Saturday, 10 September 2011

dari adik sy maryam.....love her so much too~~~




sy syg adik sy~to maryam shafiyah

owh betapa sy rindukan adik sy ni....skrg dia tgh bz exam..so hopefully we can have a long pillow talk later....she's my great counsellor n supporter...miss her so much...


Saya adik Aishah Abas



Kak ecah n me.:)




"Cantik la kak awak"
"Segak la Kak hang"


Kakak saya memang cantik, setiap kali kawan saya tengok dia atau gambar dia ramai yang akan bagi komen macam tu. Ada jugak yang cakap


"Muka ko dengan kak ko lain la"
"Korang adik beradik kandung ke adik beradik angkat?" tanya seorang kakak ni


Kak ecah iras-iras muka ibu dan saya pulak iras-iras muka ayah, jadi muka kami agak berbeza. Jarak umur kami hanya 2 tahun, jadi kami sangat rapat dari kecik. Waktu kecik-kecik, dia lah kawan saya, geng masak-masak saya, roommate saya, penyelamat saya, kawan baik saya dan juga musuh tarik rambut saya(pernah sekali je..baik kan kitorang..ngee~). Ibu pulak selalu jahit baju yang sama jenis untuk kami, macam kembar la jadinya. Bila raya baju mesti nak macam boria sampai la kami masuk sekolah rendah.


Masa sekolah rendah saya sangat bergantung kat dia. Waktu kami tinggal di Sabah, ketika saya darjah 1 dan dia darjah 3, kami akan rehat sekali, dia akan belikan makanan kat saya dan saya pulak selalu main dengan kawan-kawan dia. Kalau dia demam saya pun takkan ke sekolah sebab saya tak tahu nak naik van yang mana satu untuk balik ke rumah. Manjanya saya masa tu.huhu.


Satu pengalaman saya dengan dia yang saya susah nak lupa sampai sekarang adalah masa saya sekolah rendah agama kat Sabah. Waktu tu saya darjah 1, saya nak ke tandas dan dia teman kan, sebelum sampai ke tandas sebab tak tahan, saya terkencing dalam seluar, saya dah nak nangis sebab sedih tak tahu nak buat apa then dia dengan sifat ke'kakak'nya terus bawak saya ke tandas dan bersihkan saya. Sepanjang perjalanan balik dengan van sekolah, dia yang pegang panties saya dengan tangan dia. Dia tak cubit saya jauh sekali nak marah, dia layan saya dengan sabar. Dan hari tu saya belajar sesuatu yang kak ecah sangat sayang kat adik dia ni walaupun dia tak pernah ucapkan.


Bila kami pindah ke Kedah,saya darjah 4 dan kak ecah darjah 6. Kat sekolah baru, dia adalah antara pelajar yang terkenal. Dia aktif dan selalu wakil sekolah dalam macam-macam acara. Dia masuk pertandingan sajak, bercerita, aktif Puteri Islam, aktif bola jaring dan sebagai nya. Sebagai adik saya pun terkena tempiasnya dan mula dikenali sebagai "ADIK AISHAH". Kalau saya jumpa kawan-kawan kakak saya mula la diorang cakap "eh tu adik aishah la". Apa kesan dia kepada saya?? Mula la cikgu bola jaring cari saya sebab ingat saya pandai main macam kakak saya dan akhirnya dia kecewa. Mula la cikgu BM mencari potensi saya untuk masuk pertandingan bercerita dan akhirnya saya hanya merangkul tempat kedua dan tak dapat mewakili sekolah. Mula la cikgu sukan melihat saya berlari di trek tapi akhirnya dia hanya mampu pejam mata tengok saya dapat nombor terakhir.huhu. Cuma satu yang saya dengan kakak saya sama iaitu kami berdua sentiasa dapat tempat pertama dalam kelas(sebab masa tu baru pindah sekolah dan kena masuk kelas kedua.hehe). Jadi setiap kali Hari Anugerah Cemerlang(HAC) kami lah adik beradik yang akan naik pentas selalu.


Lepas UPSR dia dapat tawaran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah(SMEKAK). Selang seminggu atau dua minggu ibu ayah dan saya akan pergi melawat dia. Saya mula rasa kehilangan dia waktu tu. Dia aktif masuk puisidra sampai ke peringkat kebangsaan dan diorang dapat jadi johan. Dia jugak selalu dapat nombor 1 dalam tingkatan. Dalam PMR dia dapat 9A. Kemudian dia masuk KISAS dan aktif dalam pertandingan forum. Dia masuk kebangsaan dan menang johan disamping menjadi pengerusi forum terbaik. Dalam diam saya bangga ada kakak seperti dia.


Itu semua apa yang orang lain tahu tentang dia. Tapi apa yang saya tahu tentang dia lebih dari itu. Kakak Ecah yang saya kenal sangat kuat semangat, dia sentiasa berdisiplin, apa yang dia target itu yang dia akan capai. dialah orang yang paling bersemangat dengan target sendiri yang saya kenal, cita-cita dia tinggi dan rajin buat apa je yang dia minat. Apa yang saya paling kagum, dia sentiasa menjaga diri dia untuk mencari redhaNya, dia ajar saya mencari Cinta agung dan kerana nasihat dia saya adalah diri saya kini. Saya menjadi saya kerana dia adalah dia. Saya bersyukur Allah menjadikan dia perantara yang mengajak kebaikan untuk saya. Alhamdulillah. Terima kasih untuk segalanya kak ecah.Selamanya saya akan bahagia menjadi Adik Aishah Abas..


Kalau dulu saya senyum je bila ada orang puji kakak saya cantik tapi sekarang saya tahu nak jawab apa
"Sebab tu adik dia comel"
"Kakak aku memang cantik, dia cantik lebih daripada orang lain sebab dia cantik luar dan dalam"


Selamat Hari Jadi ke-22 Kak Ecah.May Allah bless us always
Thanks for being a very lovely sister for me..:))

"you not just a sister, u r more than that"

No comments:

Post a Comment