alhamdulillah....
berkesempatan pulang ke kg halaman utk aldiladha
terkesan saya dgn kuthbah solat aidiladha di masjid keledang..
kali ini berbeza
saban tahun mendengar kisah yg sama
kisah pengorbanan nabi ibrahim dan nabi ismail
namun utk tahun ini
khutbah yg disampai oleh ustaz mokhtar senik..
sedikit berbeza..
kerana pendekatan beliau pd semua aspek dan golongan msykt
utk mengambil iktibar bukan shj pd pengorbanan nabi ibrahim dan nabi ismail
ditambah dgn kisah pengorbanan siti hajar
yg sgt dekat dgn glgn muslimah
utk dijadikan cth
dan utk aidiladha ini
antara pengorbanan yg sgt sy hargai
adalah insan yg paling dekat dgn saya
iaitu pengorbanan ibu ayah dalam membesarkan kami semua
IBU
ibu merupakan anak sulung kpd 4 adik beradik...
kehidupan remaja ibu agak susah
saat itu....
ibu tinggal bersama nenek dan tok ayah di Ulu Kelang
nenek dan tok ayah ada membuka sebuah gerai mkn
berdekatan dgn zoo negara
dan juga studio pramlee ketika itu
ibu byk bercerita ttg bgmana kreatif beliau membantu tok ayah dan nenek berniaga
dan bgmana beliau menjaga adik2 pd masa yg sama
kehidupan ibu boleh dikatakan sederhana
malah ibu pelajar yg cemerlang dan rajin dlm pelajaran
malah terpilih utk memasuki sekolah jalan kolam air atau sekolah seri puteri skrg
ibu bercita-cita utk menjadi seorang doktor
dan bersungguh-sungguh utk mencapai cita-citanya
malah ibu pernah bercerita pada kami
ketika peristiwa 13 mei 1963
permusuhan kaum sedang berlaku di tanah melayu
cikgu ada menyatakan ttg bhy utk kesekolah ketika itu
namun kerana cintakan ilmu
ibu masih ke sekolah disaat genting pergaduhan berlaku
mujur ada seorang uncle cina selamatkan ibu dan membawanya pulang
semangat dan cerita ibu itu sering sy kenang utk dijadikan motivasi
sejak kecil sehingga hari ini
ketika ibu berusia 16 tahun
ketika itu ibu masih di sekolah jalan kolam air
tok ayah jatuh sakit dan meninggal dunia
satu ujian yg berat buat ibu dan keluarga
tinggallah nenek seorang menyara kesemua mereka
dan ibu mula berfikir2
andai beliau masih tegar utk memilih perubatan sbg bidang kerjaya
pasti byk wang yg perlu dihabiskan
sedang ibu masih punya ramai adik2 yg bersekolah
namun
alhamdulillah
ketika itu
ibu sudahpun berkenalan dgn ayah
yg saat itu berada di tahun akhir pengajiaan di universiti malaya..
perkenalan mereka membawa ke jinjang pelamin setahun selepas itu
selepas pernikahan
ayah yg sgt memahami cita-cita ibu
sudi utk membenarkan ibu menyambung pelajaran lagi
dan ibu mula berfikir2 lagi
adakah bidang perubatan masih menjadi pilihan
sedangkan tanggungjawabnya pada keluarga masih byk
akhirnya ibu memilih bidang pendidikan
sama seperti ayah
dimana pd masa itu
ibu akan punya byk flexibility masa
utk belajar dan menguruskan keluarga
selepas berumahtangga
nenek dan adik beradik ibu tinggal bersama ayah
dan ayah secara x langsung bertindak sbg abang sulung
utk membantu kewangan dan memberikan pendidikan terbaik buat adik2nya
besar sungguh tgjwb mereka saat itu
ketika itu ayah baru mula bekerja
dan kelurga yg harus ditanggungnya agak besar
namun ayah x pernah berkira
dan percaya rezeki akan ada jika ikhlas dalam membantu
alhamdulillah
selepas setahun usia perkahwinan
ibu,ayah dikurniakan zuriat pertama
namun dugaan menimpa menguji kesabaran mereka
saat itu wabak demam kuning melanda malaysia
anak yg lahir disyakki mengalami tanda2 positif demam tersebut
ibu sgt risau saat itu
andai anak yd dilahirkan
meninggal sebelum sempat dibesarkan
namun ajal maut ketentuan tuhan
along masih diberi kesempatan utk besar seperti anak2 lain
selepas itu
rezeki x putus2 tiba
angah dilahirkan x kurang dari 2 tahun selepas itu....
diikuti kak wani,kak wana dan abg ihsan
pd ketika itu..
ibu menjadi seorang yg sgt multi task
seringkali ibu terpaksa berhenti sekejap dr pelajaran
kerana harus menguruskan keluarga
namun berkat kesabaran dan sokongan tidak berbelah bahagi dr keluarga
ibu berjaya menamatkan pelajaran ketika sudah mempunyai 5 org anak ....
sungguh sy kagum dgn semangat ibu!!!!
ibu sering berkata pada kami
sejak dr kami kecil lagi
saat kami merungut2 x dpt itu dan ini
seperti kanak2 lain
kata ibu
kita bukanlah org senang
kita punya adik beradik yg ramai
malah ibu ayah sendiri terpaksa menangung adik-beradik mereka sendiri
yg memerlukan bantuan kewangan
gaji ibu ayah sbg guru juga tidaklah besar
cukup utk sekadarnya
jadi kami harus belajar berjimat
dan berkongsi2 dalam semua perkara
mungkin dr segi permainan ibu jarang bertoleransi
namun ibu ayah menyediakan kami sumber ilmu secukupnya
ibu ayah x pernah lokek utk membelikan kami buku2 ilmiah utk dibaca
x pernah penat membawa kami ke majlis2 ilmu,masjid dan perpustakaan
kami didedahkan dgn erti perjuangan ayah dlm masyarakat sejak kecil lagi
dibawa ke ceramah,mesyuarat,forum dan usrah yg disertai ibu ayah
malah jika berkesempatan ke kursus
ibu ayah x pernah lupa bw kami bersama
agar kami kaya dgn ilmu dan pengalaman
dgn berjalan dan bertemu dgn org berilmu
dan belajar sesuatu dari biah solehah yg cuba dicipta
mungkin ketika kecil kami tidak pernah menghargai
namun bila besar
percayalah
kami sentiasa mencari
saat-saat indah
fitrah biah solehah
yg ibu ayah cuba tanam dlm diri kami
sejak kecil lagi
terima kasih ibu ayah!!!
MENANTU VS MERTUA
ayah tinggal bersama nenek sejak awal perkahwinan sehingga akhir hayat nenek
nenek seorang insan yg punya byk pantang larang
namun ayah sgt sabar orgnya
x pernah letih melayan nenek dan ipar duainya
malah dr segi kewangan
x pernah sesekali berkira
dan sentiasa cuba mencari jln terbaik utk mendidik mereka
sy juga sgt kagum dgn cara ibu berkomunikasi dgn tok mek
cara ibu sgt bertoleransi
jika ada tok mek dirumah
ibu akan memasak mengikut selera ibu mertuanya itu
malah perkara pertama yg ibu belajar ketika mula2 berkahwin dahulu
adalah bgmana cara mertuanya memasak lauk kegemaran ayah
bukanlah kerna ibu tak pernah berada di dapur
tetapi utk mengambil hati mertuanya
ibu lebih senang utk belajar semula dr bawah
x pernah ibu terasa hati berlebihan dgn mertuanya
kerna pada ibu
mertuanya telah membesarkan ayah dr kecil
dan mengurniakan seorang suami yg sempurna buatnya
utk sekecil2 perkara tidaklah perlu bermasam muka
mengalah sahajalah bukan
dalam bersaudara dan bermasyarakat
ayah sering berkata kepada kami
"jika org buat baik dan kita balas dgn kebaikan,itu adalah biasa"
"jika org buat jahat dan kita balas dgn kejahatan juga masih dianggap biasa "
"namun org buat jahat dan kita balas dgn kebaikkan akan dianggap luarbiasa "
"jadi mari kita jadi mereka yg luar biasa itu "
"dan yg penting dlm hidup adalah utk menjadi"habluminnALLAH WA habluminnass""
"mereka yg menjaga hubungan baik dgn Allah dan hubungan baik dgn Manusia"
nasihat yg x pernah lekang dr ingatan sy..
alhamdulillah
sungguh ibu ayah x pernah manjakan kami dgn kebendaan
setiap kali lulus cemerlang dlm peperiksaan
tidak pernah ibu ayah menjanjikan ganjaran wang atau hadiah
seperti rakan2 kami yg lain
apa yg ibu ayah ingin kami fahami
ganjaran kejayaan adalah utk diri kami sendiri
dan masa depan kami
jd sering kami sematkan di hati
kejayaan ini utk pengorbanan ibu ayah kami sendiri
ketika kami kecil lagi
kami lihat
ibu ayah sgt suka menerima tetamu
dan membantu saudara-mara yg kesusahan
bagi ayah sendiri
sbg "the only" dalam keluarga beliau
berjaya ke menara gading
dan bekerja dlm kerajaan
ayah sering menjadi sumber rujukan
jika ada saudara-mara yg bertandang ke kota
pasti layanan sebaiknya diberikan pd mereka
saat itu
pada fikiran kanak2 sy
adakala sy gembira
adakala sy rimas dgn kehadiran terlalu ramai tetamu
bukan apa
kerana tugasan melayan tetamu bukanlah mudah
malah wang dan masa juga byk perlu dihabiskan
selalu merungut2 pd ibu ayah
namun nasihat mereka
"tetamu dtg membawa rezeki,
rasullullah sendiri sgt suka meraikan tetamu
ini satu tuntutan dlm islam utk membantu
mereka yg memerlukan"
dan kini baru sy faham maksud ibu ayah
sedang musafir itu adalah sesuatu yg susah dan renyah
membantu memudahkan urusan mereka adalah satu ibadah
yg x terhingga pahalanya
insyAllah
alhamdulillah
byk yg kami belajar dr pengorbanan ibu ayah
semoga Allah sentiasa merahmati kalian berdua
selamanya....
dan kami akan cuba menjadi ibu bapa,anak dan menantu dan khalifah Allah
sebaik kalian
dgn iziNya....
insyAllah
p/s1-sgt teruja mendengar cd prof dr muhaya....sgt best...dan beliau sgt positif..harap dpt jd seperti beliau
p/s2-sejak kecil sy sgt observant dan suka berfikir...lepas tu mulalah sy buat teori mcm2..kesian kwn2 sy yg selalu dgr sy bebel pasal teori2 sy...arini qilah jd mangsa pula....sambil2 dgr cd pasal rumahtangga dr prof muhaya..mulalah sy buka teori2 sy..hehehe...semoga kita sama2 dpt manfaat yer qilah..ilmu ini utk ms depan juga tau kwn2....kena ambil cakna dr sekarang insyAllah .....
No comments:
Post a Comment