Friday, 4 November 2011

salam aidiladha....

Alhamdulillah.....
berakhir sudah posting orthopedics
dan bermula lah cuti raya haji kami....
sgt kerap juga sy pulang kerumah pd sem ini
hampir saban minggu
dan berulang ke kajang hampir jadi kebiasaan pula
seorang diri mahupun bersama teman.....
selepas ini kami akan ke posting ear,nose and throat pula
posting yg disifatkan agak relax sebenarnya
kerana x byk kelas di ward dan hanya sesi self direct learning sendiri2 sahaja
RELAX....
sy x berapa suka istilah tu
serius jika tiada apa yg hendak dilalukan
jika sehari sy hidup tanpa merancang apa2
sy akan rs down dan sedih
rs kosong jika masa tidak diisi dgn sepatutnya
dan sy dh mula bercadang nk mulakan sesi perbincangan dgn kwn2
sbg persediaan ke exam P2S1 nanti
jika diizinkan..sy mmg nk pastikan sy lulus
jadi harus merancang dr sekarang
ada yg x senang melihat sy duduk di common room dan stdy disitu
mungkin sy dilihat terlalu study hard
namun sy perlu fokus dan terus berusaha
kerna byk perancangan ms hadapan sy bergantung pdnya....
moga dgn iziNya segalanya dipermudahkan..
kepulangan sy ke rumah juga mungkin harus dihadkan
dan jika pulang..sy harus dptkan sesuatu manfaat dr kepulangan sy
habiskan ms sebaiknya dgn keluarga dan kanak2 kecik dirumah
terutamanya dgn afsaruddin yg dh nk msk sekolah rendah tahun hadapan....
yg x pernah lekang dr mcm2 soalan ttg kehidupan
malah utk mendapatkan idea menjawab soalan2 beliau
sy pernah membeli sebuah buku bertajuk "menjadi bintang"
sgt menarik kerana dlm buku tu...
semua pemerhatian ttg alam dpt dizahirkan kpd satu bentuk fikiran ttg kehidupan
mungkin sy perlu apply sedikit demi sedikit pd beliau
kerna kehidupan zaman kanak2nya akan menentukan identiti beliau ketika besar nanti
malah sy sendiri
sgt ingat dgn jelas mereka2 yg mempengaruhi kehidupan sy ketika kecil
jgn pernah kita bersikap kasar dan negative dgn mereka
sungguh mereka adalah golongan yg sgt observant
suka meniru2 dan mencuba apa yg dilakukan oleh org dewasa disekelilingnya
bykkan menasihat walaupun kita x pasti kdgkala adakah nasihat itu akan diingatinya..
kerna anak2 kecil harus diingatkan selalu
agar setiap perbuatanya menjadi satu habit yg kekal dalam diri beliau selamanya
teringat pula sy akan didikan ibu kepada kami
ibu seorang yg sgt suka mendidik kami menjadi insan yg suka berdikari
sejak kecil..byk perkara ibu ajar kami
dari kerja2 rumah...sehingga mengemas dan memasak....
kata ibu..kerna syglah ibu ajar kami semua ini
agar bila dh besar,kami tahu menggunakan skill ini utk kehidupan pula
x tergambar juga kadangkala cerewetnya ibu
ttg perkara luar yg mempengaruhi kehidupan kami
yg paling sy ingati
ibu sgt menjaga segala bentuk hiburan tv dan bahan bacaan kami
pernah seketika dulu...along sgt suka bc komik
dan kakak2 sy sendiri sgt gemar membaca majalah ujang
tapi ibu mmg melarang keras kami utk bc majalah tersebut
beliau bimbang ms kami dihabiskan utk sesuatu yg x bermanfaat
lagipun kata ibu...perbualan dan kata2 didalam majalah itu x baik utk kami
kasar dan x proper
adakalanya
kami sorok2 bc majalah tersebut
dan jika ibu nampak
ibu akan sgt marah dan melemparkan majalah tersebut ke tingkap
atau ke tempat bakar sampah!!
sgt tegas bukan....
kerana itu ketika kecil sy byk membaca buku ayah
ttg motivasi kejayaan dan kaunseling
sambil berangan2 nk jd pengetua dan pensyarah macam ayah
hehehe
namun kesanya sehingga kini
sy kurang gemar membaca majalah hiburan
mungkin sekadar ingin tahu shj
tp tidak sehingga membelinya
alhamdulillah..terkesan juga didikan ibu

ttg pemakanan pun ibu sgt tegas
bayangkan sewaktu kita semua masih kecil
kita semua pasti mengemarkan makanan segera bukan
cekedis..kropok2 yg dijual di rumah2 kedai
menjadi sasaran student selepas kelas
mkn sambil2 tunggu van sekolah
kadangkala hadiah2 sampingan yg menjadi sasaran
tp ibu sgt marah kalau kami minta utk dibelikan mknn ringan tersebut
kata ibu ianya sgt berbahaya utk kesihatan
MSG dan pewarna tiruan
ms tu kami x tahu apa yg ibu maksudkan
degil2 sy
seringkali sy belikan mknn sebegitu di sekolah
dan ketika pulang sy sorokkan didalam beg
pulang ke rumah...sy ajak adik bermain2 di padang permainan
sambil mkn2 mknn x berkhasiat yg sy bw dr sekolah
ms tu adik masih ditadika
nakalnya sy ms tu
isk3
malah ketika kami di sabah
sekolah agama pagi kami terletak jauh dr rumah
mengambil masa hampir 30 minit juga
ms yg ada dalam van itu
kami gunakan utk kunyah mknn2 ringan tu
sampai je dirumah
mulalh kami sorokkan bukti2 mknn tersebut
sungguh kami x paham apa yg ibu cuba sampaikan
namun kami sedar apa yg kami buat salah
dan ketika kami dewasa
sy sendiri tidak begitu teruja utk mengunyah mknn2 ringan tersebut lagi
kerna kami tahu bhynya
dan mungkin kerna didikan ibu yg tersemat dihati
menyebabkan ada sedikit perasaan bersalah tiap kali nk mkn cekedis2 tu
kdgkala shj ianya menjadi pilihan....

ttg hiburan juga ibu sgt tegas
terutamanya ketika manghrib
ibu melarang kami utk menonton televisyen
dan jika dijalanan
mangrib2 kami akan berzikir atau pasang kaset al-quran didalam kereta
malah kami sekeluarga didedahkan dgn lagu2 kumpulan nasyid sejak kecil lagi
masih ingat lagi ketika itu kumpulan al-arqam menjadi pilihan
dan sy sgt takut utk mendengar satu lagu berkisarkan ttg anak2 palestin ketika kecil
ibu juga x gemar melihat kami menghadap television terlalu lama
dia x jarang2 menonton bersama kami
kecuali kisah2 yg lama p ramlee dan kisah2 bermanfaat
kata ibu semus kisah di tv ada pengarahnya
jika rs x bermanfaat
kita akan buang ms kita dgn scr x berfaedah
dan kesanya sehingga kini
kami jika pulang ke rumah
lebih gemar spend ms bersama2 di dapur utk mkn2 dan bersembang
lebih dr tidur dan menonton tv
terima kasih ibu atas ajaran2 dan didikan beliau
sungguh byk yg ibu ajar kami ttg kehidupan
dan kini mungkin tugas kami utk didik generasi hadapan pula
insyAllah

p/s1-seringkali mahu bersyukur atas semua nikmat yg dikurnia...kadangkala x layak diri ini utk terima semua nikmat Allah beri.rs x layak sgt utk bersama org2 yg Allah sayangi...namun kita semua harus berusaha lebih utk menjadikan diri kita layak bersama2 org2 kesayangan Allah bukan.....insyAllah ...ini mungkin satu pintu hidayah dariNYA

p/s2-niat nk memahirkan diri dgn satu skill yg sgt sy perlukan dikemudian hari...klo di hostel dan bila ada kelas mungkin x sempat nk kembangkan skill tersebut..tp pulang dirumah harus2 rajin2 ke dapur dan belajar memasak yerr!!

p/s3-nantikan kisah pengemabaraan sy ...nk siapkan cuti ni juga

p/s4-sy suka keep something special for someone special.....even when introducing someone to my fmly.....May Allah ease the way..lillahitaala ...insyAllah

No comments:

Post a Comment