Saturday, 3 December 2011

syukur sgt2..sungguh x tergambar!!!!

alhamdulillah
selesai sudah posting ear nose dan throat(ENT) sy
atau kata nama lain posting easy no tension (ENT)
tp benar2 kah easy dan sy x tension...
x juga sebab sy agak risau kalau x dpt kuasai subjek ni dgn mendalam
menyedari bhw ENT adalah subjek minor atau sampingan shj
namun sy rs agak bertuah sebab kami dpt pendedahan ttg subjek ni
dan moga2 dgn ilmu ni kami dpt jd doctor yg competent gitu.....
insyAllah
pelbagai perkara yg berlaku utk posting kali ni
dimana sy sgt kerap blik rumah sebab byk sgt cuti..hehehe
x cuti pun sy tetap blik juga
dan agenda utama sy
MEMASAk.....
x tahu la kenapa suka sgt la pula
belek buku resepi..bertanya kat situ sini
sampai x termkn org2 dirumah..
tp sy puas dan seronok...
alhamdulillah....
jenuh juga bahagi masa nk blaja,memasak,jg kanak2 yg aktif dirumah..
namun again..
mereka sumber kebahagian sy dan i'm happy to be home
cuma minggu ni sy cuba tahan diri dr pulang ke rumah
ada beberapa agenda yg perlu diselesaikan
minggu hadapan kami akan adakan satu program anak angkat di felda
sebagai commitee...sy ada beberapa tugas yg perlu diselesaikan
dan insyAllah sy diberi amanak utk handle program nasyid dan forum
sgt teruja dan sy perlukan persediaan rapi juga
skrip..jemputan...aturcara..hadiah
semua kena lancar..
lama rsnya nk buat kerja2 sebegini
seronok dan happy..
yg penting semoga tercapai matlamat akhir kami
segalanya utk ILAHI....
insYALLAH
P/S1-ustazah pilihan dh ada juaranya...dis 25 disember solehah pula....mereka dpt sesuatu selama 13 minggu siaran dan ujian....saya????....ada hikmahnya...
p/s2- homework utk soalan forum...sy kini gemar download dan dgr ceramah di ikim...seronok dan rs ms terisi..rs dpt tambah byk ilmu ttg kehidupan juga....moga2 hati ini sentiasa mengingatiNYA selalu...dalam senang dan susah insyAllah
p/s3-kalau lepas abis exam kita buat apa....melepas tekanan di shopping mall...berjalan2...bersiar2.....?...selepas hampir sebulan x ke shopping mall...singgah juga arini..akhirnya tiada apa sgt yg mahu dibeli dan x sabar rs nk pualng pula....byk perkara lain yg boleh diisi rsnya selain window shopping
p/s4-terbaca kisah rara zickry di suatu pg jummaat ..tentang gadis lincah dan comel jatuh sakit dan koma secara mengejut....satu tazkirah pg yg sgt terkesan di hati..ttg mati yg bila2 boleh terjadi...ingin sy coretkan sesuatu ttgnya..tp nantila erk
p/s5- sy perlu sambung tulis skrip forum sy...nanti sy tulis panjang2 lg k..
p/s6- sesuatu yg x dibalas lg...sy x punya soalan utk ditanya...terasa sgt bersyukur atas urusan yg telah dipermudahkanNYA....namun sesuatu yg x pasti..bimbang x jd di saat akhir....walau seakan2 pasti dan sudah direstui..i'm so sorry..maafkan kehilafan diri....byk sy perlu ubah dan baiki lg...:(

Thursday, 24 November 2011

HIKMAHNYA PASTI!!!!

Kekadang dalam hidup ini, kita banyak dapat apa yang tidak diinginkan oleh diri kita, dan yang diimpikan pula, adakalanya sukar sekali untuk dimiliki oleh jiwa..

Kerana kadangkala yang diinginkan itu adalah berasaskan kemahuan nafsu kita semata-mata dan sesungguhnya Allah mengurniakan sesuatu dan apa yang menjadi keperluan oleh hamba2Nya, bukanlah semuanya kehendak kita..

Terimalah perkara yang nyata itu sebagai satu kenyataan, letakkan keyakinan didalam jiwa agar mengukuhkan keimanan, bahawa setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah disebaliknya untuk direnungkan~

Ingatlah, seandainya dirimu bersedih dan kecewa sekalipun, ia takkan dapat mengubah hakikat apa yang sudah terjadi, malah membawa musibah dan bencana pada diri hingga melemahkan semangat jiwa sendiri serta dapat membinasakan hati.

Maka perlukah diri untuk terus bersedih jika ia tak mampu mengubah apa-apa? Kerana itulah, bangkitkan semula jiwa, tegakkan kembali pendirian kita, kukuhkan semula keimanan kepadaNya, agar bersinarlah kembali cahaya kebahagiaan didalam hati kita..

Ingatlah, bahagia itu bukanlah bererti dia memiliki segala yang dia impikan, namun kebahagiaan wujud bila hati redha pd Allah Ta'ala dan Allah Ta'ala akan redha kepadanya juga.. Sesungguhnya keredhaan Allah adalah teras pada kebahagiaan manusia.. Jika tiada keredhaan Allah pd seseorang itu, maka manusia itu takkan bahagia walaupun dia telah memiliki segala-galanya...~

"................Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."[Al-Baqarah ayat 216]

"Jika mereka sungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka, dan berkata: "Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian (pula) Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berharap kepada Allah", (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka). "[At-Taubah ayat 59]

p/s1-sgt2 terkesan dgn kata2 ni..diambil dr seorang sahabat sy...sungguh benar kata-katanya......ada 2 peristiwa yg berlaku yg hikmah besarnya x dpt sy ungkapkan....sungguh ALLAH beri apa yg kita "perlu"..bukan yg kita mahukan...

p/s2-nk cepat2 ke tahun depan...x sabarnya nk abiskan p2s1 exam...so torturing duduk disini..hehehe.....harap2 dpt melepasi masa2 INDAH disini dgn baiknya dan penuh HIKMAH..insyAllah....

p/s3-baru sedar yg ada juga org suka ckp2 belakang ttg diri org lain....but i never bother to know their weakness pun...kenapa..x bahagia dgn kisah hidup sendiri ker sampai nk sibuk2 hal org lain.....kita x perlu hidup dgn kata-kata org...cukuplah DIA utk kita semua...jgn ngumpat2 atau sebar cerita palsu....kan berdosa namanya..isk3

Thursday, 17 November 2011

mereka yg tidak professional

agak geram sebenarnya harini
bukan kali pertama beliau bertindak sebegitu
dan bukan seorang shj yg bersikap mcmtu
tak patut dan x perlu
menayangkan video 2 yg tiada kaitan dgn pelajaran
apa yg nk didedahkan seakan satu bentuk penghinaan pula
mungkin ada yg sangka ianya sekadar mainan dan gurauan
but not for me!!!
sgt geram sebab sy x suka
dan most of us are muslim students
shall know the culture,the do's and the don'ts
if u'r trying to open our mind with those things
sorry to say but u r actually humilitating urself
huh
mulalah sy buat teori sy pd kwn2 semua

pengajaran kelas paed harini
wanita-jaga diri dan aurat anda dr lelaki,hargai anugerah diri anda yg berharga bukan utk dipersenda
lelaki-jaga iman dan pandangan dr perkara yg dilarang,mungkin ini ujian utk menilai keimanan anda,jadi mereka yg berilmu, jgn buat perkara x professional yg menrendahkan martabat dan respect anda dimata manusia,yg paling penting,pandangan Allah terhadap kita,semoga semua diberi hidayah petunjuk drnya...


hakikatnya sungguh ramai yg like pula
yg pelik mereka yg x tahu cerita asal pun suka...
bukan like anda yg sy cari
namun sebenarnya apa jati diri
kita dalam hal sebegini
tepuk dada tanpa iman k!!!
semoga semua kita sentiasa dipeliharaNYA

selemah2 iman adalah mencegah dari hati...dan x suka akan perbuatan mungkar...aduh...sungguh lemah iman sy dalam hal sebegini

Monday, 14 November 2011

INSPIRASI SEORANG PENDIDIK

sy bukanlah pengemar filem bollywood
walaupun berkesempatan tinggal di INDIA
sbg antara pengeluar filem yg terbesar didunia
menayangkan hampir beratus2 filem setahun
tapi boleh dikira juga berapa filem mereka yg sy tonton
ada 3 sahaja rasanya
iaitu
OM SHANTI OM (masa first year)
"my name is KHAN(yg ni sy tonton sebab bosan sgt kena tahan di wad Kastubra Hospital kerana pneumonia )
dan yg terbaru semalam



sebuah filem amir khan ttg kanak2 dyslexia....
filem yg sgt menarik
dan membuka mata saya ttg dunia kanak2 istimewa ini
seketika
mengembalikan memori sy sebagai guru sementara di SMK taman tun hussein onn dahulu
mmg benar,tidaklah sampai sy terpaksa mengajar kanak2 spt krishan dlm cerita ini
namun pengalaman menjadi guru ketika baru berusia 18 tahun
mmg menguji sabar sy
terutamanya ketika terpaksa berhadapan
remaja nakal berusia 13-14 tahun...

saat itu sy ditugaskan utk mengantikan rakan guru kak wani yg cuti bersalin
kebetulan sy sedang menunggu tawaran dari jpa utk ke program luar negara
selepas melapr diri pada pengetua
berdasarkan slip keputusan spm yg agak "baik"itu
sy ditugaskan utk mengajar MATH dan Science utk pelajar menengah rendah
diawal kedatangan sy
mmg sy kelihatan agak kebudak-budakkan
malah semasa menaiki tangga sekolah
ada pelajar yg menyapa
"cikgu ke tu,macam bdk sekolah jer"
tercabar sy


nak dijadikan cerita
keesokkan harinya
terus saya membeli sepasang kasut boot utk dipakai ke kelas
dgn impian bertambahlah kematangan perwatakan saya
dan berharap2
bunyi dari kasut boot tersebut berjaya memberi amaran ttg kehadiran sy ke kelas
lucu pula mengenangkanya =D

dihari pertama
bersama sebilah rotan dan pembaris di tgn
sy berani2 melangkah ke kelas
masa tu semangat mengajar sy mmg tinggi
sgt terinspirasi dgn kerjaya ibu,ayah dan kak wani sy
sy membuka bicara ttg keunikkan sains dan kelebihan mempelajarinya dgn bercerita
punyalah bersemangat sehinggakan serak suara saya pabila masuk ke kelas yg ketiga
malah suara sy boleh didengari hingga ke kantin sekolah
tp sy x penat
malah pulang ke rumah sibuk sy bercerita dgn ibu ayah
ttg pengalaman sy
namun itu hanya ujian sy dihari pertama
banyak lagi ujian menanti rupanya
semudah2 teori yg kita pelajari di kelas di sekolah menengah dahulu
x mudah utk diajarkan pada anak murid sy
kesungguhan mereka berbeza
kepandaian mereka juga berlainan
malah x semua mampu menumpukan pelajaran dalam kelas
ketika mengajar
ada pelajar yg lari keluar masuk kelas
buat bising dan kacau rakan
bersikap loyar buruk dan mengajuk guru
mmg sgt memeningkan

selepas 3 hari
sy mula mengadu pd ibu
dan ibu mencadangkan sy buat satu aku janji dgn pelajar2 tersebut
ttg mereka harus berkelakuan baik
jika tidak saya akan mengeluarkan "surat saman" utk diberikan pada pengetua
akhirnya terkawal sedikit kelas sy
Alahmdulillah

namun begitu
cabaran terhebat adalah utk membantu mereka memahami apa yg diajar di kelas
pada masa yg sama sy berhasrat utk menyemai sikap2 murni dlm diri mereka
seramai 40 pelajar dalam sesebuah kelas
sukar rupanya nk mengenali semua
dan melaksanakan impian sy itu

cuma pernah sekali sy memarahi mereka bersungguh2
kerana sikap kasar mereka pd seorang guru yg sarat mengandung
kadangkala sy terfikir
bersikap garang bukan penyudah segalanya
mereka harus didekati dan difahami
bukan dimarahi.....

akhirnya sy memulakan pendekatan lebih mudah
melalui lukisan utk sains
dan soalan permasalahan utk matematik
dgn harapan minat mereka bertambah
antara satu peristiwa yg masih kekal dalam ingatan saya
adalah ketika saya bercerita ttg sistem penghadaman manusia
ketika tiba di bahagian appendix
sy bercerita ttg bahayanya sakit perut yg diakibatkan bengkak organ tersebut
ketika itu,salah seoarang pelajar yg sgt nakal dalam kelas saya sgt sibuk mendengar
tidak bising seperti selalu
hairan juga sy melihat beliau berkelakuan sebegitu
tiba-tiba dia mencelah dan berkata sayu
"cikgu sakit appendix boleh mati ek cikgu "
jawab saya
"boleh jika ianya bengkak dan pecah tanpa sempat dibedah"
kemudian jwbnya lagi
"kakak sy meninggal disebakan sakit appendix la cikgu"
tergamam seluruh kelas pada saat itu
di akhir kelas
sempat saya nasihatkan mereka
itulah kenapa penting utk kita kenal diri kita
kadangkala tindakan yg lambat mampu membawa maut
moga2 mereka ingat pesan sy itu...
namun yg sy pelajari pada hari tersebut
lebih dari itu.....
ttg hati pelajar yg dpt disentuh
jika kita cuba memahami mereka dgn bersungguh-sungguh..

terlalu byk yg sy pelajari sepanjang tempoh tersebut
ttg kehidupan
ttg kematangan
ttg bagaimana berinteraksi dgn anak muda yg bermasalah
ttg bagaimana perasaan menjadi seorang guru
yg tugasnya amat besar pada masa kini
dulu sering sy rungutkan pada itu
ttg kesibukkan beliau mengajar dan membuat kerja-kerja sekolah
ttg sibuknya ayah mengahadiri mesyuarat dan kursus sana sini
kini saya memahami
segalanya utk anak bangsa sendiri

dipenghujung perkhidmatan saya
sempat sy menyambut hari guru bersama pelajar2 disana
paling mangharukan
ada pelajar yg ingat utk membelikan sy hadiah
biarpun sy mengajar kurang dari 2 bulan disana
alhamdulillah
benar hadiahnya bukan seberapa
namun ingatan yg kekal lama

sy meninggalkan pengalaman menjadi pendidikan dgn penuh makna
menjadikan sy menghargai tugas guru lebih
dan benar-benar layak pada mereka yg mampu sahaja
tugas yg berat utk dipikul
namum membawa perubahan besar pada masyarakat

filem ini merupakan satu tontonan wajib buat semua
bukan pendidik shj
sebuah filem lain yg sgt sy kagumi adalah
filem "laskar pelangi"
yg merupakan karya filem indonesia....



sungguh setiap dari kita berjaya kerana seorang GURU
GURU yg benar2 mampu memberi ilmu lebih sekadar ilmu akademik
tetapi ilmu kehidupan
Ibu bapa kita adalah GURU
sahabat kita juga adalah GURU
dan GURU yg harus kita teladani adalah Rasullullah itu sendiri
melalui wahyu dan sunnaknya
insyAllah

Thursday, 10 November 2011

pandai masak?????

apa definasi anda utk statement diatas
misalnya la kan
tiba2 bakal suami anda
atau bakal mertua anda
meletakkan spesifikasi diatas
sbg salah satu kemahiran yg mesti ada sebelum berumahtangga...
jd macamana anda mengklasifikan diri anda..
pandai,sikit2 je atau x pandai langsung
at least masak utk diri sendiri okla kan

pernah sy bertanya pd Hajar
selaku antara sahabat yg sy kenali
yg sgt berbakat dlm memasak sambal yg sedap
katanya...ia satu bakat
utk memasak satu2 masakan yg sedap kita perlu lidah yg peka
tahu apa yg lebih dan kurang pd sesuatu masakan
dan perlu tahu apa yg perlu ditambah atau dikurangkan utk mendapat satu-satu masakan yg sedap...
pulang ke rumah
sempat bertanya ibu pula
adakah pandai memasak itu satu bakat???
kata ibu
ianya mmg satu bakat
yg dpt diperolehi andai jika rajin mencuba
kerna dalam apa jua pekerjaan....
bakat dan kemahiran akan hadir
jika kita kerapkali mencuba dan praktis
tiba-tiba sy rs kata2 ibu mcm merujuk kpd kata2 pensyarah kami tiap hari
bidang medic juga sebegitu
teori shj x mencukupi
yg paling penting adalah skill dan kemahiran anda utk tackle pesakit
dan cekap dalam buat pemeriksaan kesihatan yg betul
skill atau kemahiran ini akan dapat jika kita rajin mencuba
selalu dtg ke hospital utk berjumpa pesakit
dan aplikasi kemahiran yg dipelajari

oleh itu,sy membuat kesimpulan,
dalam apa jua pekerjaan yg ingin kita kuasai
perlu pada kesungguhan
ingin jadi yg pandai memasak?
rajin2 mencuba dan berexperimentasi
ingin pandai berpidato
rajin2 berhujah dan melontarkan idea sesama rakan
ingin jd doktor berkemahiran
rajin2 bertemu pesakit dan belajar dari mereka

WANITA BEKERJAYA X PANDAI MEMASAK DAN HAL RUMAHTANGGA?

baru2 ini sy terlihat akan satu status di fb
oelh seorang sahabat sy
ttg satu realiti yg sukar ditelan oleh masyarakat hari ini

"Kelakar. Dalam zaman yang mana perempuan berusaha menjadi lelaki, dapat degree tinggi2, cari kerja gaji besar, tapi akhirnya, benda yang dia nak 'show-off' adalah skill masaknya, benda tipikal yang biasa kita pandang pada seorang perempuan. Skill yang jarang perempuan zaman ni belajar sungguh-sungguh. Yang lelaki pula, dalam kepeningan masing-masing, dalam mengejar cita-cita yang mungkin orang lain kurang faham, tapi bila nak kahwin, bakal mertua dan orang masih akan fokus tentang kerja tetapnya dan gaji tetapnya. Betapa masih susah untuk kita lari dari nature sebenar seorang lelaki dan perempuan dalam rumahtangga. Yang lelaki nature-nya adalah pencari rezeki dan perempuan nature-nya adalah menguruskan rumahtangga"

dan respons sy
as for my humble opinion..
aku rs x kisahlah lelaki atau perempuan...
kalau kita sebagai umat islam kenalah bersungguh2 dlm semua perkara yg kita lakukan....
jika seorang perempuan nk berjaya dalam kerjaya dan pd juga pd ms yg sama sedar bhw dia juga perlu skill rumah tangga n go for it utk belajar walau cm terlambat ker....
tiada salah disitu kerana pd akhirnya dia SEDAR DIRI bhw at the end tanggungjwb dia adalah pd keluarga juga....
bukankah suatu BONUS buat umat islam kalau muslimah itu utk dpt kedua2nya...
dan ttg pandangan org pd lelaki yg gaji besar kerja tetap atau x tu berdasarkan fahaman org tersebut.....
jika mrk org yg mementingkan agama..
asalkan dia lihat ada sikap tanggugjawab dan kesungguhan pd diri lelaki tersebut,akhlaknya yg baik dan punya matlamat akhir yg jelas ....
x rs drg akan judge by pekerjaan atau gaji.....
apa yg penting sama2 ada KESEDARAN utk memperbaiki diri menjadi yg lebih baik......
nature dalam rumah tangga sekrg dh berubah mengikut zaman..yg penting masing2 sedar dan hormat pd tanggungjwb masing2 dan harus berubah mengikut kesesuaian nampaknya ....
again just my humble opinion....

bila difikirkan kembali
mcm emo la juga respond sy tu
mmg benar
ego wanita yg bekerjaya masa kini
yg mmg kadangkala kita sedar
kita tidak begitu mampu utk kuasai kemahiran rumah tangga
hanya kerana kekurangan masa
dan tanggungjawab yg sgt byk pd pelajaran dan sebagainya
namun pilihan di tangan kita
jika rs diri kekurangan satu nilai
mari kita usaha utk tingkatkan nilai dan kemahiran itu...
apa yg penting SEDAR dan MAHU BERUBAH...

DIDIKAN IBU

ibu sy mmg sangat pandai memasak
sejak kecil kami jarang mkn diluar
ibu sendiri seorang guru elektif rumah tangga
jd ibu punya kemahiran memasak hampir semua masakan
tambahan pula nenek mmg pernah buka gerai dulu2
apa yg kami hendak mkn..
ibu sediakan sendiri
dan pastinya masakan ibu jauh lebih sedap dari di gerai ....
setiap kali didapur
pasti kami akan membantu ibu
dalam menyediakan bahan2 masakan
namun
ianya sekadar menyediakan
jarang kami ambil cakna sukatan dan procedure yg betul utk masak setiap lauk
sebab selagi ibu ada
kami akan tanya kesemuanya....

sehinggalah ketika cuti SPM
ibu meletakkan tanggungjawab utk masak lauk tengahari dirumah pd sy
dan mulalah masa itu sy nk belajar kesemuanya
sepulang ibu dari sekolah
ibu akan rasa dan bg markah pada saya
namun sy tidaklah melakukanya secara bersungguh2
sekadar beberapa mskn sahaja

PELUANG BELAJAR DILUAR NEGARA

menyebabkan kami harus belajar masak sendiri
kerana masakan malaysia x banyak disini
sebelum fly..
sempat sy catat beberapa resepi dr ibu
dan kadangkala
jika keempunan sesuatu masakan
mulalah call ibu dr tanah seberang
bertanya sukatan utk msk itu dan ini
yg melucukan
bahan yg kami guna tidak sama texturenya
akhirnya
nk masak laksa jd lembik kerna kurang bahan
nk buat cendol terjadi kuih lompat tikam
nk buat donut jadi mcm kuih telinga keling..
ketiadaan beberapa bahan utama masakan juga menjadikan resepi kami x lengkap rasanya
apapun kami x penat mencuba
utk memenuhi selera malaysia kami

RESEPI TOK MEK
pulang berhari raya selepas tahun pertama di manipal
membuka peluang utk sy menghayati ramadhan bersama tok mek
tika itu,ibu ada bercerita ttg kesihatan tok mek yg tidak berapa memuaskan
dan sy pd ketika itu
ada sedikit perasaan risau
takut2 x sempat beraya dgn tok mek lagi
utk tahun2 akan dtg
mengambil kesempatan yg ada
sy mula mengambil serius utk membantu beliau msk masakan kegemaran ayah
iaitu cendol dan lompat tikam
mmg sy catat juga segala resepinya
dan ramadhan tersebut juga
tok mek beria-ia membuat begitu byk tapai utk cucu-cucunya
kebetulan sy baru membeli kamera
mmg byk gambar diambil utk ramadhan itu
semua masakan tok mek dr awal puasa
hingga rendang raya
dan seperti yg dijangka
2-3 minggu selepas sy pulang ke manipal
tok mek meninggalkan kami semua selamanya
tapi sy puas
kerna dpt byk belajar dari tok mek sepanjang ramadhan itu
bukan setakat ilmu masakan beliau
tp juga ttg kehidupan
yg paling penting...kasih syg yg dicurahkan
semoga ilmu yg tok mek curahkan
dpt kami semua aplikasi
dan menjadi amal jariahnya utk pahala disana nanti

KEK....
sungguh sy x pernah percaya pd dr sendiri utk buat kek sendiri
sedangkan lauk-pauk yg mudah pun masih x berapa nk berjaya
inikan kek pula
takut betul sy kalau buat kek x jadi
dan bantat pula
pd awal2 fikiran sy dahulu
kalau nk buat kek mesti ada alatan yg complicated..
kena ada tepung penaik khas..
kena ada mesin kacau adunan kek
dan mcm2 lg ....
idea2 yg sy dpt melihat kpd cara ibu buat kek untuk kami semua
berkenalan dgn dua sahabat saya ini
iaitu YANI dan AZZARIAH
sy kagum melihat cara mereka membuat kek sendiri
sedangkan masa itu kami tinggal dihostel dan x punya alatan seperti yg dinyatakan
namun mereka berjaya membuat kek kukus yg enak dan lembut
malah lebih sedap dr yg terjual di INDIA
(utk makluman..sgt susah nk dptkan kek yg sedap di sana)
dari kagum sy mulakan tekad utk belajar dr mereka
dan tahun tiga yg agak lengang dirasakan masa yg sesuai
terkejut juga pabila melihat kek yg dikacau menggunkan tangan sendiri naik dan menjadi
tidak bantat lagi!!!
lalu sy memformulasikan satu lagi idea
jika ingin belajar memasak...
jgn hanya mengikut resepi tanpa guru yg betul
kerana jika berguru
kita akan memperoleh byk lagi ilmu dan biasanya resepi mereka mmg menjadi
samalah juga dalam berguru hal2 agama
atau ilmu2 dunia
setakat membaca blog2 dan mendengar kaset atau ceramah tidak cukup
kita perlu menuntut ilmu dgn berhadapan,bersama guru
barulah semangat yg ada dlm penyampaian ilmu sampai pada kita
bayakkan bertanya dan sentiasa cuba create persoalan dlm minda
utk ditanya dan dibincangkan
agar mudah pemahaman
rajin2 juga buat homework sebelum kekuliah
supaya pemahaman lebih kekal lama dan soalan2 yg keliru dpt dilontarkan
teringat pula akan hadis kedua dalam hadis 40 imam annawawi
ttg menuntut ilmu
tertib dan tatacaranya
jom sama2 lihat di web ini
semoga bermanfaat


syarah hadith kedua imam nawawi..ttg tatacara rasullullah menuntut ilmu dgn malaikat jibrail

p/s1-sy mmg x pandai memasak dan masih dlm proses belajar.....masih byk ilmu kehidupan yg perlu dibelajar dan yg mana ada perlu juga diajari pd org lain..insyAllah

Monday, 7 November 2011

pengorbanan





alhamdulillah....
berkesempatan pulang ke kg halaman utk aldiladha
terkesan saya dgn kuthbah solat aidiladha di masjid keledang..
kali ini berbeza
saban tahun mendengar kisah yg sama
kisah pengorbanan nabi ibrahim dan nabi ismail
namun utk tahun ini
khutbah yg disampai oleh ustaz mokhtar senik..
sedikit berbeza..
kerana pendekatan beliau pd semua aspek dan golongan msykt
utk mengambil iktibar bukan shj pd pengorbanan nabi ibrahim dan nabi ismail
ditambah dgn kisah pengorbanan siti hajar
yg sgt dekat dgn glgn muslimah
utk dijadikan cth
dan utk aidiladha ini
antara pengorbanan yg sgt sy hargai
adalah insan yg paling dekat dgn saya
iaitu pengorbanan ibu ayah dalam membesarkan kami semua

IBU
ibu merupakan anak sulung kpd 4 adik beradik...
kehidupan remaja ibu agak susah
saat itu....
ibu tinggal bersama nenek dan tok ayah di Ulu Kelang
nenek dan tok ayah ada membuka sebuah gerai mkn
berdekatan dgn zoo negara
dan juga studio pramlee ketika itu
ibu byk bercerita ttg bgmana kreatif beliau membantu tok ayah dan nenek berniaga
dan bgmana beliau menjaga adik2 pd masa yg sama
kehidupan ibu boleh dikatakan sederhana
malah ibu pelajar yg cemerlang dan rajin dlm pelajaran
malah terpilih utk memasuki sekolah jalan kolam air atau sekolah seri puteri skrg
ibu bercita-cita utk menjadi seorang doktor
dan bersungguh-sungguh utk mencapai cita-citanya
malah ibu pernah bercerita pada kami
ketika peristiwa 13 mei 1963
permusuhan kaum sedang berlaku di tanah melayu
cikgu ada menyatakan ttg bhy utk kesekolah ketika itu
namun kerana cintakan ilmu
ibu masih ke sekolah disaat genting pergaduhan berlaku
mujur ada seorang uncle cina selamatkan ibu dan membawanya pulang
semangat dan cerita ibu itu sering sy kenang utk dijadikan motivasi
sejak kecil sehingga hari ini

ketika ibu berusia 16 tahun
ketika itu ibu masih di sekolah jalan kolam air
tok ayah jatuh sakit dan meninggal dunia
satu ujian yg berat buat ibu dan keluarga
tinggallah nenek seorang menyara kesemua mereka

dan ibu mula berfikir2
andai beliau masih tegar utk memilih perubatan sbg bidang kerjaya
pasti byk wang yg perlu dihabiskan
sedang ibu masih punya ramai adik2 yg bersekolah

namun
alhamdulillah
ketika itu
ibu sudahpun berkenalan dgn ayah
yg saat itu berada di tahun akhir pengajiaan di universiti malaya..
perkenalan mereka membawa ke jinjang pelamin setahun selepas itu
selepas pernikahan
ayah yg sgt memahami cita-cita ibu
sudi utk membenarkan ibu menyambung pelajaran lagi
dan ibu mula berfikir2 lagi
adakah bidang perubatan masih menjadi pilihan
sedangkan tanggungjawabnya pada keluarga masih byk
akhirnya ibu memilih bidang pendidikan
sama seperti ayah
dimana pd masa itu
ibu akan punya byk flexibility masa
utk belajar dan menguruskan keluarga

selepas berumahtangga
nenek dan adik beradik ibu tinggal bersama ayah
dan ayah secara x langsung bertindak sbg abang sulung
utk membantu kewangan dan memberikan pendidikan terbaik buat adik2nya
besar sungguh tgjwb mereka saat itu
ketika itu ayah baru mula bekerja
dan kelurga yg harus ditanggungnya agak besar
namun ayah x pernah berkira
dan percaya rezeki akan ada jika ikhlas dalam membantu

alhamdulillah
selepas setahun usia perkahwinan
ibu,ayah dikurniakan zuriat pertama
namun dugaan menimpa menguji kesabaran mereka
saat itu wabak demam kuning melanda malaysia
anak yg lahir disyakki mengalami tanda2 positif demam tersebut
ibu sgt risau saat itu
andai anak yd dilahirkan
meninggal sebelum sempat dibesarkan
namun ajal maut ketentuan tuhan
along masih diberi kesempatan utk besar seperti anak2 lain
selepas itu
rezeki x putus2 tiba
angah dilahirkan x kurang dari 2 tahun selepas itu....
diikuti kak wani,kak wana dan abg ihsan
pd ketika itu..
ibu menjadi seorang yg sgt multi task
seringkali ibu terpaksa berhenti sekejap dr pelajaran
kerana harus menguruskan keluarga
namun berkat kesabaran dan sokongan tidak berbelah bahagi dr keluarga
ibu berjaya menamatkan pelajaran ketika sudah mempunyai 5 org anak ....
sungguh sy kagum dgn semangat ibu!!!!

ibu sering berkata pada kami
sejak dr kami kecil lagi
saat kami merungut2 x dpt itu dan ini
seperti kanak2 lain
kata ibu
kita bukanlah org senang
kita punya adik beradik yg ramai
malah ibu ayah sendiri terpaksa menangung adik-beradik mereka sendiri
yg memerlukan bantuan kewangan
gaji ibu ayah sbg guru juga tidaklah besar
cukup utk sekadarnya
jadi kami harus belajar berjimat
dan berkongsi2 dalam semua perkara

mungkin dr segi permainan ibu jarang bertoleransi
namun ibu ayah menyediakan kami sumber ilmu secukupnya
ibu ayah x pernah lokek utk membelikan kami buku2 ilmiah utk dibaca
x pernah penat membawa kami ke majlis2 ilmu,masjid dan perpustakaan
kami didedahkan dgn erti perjuangan ayah dlm masyarakat sejak kecil lagi
dibawa ke ceramah,mesyuarat,forum dan usrah yg disertai ibu ayah
malah jika berkesempatan ke kursus
ibu ayah x pernah lupa bw kami bersama
agar kami kaya dgn ilmu dan pengalaman
dgn berjalan dan bertemu dgn org berilmu
dan belajar sesuatu dari biah solehah yg cuba dicipta
mungkin ketika kecil kami tidak pernah menghargai
namun bila besar
percayalah
kami sentiasa mencari
saat-saat indah
fitrah biah solehah
yg ibu ayah cuba tanam dlm diri kami
sejak kecil lagi
terima kasih ibu ayah!!!

MENANTU VS MERTUA
ayah tinggal bersama nenek sejak awal perkahwinan sehingga akhir hayat nenek
nenek seorang insan yg punya byk pantang larang
namun ayah sgt sabar orgnya
x pernah letih melayan nenek dan ipar duainya
malah dr segi kewangan
x pernah sesekali berkira
dan sentiasa cuba mencari jln terbaik utk mendidik mereka
sy juga sgt kagum dgn cara ibu berkomunikasi dgn tok mek
cara ibu sgt bertoleransi
jika ada tok mek dirumah
ibu akan memasak mengikut selera ibu mertuanya itu
malah perkara pertama yg ibu belajar ketika mula2 berkahwin dahulu
adalah bgmana cara mertuanya memasak lauk kegemaran ayah
bukanlah kerna ibu tak pernah berada di dapur
tetapi utk mengambil hati mertuanya
ibu lebih senang utk belajar semula dr bawah
x pernah ibu terasa hati berlebihan dgn mertuanya
kerna pada ibu
mertuanya telah membesarkan ayah dr kecil
dan mengurniakan seorang suami yg sempurna buatnya
utk sekecil2 perkara tidaklah perlu bermasam muka
mengalah sahajalah bukan

dalam bersaudara dan bermasyarakat
ayah sering berkata kepada kami
"jika org buat baik dan kita balas dgn kebaikan,itu adalah biasa"
"jika org buat jahat dan kita balas dgn kejahatan juga masih dianggap biasa "
"namun org buat jahat dan kita balas dgn kebaikkan akan dianggap luarbiasa "
"jadi mari kita jadi mereka yg luar biasa itu "
"dan yg penting dlm hidup adalah utk menjadi"habluminnALLAH WA habluminnass""
"mereka yg menjaga hubungan baik dgn Allah dan hubungan baik dgn Manusia"
nasihat yg x pernah lekang dr ingatan sy..
alhamdulillah

sungguh ibu ayah x pernah manjakan kami dgn kebendaan
setiap kali lulus cemerlang dlm peperiksaan
tidak pernah ibu ayah menjanjikan ganjaran wang atau hadiah
seperti rakan2 kami yg lain
apa yg ibu ayah ingin kami fahami
ganjaran kejayaan adalah utk diri kami sendiri
dan masa depan kami
jd sering kami sematkan di hati
kejayaan ini utk pengorbanan ibu ayah kami sendiri

ketika kami kecil lagi
kami lihat
ibu ayah sgt suka menerima tetamu
dan membantu saudara-mara yg kesusahan
bagi ayah sendiri
sbg "the only" dalam keluarga beliau
berjaya ke menara gading
dan bekerja dlm kerajaan
ayah sering menjadi sumber rujukan
jika ada saudara-mara yg bertandang ke kota
pasti layanan sebaiknya diberikan pd mereka
saat itu
pada fikiran kanak2 sy
adakala sy gembira
adakala sy rimas dgn kehadiran terlalu ramai tetamu
bukan apa
kerana tugasan melayan tetamu bukanlah mudah
malah wang dan masa juga byk perlu dihabiskan
selalu merungut2 pd ibu ayah
namun nasihat mereka
"tetamu dtg membawa rezeki,
rasullullah sendiri sgt suka meraikan tetamu
ini satu tuntutan dlm islam utk membantu
mereka yg memerlukan"
dan kini baru sy faham maksud ibu ayah
sedang musafir itu adalah sesuatu yg susah dan renyah
membantu memudahkan urusan mereka adalah satu ibadah
yg x terhingga pahalanya
insyAllah

alhamdulillah
byk yg kami belajar dr pengorbanan ibu ayah
semoga Allah sentiasa merahmati kalian berdua
selamanya....
dan kami akan cuba menjadi ibu bapa,anak dan menantu dan khalifah Allah
sebaik kalian
dgn iziNya....
insyAllah

p/s1-sgt teruja mendengar cd prof dr muhaya....sgt best...dan beliau sgt positif..harap dpt jd seperti beliau

p/s2-sejak kecil sy sgt observant dan suka berfikir...lepas tu mulalah sy buat teori mcm2..kesian kwn2 sy yg selalu dgr sy bebel pasal teori2 sy...arini qilah jd mangsa pula....sambil2 dgr cd pasal rumahtangga dr prof muhaya..mulalah sy buka teori2 sy..hehehe...semoga kita sama2 dpt manfaat yer qilah..ilmu ini utk ms depan juga tau kwn2....kena ambil cakna dr sekarang insyAllah .....

Friday, 4 November 2011

salam aidiladha....

Alhamdulillah.....
berakhir sudah posting orthopedics
dan bermula lah cuti raya haji kami....
sgt kerap juga sy pulang kerumah pd sem ini
hampir saban minggu
dan berulang ke kajang hampir jadi kebiasaan pula
seorang diri mahupun bersama teman.....
selepas ini kami akan ke posting ear,nose and throat pula
posting yg disifatkan agak relax sebenarnya
kerana x byk kelas di ward dan hanya sesi self direct learning sendiri2 sahaja
RELAX....
sy x berapa suka istilah tu
serius jika tiada apa yg hendak dilalukan
jika sehari sy hidup tanpa merancang apa2
sy akan rs down dan sedih
rs kosong jika masa tidak diisi dgn sepatutnya
dan sy dh mula bercadang nk mulakan sesi perbincangan dgn kwn2
sbg persediaan ke exam P2S1 nanti
jika diizinkan..sy mmg nk pastikan sy lulus
jadi harus merancang dr sekarang
ada yg x senang melihat sy duduk di common room dan stdy disitu
mungkin sy dilihat terlalu study hard
namun sy perlu fokus dan terus berusaha
kerna byk perancangan ms hadapan sy bergantung pdnya....
moga dgn iziNya segalanya dipermudahkan..
kepulangan sy ke rumah juga mungkin harus dihadkan
dan jika pulang..sy harus dptkan sesuatu manfaat dr kepulangan sy
habiskan ms sebaiknya dgn keluarga dan kanak2 kecik dirumah
terutamanya dgn afsaruddin yg dh nk msk sekolah rendah tahun hadapan....
yg x pernah lekang dr mcm2 soalan ttg kehidupan
malah utk mendapatkan idea menjawab soalan2 beliau
sy pernah membeli sebuah buku bertajuk "menjadi bintang"
sgt menarik kerana dlm buku tu...
semua pemerhatian ttg alam dpt dizahirkan kpd satu bentuk fikiran ttg kehidupan
mungkin sy perlu apply sedikit demi sedikit pd beliau
kerna kehidupan zaman kanak2nya akan menentukan identiti beliau ketika besar nanti
malah sy sendiri
sgt ingat dgn jelas mereka2 yg mempengaruhi kehidupan sy ketika kecil
jgn pernah kita bersikap kasar dan negative dgn mereka
sungguh mereka adalah golongan yg sgt observant
suka meniru2 dan mencuba apa yg dilakukan oleh org dewasa disekelilingnya
bykkan menasihat walaupun kita x pasti kdgkala adakah nasihat itu akan diingatinya..
kerna anak2 kecil harus diingatkan selalu
agar setiap perbuatanya menjadi satu habit yg kekal dalam diri beliau selamanya
teringat pula sy akan didikan ibu kepada kami
ibu seorang yg sgt suka mendidik kami menjadi insan yg suka berdikari
sejak kecil..byk perkara ibu ajar kami
dari kerja2 rumah...sehingga mengemas dan memasak....
kata ibu..kerna syglah ibu ajar kami semua ini
agar bila dh besar,kami tahu menggunakan skill ini utk kehidupan pula
x tergambar juga kadangkala cerewetnya ibu
ttg perkara luar yg mempengaruhi kehidupan kami
yg paling sy ingati
ibu sgt menjaga segala bentuk hiburan tv dan bahan bacaan kami
pernah seketika dulu...along sgt suka bc komik
dan kakak2 sy sendiri sgt gemar membaca majalah ujang
tapi ibu mmg melarang keras kami utk bc majalah tersebut
beliau bimbang ms kami dihabiskan utk sesuatu yg x bermanfaat
lagipun kata ibu...perbualan dan kata2 didalam majalah itu x baik utk kami
kasar dan x proper
adakalanya
kami sorok2 bc majalah tersebut
dan jika ibu nampak
ibu akan sgt marah dan melemparkan majalah tersebut ke tingkap
atau ke tempat bakar sampah!!
sgt tegas bukan....
kerana itu ketika kecil sy byk membaca buku ayah
ttg motivasi kejayaan dan kaunseling
sambil berangan2 nk jd pengetua dan pensyarah macam ayah
hehehe
namun kesanya sehingga kini
sy kurang gemar membaca majalah hiburan
mungkin sekadar ingin tahu shj
tp tidak sehingga membelinya
alhamdulillah..terkesan juga didikan ibu

ttg pemakanan pun ibu sgt tegas
bayangkan sewaktu kita semua masih kecil
kita semua pasti mengemarkan makanan segera bukan
cekedis..kropok2 yg dijual di rumah2 kedai
menjadi sasaran student selepas kelas
mkn sambil2 tunggu van sekolah
kadangkala hadiah2 sampingan yg menjadi sasaran
tp ibu sgt marah kalau kami minta utk dibelikan mknn ringan tersebut
kata ibu ianya sgt berbahaya utk kesihatan
MSG dan pewarna tiruan
ms tu kami x tahu apa yg ibu maksudkan
degil2 sy
seringkali sy belikan mknn sebegitu di sekolah
dan ketika pulang sy sorokkan didalam beg
pulang ke rumah...sy ajak adik bermain2 di padang permainan
sambil mkn2 mknn x berkhasiat yg sy bw dr sekolah
ms tu adik masih ditadika
nakalnya sy ms tu
isk3
malah ketika kami di sabah
sekolah agama pagi kami terletak jauh dr rumah
mengambil masa hampir 30 minit juga
ms yg ada dalam van itu
kami gunakan utk kunyah mknn2 ringan tu
sampai je dirumah
mulalh kami sorokkan bukti2 mknn tersebut
sungguh kami x paham apa yg ibu cuba sampaikan
namun kami sedar apa yg kami buat salah
dan ketika kami dewasa
sy sendiri tidak begitu teruja utk mengunyah mknn2 ringan tersebut lagi
kerna kami tahu bhynya
dan mungkin kerna didikan ibu yg tersemat dihati
menyebabkan ada sedikit perasaan bersalah tiap kali nk mkn cekedis2 tu
kdgkala shj ianya menjadi pilihan....

ttg hiburan juga ibu sgt tegas
terutamanya ketika manghrib
ibu melarang kami utk menonton televisyen
dan jika dijalanan
mangrib2 kami akan berzikir atau pasang kaset al-quran didalam kereta
malah kami sekeluarga didedahkan dgn lagu2 kumpulan nasyid sejak kecil lagi
masih ingat lagi ketika itu kumpulan al-arqam menjadi pilihan
dan sy sgt takut utk mendengar satu lagu berkisarkan ttg anak2 palestin ketika kecil
ibu juga x gemar melihat kami menghadap television terlalu lama
dia x jarang2 menonton bersama kami
kecuali kisah2 yg lama p ramlee dan kisah2 bermanfaat
kata ibu semus kisah di tv ada pengarahnya
jika rs x bermanfaat
kita akan buang ms kita dgn scr x berfaedah
dan kesanya sehingga kini
kami jika pulang ke rumah
lebih gemar spend ms bersama2 di dapur utk mkn2 dan bersembang
lebih dr tidur dan menonton tv
terima kasih ibu atas ajaran2 dan didikan beliau
sungguh byk yg ibu ajar kami ttg kehidupan
dan kini mungkin tugas kami utk didik generasi hadapan pula
insyAllah

p/s1-seringkali mahu bersyukur atas semua nikmat yg dikurnia...kadangkala x layak diri ini utk terima semua nikmat Allah beri.rs x layak sgt utk bersama org2 yg Allah sayangi...namun kita semua harus berusaha lebih utk menjadikan diri kita layak bersama2 org2 kesayangan Allah bukan.....insyAllah ...ini mungkin satu pintu hidayah dariNYA

p/s2-niat nk memahirkan diri dgn satu skill yg sgt sy perlukan dikemudian hari...klo di hostel dan bila ada kelas mungkin x sempat nk kembangkan skill tersebut..tp pulang dirumah harus2 rajin2 ke dapur dan belajar memasak yerr!!

p/s3-nantikan kisah pengemabaraan sy ...nk siapkan cuti ni juga

p/s4-sy suka keep something special for someone special.....even when introducing someone to my fmly.....May Allah ease the way..lillahitaala ...insyAllah