Saturday, 10 September 2011

Our Manners!!

sape pernah tgk cite korea
huhuhu..tajuk entry ni cm best la plak ek
sebenarnya klo kte tgk cte korea..
kebanyakanya sme stereotype bkn????
kebykn heroin dlm cte korea ni digambarkan sbg seorg yg senang menjadi dr mereka sendiri n x berpura-pura
mereka senang menjadi dr mereka sendiri
dan kadang drg ni main redah je ...
maksudnya dr segi moral n kesopanan drg ni kurang skit la..
tp disebabkan sikap mereka inilah..
hero jatuh cinta pd heroin ni
in real life...adakah ni yg blaku?
perlukah kita menjadi dr sendiri n ckp ...
knapa nk kawal2 akhlak kita ..
just jd dr sendiri sudah...
penting ke akhlak nie..
lg2 klo sy katakan kita sbg muslimah..

Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.”
Riwayat at-Tarmizi

Daripada Aisyah,
“’Rasulullah Saw bukan orang yang suka berkata keji, bukan orang yang buruk perangainya, dan bukan orang yang suka berkeliaran di pasar. Bukan pula orang yang membalas kejelekan (kejahatan) dengan kejelekan, akan tetapi orang yang suka memaafkan dan melupakan kesalahan (orang lain),” (HR Ahmad).

apa yg sy dpt katakan..
ianya sgt penting
klo kita ingat lg kerana akhlak rasullullah jugalah...
seorg perempuan tua Quraish berjaya memeluk islam....
hanya kerana akhlak rasullullah yg sabar mendgr cercan perempuan itu terhadap drnya sepanjang perjalanan mereka berdua
akhlak mengambarkan agama kita..
dan jika anda berjaya membawa nama islam kepada mereka yg beragama lain
walaupun bkn senang nk menghayati akhlak islam ..
tetapi kte boleh cuba kan...
perbaiki satu demi satu..
hari demi hari...
dan contohilah akhlak rasullullah keran itulah akhlak al-quran
ingatlah mungkin tiap2 pagi kta boleh ingatkan dr sendiri dgn kata2 ni
"Bukan emas permata yg mencantikkan anda melainkan yg mempercantikka anda adalah akhlak anda dan kekayaan anda adalah etika anda"
Mari kita sama2 perbaiki akhlak kita k....
insyAllah

p/s1-just come back from sarah's wedding...a very humble n simple wedding....dpt rs keberakatanya dalam majlis tu......penuh dgn mrk yg soleh dan solehah...dihiasi zikir dan nasyid..malah di tgh2 majlis..tetamu dijemput solat zohor berjemaah bersama!!..ms nk blik,terjumpa pula kak syaf dan zaujnya..sungguh x sangka!!!..mmg lama nk bertemu dam rindu pd kak syaf,kak noni dan geng2 usrah....

p/s2-bestnyala klo sentiasa dpt berada dlm majlis ilmu..terfikir nk cuba cr kat masjid2 sekitar melaka...want to gain more knowledge.....dh lama sgt hati x terisi ngn pengisian nie!!!..isk3

p/s3-kita sering diuji dgn apa yg kita nasihat dan perkatakan..sy sendiri agak bersikap kurang sabar baru2 nie.....namun....mari muhasabah sama2 k

p/s4-alhamdulillah..berjaya raya puasa 6...mmg memerlukan semangat dan ijtihad yg kuat di bulan syawal ini...

No comments:

Post a Comment