Thursday, 15 September 2011

tuntutan menutup aurat wajib di mana sahaja

sejujurnya...
berada dalam bidang perubatan
antara cabaran kami sebagai doktor muslimah
adalah dalam tuntutan menutup aurat
bidang kerjaya kami menuntut kami
untuk ke operation teater
utk melihat dan melakukan pembedahan
dan kami harus menukar pakaian
kepada yg disediakan
agar segala kuman dan jangkitan luar
tidak dibawa ke bilik pembedahan
dan mengurangkan komplikasi jangkitan kpd open wound
iaitu luka2 pembedahan

kali pertama sy sedar ttg ini
adalah ketika kami perlu ke hospital putrajaya
untuk hospital attachment dan melihat kerjaya sbg doktor
sebelum ditawarkan utk masuk ke dalam bidang perubatan
(sebab masa tu ramai sgt apply utk ambil medic dan mereka mahu pastikan yg benar2 berminat sahaja!!)
antara tentatifnya
kami perlu ke dewan perbedahan
dan diarahkan menukar pakaian kpd pakaian operation teater
sy amat terkejut pabila diberikan sepasang baju berbentuk T lengan pendek,seluar pjg pijama dan sehelai cap atau topi
dan kami diarahkan menangalkan semua termasuk tdg yg menutupi kepala dan dada
diganti dgn topi sahaja
dalam fikiran saya
bgmana dengan leher pula....
sy x boleh berkompromi
kerana ini aurat saya yg harus dijaga
sy lihat wajah rakan2 lain yg terdiri dari mereka yg bersekolah agama
mereka kelihatan sgt terpaksa
tp sy tekad
sy tetap memakai armsock saya utk menutup lengan pendek baju
dan juga serkup saya dipin ke tdg
utk menutup leher pula
kemudian mulalah sy mencari idea
sy menggunakan mask yg diberi
2 ke 3 helai
untuk menutup leher
sejujurnya sy rs amat sedih ketika itu
dan berjalan dibelakang sekali ketika berjalan dalam kumpulan yg turut terdiri dari pelajar lelaki
sambil2 menarik baju menutupi leher....
sgt tension k
bila ditanya rakan perempuan indian
sy kata,
sy sejuk!!!!!!!!
(sgt sukar nk terangkan keadaan sebenar pd mereka ketika itu..x punya kekuatan mungkin)
to my suprise
sy lihat seorang doktor muslimah yg kami temui diward
yg kami temubual td
yg pada mula bertdg litup
berpakaian OT dan mendedahkan leher dan tanganya
dalam hati sy
adakah kami sbg doktor muslimah tidak punya option lain!!!!
ligat kepala sy befikir ketika itu

dan kemudian
sy masih terfikirkan
adakah situati yg sama dihadapi mereka di negara2 lain atau di Malaysia sahaja
bgmana dgn doktor muslimah di negara islam,mesir,jordan
dan di eropah spt uk,ireland

di tahun 2
sy berpeluang melawat rakan2 sy di eropah
dan kemana shj sy pergi
x lepas sy bertanya soalan yg sama
dan kata mereka
mereka akan cuba menerangkan tuntutan menutup aurat pd pihak hospital
dan mereka membenarkan mereka memakai pakaian tambahan
utk menutup aurat mereka
dan alhamdulillah
mereka x punya masalah

sekembali sy ke Manipal,india
saya berjaya ke tahun 3
dan kami memulakan pengajian klinikal
sy harus ke operation teater
bgmana ya dgn aurat sy dan rakan2 disini
alhamdulillah
ada senior yg meninggalkan
sepasang armsock bewarna hijau tua dan tdg hijau tua
yg sepasang dgn pakaian OT yg disediakan
sy warwarkan dan pinjamkan pada rakan2 lain
utk menyediakan yg serupa
agar dpt sama2 kami menutup aurat di OT
dan belajar dgn selesa dan lega
yg penting
aurat dijaga
alhamdulillah
reaksi yg sy dan rakan2 lain terima
ramai doktor2 tempatan disana
melihat kami sampai 2 kali
namun mereka tidak mempersoalkan apa2
cuma pernah rakan sekelas yg ke OT bertanya
dan sy menjawab ttg tuntutan aurat
yg kami cuba sesuaikan dgn kreativiti kami


dan sekembali sy ke melaka
sy kembali memikirkan bgmana keadaanya selepas 5 tahun
peristiwa di hospital putrajaya menghantui sy
namun sy pasti ada senior sefikrah pasti membantu
lalu sy tujukan soalan di satu group facebook kami
SISTER UNITED

salam sisters mmc
nk tanya skit..
kalau masuk OT kat hospital melaka n muar dan kena tukar baju OT
kte kena bawa tdg dan armsock sendiri mcm kat manipal kerr...
klo yer kena cr warna apa ek....?

Izzah Zainaldin- w'salam.ha'a mana2 OT pun,kene tukar baju OT.
biasanya,kitorang bawak baju alas ,preferably yang turtle neck,sebab
selalunya tudung OT susah nak dapat + jarang.
warna,biasanya either hitam atau putihla,macam ramai pakai warna
hitam.adakah membantu? ^^

Aishah Abas - pastu kan kak izah...drg bg x klo kte bwk tdg syria ke cmtu....baju
alas tu dia nk yg sterile ker...klo kat manipal dlu suruh basuh ngn
air panas la..hoho....tp sgt membantu kak izzah..thnks..hehehe

Izzah Zainaldin hurm,tudung xpastila,sebab kita pernah buat,tapi diorang xkasi jugak.
pastu,baju tu xkesah sangat-maksudnya kalau nak basuh dengan air
panas lebih baekla,tapi rata2 kitorang biasanya bawak baju yang dah
basuh dan xpakai kat luar,macam tu je la.^^

terima kasih atas jawapan kak izzah yg sangat membantu
sy x pasti adakah rakan2 lain tahu akan ini atau tidak
namun harapnya perbualan kami dpt dilihat yg lain
dan turut sama2 mempunyai kesedaran yg sama
biarpun begitu
ada juga rakan yg tidak beberapa kisah
kata mereka
ikut je procedure yg ditetapkan
bg sy TIDAK SAMA SEKAli
aurat yg dipelihara sejak kecil harus dijaga
pergaulan harus diperhati
itu yg paling penting
dan harapnya kita sama2 istiqamah

namun
isu ini x terhenti disini
masih banyak isu2 yg melibatkan doktor muslimah x diketengahkan
seperti kata abg ihsan sendiri
yg kerap kali menyuruh sy mencipta sepesang tdg yg punya lubang ditelinga
bagi doktor muslimah
untuk memudahkan urusan kami dgn stetoscope kamiyg harus diguna
ketika pemeriksaan pesakit
kerana kebanyakkan kami harus memasukkan stetoscope dibawah tdg terlebih dahulu
yg mana agak leceh dan mengambil masa
sehingga ada doktor yg mana lecturer kami memperlekehkan kami
dan menyuruh kami membuka tdg
utk memudahkan stetoscope diguna
pada sy
dalam isu ini kita harus kreatif
dan pada sy sendiri
untuk ke klinik
sy gemar menggunakan tdg syria
dimana mudah sy menyarung stetoscope kerana ia punya 2 lapis tdg
dan harapan sy
sy mampu mencipta sehelai persalinan
yg sesuai dgn semua docktor muslimah
untuk memudahkan urusan kami
dan pada yg sama mampu menjaga aurat dan adab kami
sebagai doktor muslimah
insyAllah

p/s1-tdg bawal terkenal dengan texture yg jarang dan menampakkan leher ,namun sy dan adik pernah mencipta sehelai tdg kecil yg boleh dipakai bersama2 tdg bawal dan menjadi penyelesaian kpd masalah tdg jarang....ingin juga kami komersialkan namun hanya terhad pada rakan2 rapat kerana x punya masa untuk menjahit dalam kuantiti yg banyak..akan kami usahakan lagi jika berkelapangan ..insyAllah...

p/s2-raya ini sy gemar berjubah....ada rakan2 yg selalu punya masalah dgn jubah yg jarang dan menampakkan bentuk badan ketika berjalan..saranan sy...pakai skirt jeans dlm jubah anda..pergerakan akan jadi lebih mudah dan aurat turut terjaga insyAllah....kalau x punya skirt jeans..boleh guna kain baju kurung juga...

p/s3-ramai bertanya tips berpakaian yg menarik tp masih menutup aurat..akan sy jelaskan sedikit demi sedikit...yg penting harus kreatif dan tahu batasknya k..

No comments:

Post a Comment