkan waktu terluang utk ibu dan bapa kita sgtla singkat....jd...setiap kali raya atau cuti..mungkin kita boley amik peluang utk mengembirakan hati mereka sbyk mana yg kita mampun...terukir senyum diwajah ayah dan ibu setiap kali kita menitipkan wang raya dan sehelai dua persalinan bj buat mereka menjelang perayaan..x putus2 ibu dan ayah memuji kalian dan x putus2 juga persalinan tersebut digantung dan dipakai berulang kali..sebenarnya bukanlah wang ringgit yg didamba..hanyalah ingatan tulus ikhlas dr anak-anaknya

ada sebahagian dr kita beruntung kerana dikurniakan ibu dan bapa mertua yg baik ....namun begitu..jgnlah dibandingkan antara kasih dan didikan ibu bapa dan ibu bapa mertua

pernah terbaca ttg satu kisah

bgmana seawal usia(anak2)..kita sering bangga dgn ibu bapa kita...mereka menjadi idola dan wira dalam segenap perkara

menjelang remaja...kita mula mendengar kisah didikan kwn2 dan rakan2 remaja pula...mula kita mencari kesalahan ibu bapa dlm mendidik kita pula..sering apa yg dikontarkan.."kenapa mak kwn sy bg kluar umh ..tp ibu x..knapa kwn sy boley je buat cmtu,,,tp sy x?...kenapa ibu ayah kwn sy rajin melawat sy di asrama tp bukan ibu dan ayah sy?

sedarkah kalian nasihat itu semua kerana syg dan kasih ibu dan bapa buat kita,kseibukan mereka mencari nafkah buat kita membesar dan mendpt pendidikan sempurna

sesudah berkahwin..punya ibu bapa mertua yg sporting ...kita mula membandingkan mereka dgn ibu bapa kita sendiri..tanpa kita sedar ibubapa kita pasti x suka akan itu..masih ingatkah kalian ketika kita kecil..jika dibandingkan kita dan sepupu kita..pasti kita menarik muka dan x suka bukan...

semikin merkea berusia...segala kelemahan ibu bapa akan terlihat....segala yg buruk menjadikan kita merasa beban menjaga mereka...sedarkah kita akan jasa ibu mengandungkan kita dan mendidik kita sejal dr x tahu apa2 sehingga berjaya

malah terkesan sy dgn kata2 seorg ibu kpd anaknya

"mak harap mak meninggal sebelum mak menjadi beban kat anak2...mak takut nanti..makin mak tua...mak mkin dibenci..bukan disayangi oleh anak2 sebab kekurangan mak....biarlah mak... meninggal dln keadaan disukai bukan dibenci anak
2

sungguh,..sy syg akan ibu bapa sy ....marilah kita cuba sedaya upaya membahagiakan mereka sehingga akhir hayat.....





p/s1-ni sebenarnya satu pos lama....yg ditulis kembali dr blog lama...kenapa ek... buat sy dan kalian utk renungi dan pahami juga,moga ilmu ini berguna dimasa hadapan..hanya perhatikan dan belajar dr pengalaman mrk yg lebih tua....
p/s2-lucu juga..arini iftar beramai2...teruju sy mencuba kuih butir nangka...namun mereka yg bukan dr kelantan x tahu kuih ini..sampaikan tahap mereka x tahu mcmana nk mkn....pengajaranya....it's better to follow the flow...kuih itu hanya akan sy buat pd mereka yg mengemarinya seperti keluarga sy shj.....utk kawan2...eloklah kte balaja2 buat kuih2 yg universal dan diterima semua org k..kerana kita perlu mempelajari budaya luar juga...iA

No comments:

Post a Comment