Tuesday, 6 September 2011

cita2 yg tertangguh


byk sungguh berteka-teki
hampir sebulan masa diambil utk buat keputusan yg amat sukar ini
namun saya jadikan semua ini sbg satu pengalaman hidup yg amat bermakna
akhirnya,sy terpaksa menurut kata pihak penaja
yg tidak membenarkan
namun saya puas
kerana sy cuba sedaya upaya saya
dan pihak mereka menerima dengan redha
walau keberatan pada mulanya
yerla short notice sungguh
lusa programnya sudah bermula
semalam baru khabar penarikan diri saya diterima
namun kak tuan nora dan yg lain2 sgt memahami
kata mereka sendiri
mmg sukar penaja saya nk lepaskan saya
dan tahun-tahun hadapan
mereka menanti kembali penyertaan sy
mungkin dengan title doktor
dan ilmu yg lebih didada
saya lebih mampu menyampaikan lebih dr apa yg sy ada skrg
malah ketika menerima kata putus itu
agak gembira juga
kerna yg pasti
keputusan penarikan diri
bukan dibuat oleh sy kerana takut risiko2 yg tidak pasti,
namun kerana sebab2 kukuh oleh penaja
dan sy sendiri x sanggup nk tinggalkan kwn2
yg sudah bersama dalam dunia medic selama 4 tahun ini,
yg pasti sy sendiri nk abiskan study cepat2
dan meneruskan agenda yg seterusnya
insyAllah.....
namun hikmah ujian ini sgt besar buat saya,
minat dan bakat yg sy cuba kembangkan
dikenali dan diiktiraf...
mungkin step seterusnya x tercapai..
namun alhamdulillah....mereka sudah mengenali apa yg saya mampu berikan pd msyrkt
mungkin cuma serunya belum sampai
dan masa yg tepat belum tiba

pengalaman terlibat dan bekerja dengan mereka
adalah antara pengalaman terindah dlm hidup saya
bersaing dengan 700 penyertaan lain,
diinterview dgn soalan yg mencabar dr mereka,
bergandingan dalam "live talk show" walau sekejap,
debaran menanti keputusan
sehingga
suprise oleh production team ke kolej bersama ibu ayah
dan keterpaksaan memberanikan diri bertemu dean,org2 kuat kolej ttg hal ini
membawa semangat dan cabaran baru buat saya....
jika kita positif dan yakin niat kita betul
pasti kita boleh melakukanya
alhamdulillah
semoga pengalaman ini menjadikan saya lebih matang....

p/s1-sudahpun mendaftar disemester 7 sebagai pelajar tahun 4,menanti ogos 2012 sebagai penentu peperiksaan penting ke tahun akhir....dgn harapan sy berjaya melepasi halangan2 terakhir demi mengejar cita sebagai muslimah doctor insyAllah

p/s2-konflik2 mematangkan diri,membuat kita sering terfikir ttg bagaimana cara membuat keputusan yg bijak..banyakkan bertanya pendapat yg lebih dewasa dan jgn diikut hati sahaja....dan yg paling penting,restu ibu bapa dan doa kpdNYA moga dibantu membuat pilihan yg tepat..agar dikemudian hari tiada sesalan,dan percaya bhw setiap jln yg dipilih ada hikmahnya....terima kasih semua yg terlibat dan membantu sy membuat keputusan yg sukar ini....dan juga kerana mereka memberi peluang kpd sy utk pergi jauh dalam bidang yg saya minati itu.....insyAllah..ianya tidak akan terkubur..akan cuba perbaiki diri lebih dan lengkapkannya dgn ilmu secukupnya...insyAllah...pray for me!!
p/s3-terbaca majalah solusi...tajuknya menjafi kismis sblm anggur...ttg matang itu satu process yg lama...mungkin sy masih anggur yg perlu byk lg pengalamn dan ilmu sebelum jd kismis yg manis itu...jgn paksa diri jd matang sblum waktunua...biar slow2 namun teguh jatidirinya...:)

No comments:

Post a Comment