Saturday, 10 September 2011

jaulah kami ke Kedah






hampir 4 tahun rsnya
sy x berpeluang kembali ke sana
kerana sibuk dan kedudukanya yg agak jauh di utara
dan cuti semester kami yg x pernah lebih dari sebulan
namun aidilfitri ini peluang menanti
kebetulan ika (cousin sy) bertemu jodoh dgn org kedah
jadi kami semua ke sana utk menghantar ika ke rumah mertua

a nice journey
yg menyingkap banyak memori lama
kerna kami juga agak lama bermastautin di sana
hampir 5 tahun juga
sy dan adik sgt teruja pabila melalui bandar jitra
masing2 sibuk bercerita pengalaman remaja kami disini
dan sungguh...byk yg berubah
namun kenangan2 yg ada
tetap yg terindah

peluang juga terbuka
utk kami melawat saudara mara
disebabkan masa yg sgt terhad
kami utamakan mereka yg sudah kurang berupaya
kerna bimbang x sempat lagi utk bertemu sua
sungguh....
mereka insan2 yg byk membantu kami
ketika awal musafir kami ke kedah dahulu
pak long,pak cik shuib dan tok cu bi,
sempat juga menumpang kasih seorang cucu..
kerna kami sendiri sudah tidak punya atuk dan nenek lagi
terkenang wajah nenek,tok mek dan tok ayah
saat menatap wajah tua mereka...

namun yg paling bermakna
lawatan bertemu cg kesayangan saya di Smkak..
cikgu Tajuddin di Hospital Sulatanah Bahiyah,
sudah lama sy menyimpan keinginan untuk bertemu beliau..
sgt terhutang budi juga
kerna beliau adalah antara
pemangkin kejayaan sy skrg

masih teringat
ketika itu saya masih di tingkatan satu
menyambung pengajian di sekolah menengah kebangsaan agama kedah...
sy agak memberontak pd mulanya
dengan keputusan ayah menghantar sy ke sekolah agama
kerana saya menyimpan impian ke sekolah berasrama penuh
seperti abang dan kakak2 sy...
tak pernah tahu niat ayah yg tersembunyi...
yg mahu menyediakan pelajaran agama dahulu
pada anak perempuan beliau terutamanya..

diawal kemasukkan
sy tidaklah berapa bersemangat dalam pelajaran
dan sering muncul sebagai pelajar yg sederhana sahaja...
di penghujung tingkatan 1
ibu berkata yg kami bakal pulang berhijrah ke kuala lumpur
dan sy menyimpan impian ke sek men kebangsaan agama kuala lumpur
yg agak terkenal juga..
kata ibu
sy perlukan keputusan akhir yg cemerlang,
jd agak bersungguh juga sy belajar pd hujung tahun itu....
dan akhirnya sy berpeluang ke kelas pertama untuk tingkatan dua...
dan ura2 hijrah ke kuala lumpur....
terhenti sebegitu sahaja....

NAMUN HIKMAH TERBESARNYA
sy berpeluang ke kelas pertama
dan bertemu cikgu dan rakan2 yg hebat juga
dan utuk pelajaran sejarah.....
cikgu tajuddin mentugaskan kami
kerja sekolah tentang sejarah keluarga
satu tugasan yg membuatkan sy teruja
bersungguh2 sy mengkaji dan bertanya
disebabkan bilangan adik beradik yg ramai
kisah keluarga kami yg unik
dan juga kehidupan ayah yg dijadikan idola
cikgu tajuddin menjadi tertarik dengan folio sy

dan ketika keputusan peperiksaan saya diumumkan
cikgu memperli saya
kata-kata beliau yg sy ingat sampai skrg
KAMU TIDAK SEHEBAT AYAH KAMU
pedas sungguh kata-kata itu
tambah pula dilontarkan dihadapan rakan-rakan sekelas
bertambah semangat sy menekun pelajaran
biarpun didalam kesibukkan memasuki pertandingan PUISIDRA
hingga ke Kebangsaan di UKM..
buku tetap sy bawa kemana2
dan hasilnya sy muncul top 10 dalam batch utk ke tingkatan 3..
alhamdulillah

sungguh azam sy bertambah2 ketika melangkah ke tahun baru..
sy mahu membuktikan sesuatu pada ibu ayah
dan juga pada cikgu tajuddin
yg sy mampu pergi jauh
bersama impian sy ke sekolah berasrama penuh ketika itu
sy bertambah seronok belajar...
dan gembira melihat usaha dan doa berhasil
malah sgt tidak sangka
dalam kesibukan mewakili sekolah utk itu ini
berminggu2 belajar di tepi padang sbg wakil sukan sekolah
saya mampu menjadi yg pertama dalam tingkatan
menjadi yg tunggal mendapat 9A sms trial PMR
kesyukuran yg berganda2 sy panjatkan...
dan sy percaya
antara pemangkinya
adalah kata2 yg dilontarkan cikgu dahulu

kejayaan PMR memberi sy tiket
menyambung pelajaran ke KISAS
sungguh jasa2 cikgu SMKAK sgt sy hargai
kerana tanpa mereka..
impian sy x mungkin menjadi nyata

bersaing bersam top student seluruh malaysia
di KOLEJ ISLAM
sgt menduga saya
jika dahulu yg mungkin yg pertama
kini sy bersaing bersama mereka pelajar terbaik
dari sekolah masing2
saya tetap mencuba
sekadar terdaya dan termampu

penyertaan sy dalam FORUM REMAJA
membuka lembaran baru...
sy bertemu minat saya
disebalik kekecewaan x mampu bersaing dgn rakan2
sy mempunyai kekuatan dalam bidang ini...
minat,usaha dan doa membawa kami ke peringkat kebangsaan
dan muncul juara adalah satu kesyukuran tak terhingga
kerana persaingan yg cukup hebat ketika itu....
ditambah dilema
dimasa yg sama
sy bakal menduduki percubaan SPM

alhamdulillah
berita kemenangan kami tersiar didada akhbar
dan secara tak langsung dan tanpa sengaja
CIKGU TAJUDDIN MENYEDARINYA
beliau memotong keratan akhbar itu
dan lekatkanya di sehelai kertas
malah meminta respon rakan2 lama sy di smkak
diutus keratan tersebut ke kisas

sungguh sy tidak menyedari surat tersebut
sehingga lawatan tanpa sengaja sy ke pejabat
beberapa hari sebelum spm,
surat itu membuatkan hati sy tersentuh
dan ucapan tahniah dari rakan2 lama
sy rs amat dihargai dan kata2 mereka bagai semangat baru buat sy
yg ketika itu bergelut dgn 12 subjek SPM yg byk dan sukar juga

alhamdulillah
dan terima kasih cikgu!!!

SY kemudian mebalasnya dengan sekeping kad ucapan Aidilfitri
dan kemudian kami jarang berhubung lagi
kali terakhir sebelum sy menyambung pelajaran ke INTEC utk A-level

syukur ditemukan dgn rakan2 lama dilaman facebook
berita ttg cikgu dapat jua sy ketahui
dan lawatan ke kedah
membuatkan hasrat sy utk bertemu cikgu kesampaian!!!

walau dalam kesihatan yg terganggu
cikgu masih mengingati sbg TUN TEJA
gelaran yg diberi ketika kelas sejarah dahulu
kuat betul ingatan cikgu
dan sy doakan cikgu dikurniakan kesihatan yg berterusan
dan terima kasih cikgu atas segalanya

sungguh
guru2 adalah antara sumber INSPIRASI sy
terima kasih guru2
kalian mmg amat sy sayangi

p/s1-mula merancang pengisian cuti minggu hadapan..cuti yg diberi kolej tanpa notis awal membuatkan sy harus merancang semula..bekerja di farmasi ibu mungkin...cari pengalaman dan recall ingatan tentang ubat-ubatan bersama kak imah..insyAllah

p/s2-rancangan itu sudah mula bersiaran..moga diberi kekuatan utk redha atas segala ketentuan..mungkin bukan masanya lagi.....pasti ada hikmah yg terbaik buat sy..insyALlah

No comments:

Post a Comment