Thursday, 10 November 2011

pandai masak?????

apa definasi anda utk statement diatas
misalnya la kan
tiba2 bakal suami anda
atau bakal mertua anda
meletakkan spesifikasi diatas
sbg salah satu kemahiran yg mesti ada sebelum berumahtangga...
jd macamana anda mengklasifikan diri anda..
pandai,sikit2 je atau x pandai langsung
at least masak utk diri sendiri okla kan

pernah sy bertanya pd Hajar
selaku antara sahabat yg sy kenali
yg sgt berbakat dlm memasak sambal yg sedap
katanya...ia satu bakat
utk memasak satu2 masakan yg sedap kita perlu lidah yg peka
tahu apa yg lebih dan kurang pd sesuatu masakan
dan perlu tahu apa yg perlu ditambah atau dikurangkan utk mendapat satu-satu masakan yg sedap...
pulang ke rumah
sempat bertanya ibu pula
adakah pandai memasak itu satu bakat???
kata ibu
ianya mmg satu bakat
yg dpt diperolehi andai jika rajin mencuba
kerna dalam apa jua pekerjaan....
bakat dan kemahiran akan hadir
jika kita kerapkali mencuba dan praktis
tiba-tiba sy rs kata2 ibu mcm merujuk kpd kata2 pensyarah kami tiap hari
bidang medic juga sebegitu
teori shj x mencukupi
yg paling penting adalah skill dan kemahiran anda utk tackle pesakit
dan cekap dalam buat pemeriksaan kesihatan yg betul
skill atau kemahiran ini akan dapat jika kita rajin mencuba
selalu dtg ke hospital utk berjumpa pesakit
dan aplikasi kemahiran yg dipelajari

oleh itu,sy membuat kesimpulan,
dalam apa jua pekerjaan yg ingin kita kuasai
perlu pada kesungguhan
ingin jadi yg pandai memasak?
rajin2 mencuba dan berexperimentasi
ingin pandai berpidato
rajin2 berhujah dan melontarkan idea sesama rakan
ingin jd doktor berkemahiran
rajin2 bertemu pesakit dan belajar dari mereka

WANITA BEKERJAYA X PANDAI MEMASAK DAN HAL RUMAHTANGGA?

baru2 ini sy terlihat akan satu status di fb
oelh seorang sahabat sy
ttg satu realiti yg sukar ditelan oleh masyarakat hari ini

"Kelakar. Dalam zaman yang mana perempuan berusaha menjadi lelaki, dapat degree tinggi2, cari kerja gaji besar, tapi akhirnya, benda yang dia nak 'show-off' adalah skill masaknya, benda tipikal yang biasa kita pandang pada seorang perempuan. Skill yang jarang perempuan zaman ni belajar sungguh-sungguh. Yang lelaki pula, dalam kepeningan masing-masing, dalam mengejar cita-cita yang mungkin orang lain kurang faham, tapi bila nak kahwin, bakal mertua dan orang masih akan fokus tentang kerja tetapnya dan gaji tetapnya. Betapa masih susah untuk kita lari dari nature sebenar seorang lelaki dan perempuan dalam rumahtangga. Yang lelaki nature-nya adalah pencari rezeki dan perempuan nature-nya adalah menguruskan rumahtangga"

dan respons sy
as for my humble opinion..
aku rs x kisahlah lelaki atau perempuan...
kalau kita sebagai umat islam kenalah bersungguh2 dlm semua perkara yg kita lakukan....
jika seorang perempuan nk berjaya dalam kerjaya dan pd juga pd ms yg sama sedar bhw dia juga perlu skill rumah tangga n go for it utk belajar walau cm terlambat ker....
tiada salah disitu kerana pd akhirnya dia SEDAR DIRI bhw at the end tanggungjwb dia adalah pd keluarga juga....
bukankah suatu BONUS buat umat islam kalau muslimah itu utk dpt kedua2nya...
dan ttg pandangan org pd lelaki yg gaji besar kerja tetap atau x tu berdasarkan fahaman org tersebut.....
jika mrk org yg mementingkan agama..
asalkan dia lihat ada sikap tanggugjawab dan kesungguhan pd diri lelaki tersebut,akhlaknya yg baik dan punya matlamat akhir yg jelas ....
x rs drg akan judge by pekerjaan atau gaji.....
apa yg penting sama2 ada KESEDARAN utk memperbaiki diri menjadi yg lebih baik......
nature dalam rumah tangga sekrg dh berubah mengikut zaman..yg penting masing2 sedar dan hormat pd tanggungjwb masing2 dan harus berubah mengikut kesesuaian nampaknya ....
again just my humble opinion....

bila difikirkan kembali
mcm emo la juga respond sy tu
mmg benar
ego wanita yg bekerjaya masa kini
yg mmg kadangkala kita sedar
kita tidak begitu mampu utk kuasai kemahiran rumah tangga
hanya kerana kekurangan masa
dan tanggungjawab yg sgt byk pd pelajaran dan sebagainya
namun pilihan di tangan kita
jika rs diri kekurangan satu nilai
mari kita usaha utk tingkatkan nilai dan kemahiran itu...
apa yg penting SEDAR dan MAHU BERUBAH...

DIDIKAN IBU

ibu sy mmg sangat pandai memasak
sejak kecil kami jarang mkn diluar
ibu sendiri seorang guru elektif rumah tangga
jd ibu punya kemahiran memasak hampir semua masakan
tambahan pula nenek mmg pernah buka gerai dulu2
apa yg kami hendak mkn..
ibu sediakan sendiri
dan pastinya masakan ibu jauh lebih sedap dari di gerai ....
setiap kali didapur
pasti kami akan membantu ibu
dalam menyediakan bahan2 masakan
namun
ianya sekadar menyediakan
jarang kami ambil cakna sukatan dan procedure yg betul utk masak setiap lauk
sebab selagi ibu ada
kami akan tanya kesemuanya....

sehinggalah ketika cuti SPM
ibu meletakkan tanggungjawab utk masak lauk tengahari dirumah pd sy
dan mulalah masa itu sy nk belajar kesemuanya
sepulang ibu dari sekolah
ibu akan rasa dan bg markah pada saya
namun sy tidaklah melakukanya secara bersungguh2
sekadar beberapa mskn sahaja

PELUANG BELAJAR DILUAR NEGARA

menyebabkan kami harus belajar masak sendiri
kerana masakan malaysia x banyak disini
sebelum fly..
sempat sy catat beberapa resepi dr ibu
dan kadangkala
jika keempunan sesuatu masakan
mulalah call ibu dr tanah seberang
bertanya sukatan utk msk itu dan ini
yg melucukan
bahan yg kami guna tidak sama texturenya
akhirnya
nk masak laksa jd lembik kerna kurang bahan
nk buat cendol terjadi kuih lompat tikam
nk buat donut jadi mcm kuih telinga keling..
ketiadaan beberapa bahan utama masakan juga menjadikan resepi kami x lengkap rasanya
apapun kami x penat mencuba
utk memenuhi selera malaysia kami

RESEPI TOK MEK
pulang berhari raya selepas tahun pertama di manipal
membuka peluang utk sy menghayati ramadhan bersama tok mek
tika itu,ibu ada bercerita ttg kesihatan tok mek yg tidak berapa memuaskan
dan sy pd ketika itu
ada sedikit perasaan risau
takut2 x sempat beraya dgn tok mek lagi
utk tahun2 akan dtg
mengambil kesempatan yg ada
sy mula mengambil serius utk membantu beliau msk masakan kegemaran ayah
iaitu cendol dan lompat tikam
mmg sy catat juga segala resepinya
dan ramadhan tersebut juga
tok mek beria-ia membuat begitu byk tapai utk cucu-cucunya
kebetulan sy baru membeli kamera
mmg byk gambar diambil utk ramadhan itu
semua masakan tok mek dr awal puasa
hingga rendang raya
dan seperti yg dijangka
2-3 minggu selepas sy pulang ke manipal
tok mek meninggalkan kami semua selamanya
tapi sy puas
kerna dpt byk belajar dari tok mek sepanjang ramadhan itu
bukan setakat ilmu masakan beliau
tp juga ttg kehidupan
yg paling penting...kasih syg yg dicurahkan
semoga ilmu yg tok mek curahkan
dpt kami semua aplikasi
dan menjadi amal jariahnya utk pahala disana nanti

KEK....
sungguh sy x pernah percaya pd dr sendiri utk buat kek sendiri
sedangkan lauk-pauk yg mudah pun masih x berapa nk berjaya
inikan kek pula
takut betul sy kalau buat kek x jadi
dan bantat pula
pd awal2 fikiran sy dahulu
kalau nk buat kek mesti ada alatan yg complicated..
kena ada tepung penaik khas..
kena ada mesin kacau adunan kek
dan mcm2 lg ....
idea2 yg sy dpt melihat kpd cara ibu buat kek untuk kami semua
berkenalan dgn dua sahabat saya ini
iaitu YANI dan AZZARIAH
sy kagum melihat cara mereka membuat kek sendiri
sedangkan masa itu kami tinggal dihostel dan x punya alatan seperti yg dinyatakan
namun mereka berjaya membuat kek kukus yg enak dan lembut
malah lebih sedap dr yg terjual di INDIA
(utk makluman..sgt susah nk dptkan kek yg sedap di sana)
dari kagum sy mulakan tekad utk belajar dr mereka
dan tahun tiga yg agak lengang dirasakan masa yg sesuai
terkejut juga pabila melihat kek yg dikacau menggunkan tangan sendiri naik dan menjadi
tidak bantat lagi!!!
lalu sy memformulasikan satu lagi idea
jika ingin belajar memasak...
jgn hanya mengikut resepi tanpa guru yg betul
kerana jika berguru
kita akan memperoleh byk lagi ilmu dan biasanya resepi mereka mmg menjadi
samalah juga dalam berguru hal2 agama
atau ilmu2 dunia
setakat membaca blog2 dan mendengar kaset atau ceramah tidak cukup
kita perlu menuntut ilmu dgn berhadapan,bersama guru
barulah semangat yg ada dlm penyampaian ilmu sampai pada kita
bayakkan bertanya dan sentiasa cuba create persoalan dlm minda
utk ditanya dan dibincangkan
agar mudah pemahaman
rajin2 juga buat homework sebelum kekuliah
supaya pemahaman lebih kekal lama dan soalan2 yg keliru dpt dilontarkan
teringat pula akan hadis kedua dalam hadis 40 imam annawawi
ttg menuntut ilmu
tertib dan tatacaranya
jom sama2 lihat di web ini
semoga bermanfaat


syarah hadith kedua imam nawawi..ttg tatacara rasullullah menuntut ilmu dgn malaikat jibrail

p/s1-sy mmg x pandai memasak dan masih dlm proses belajar.....masih byk ilmu kehidupan yg perlu dibelajar dan yg mana ada perlu juga diajari pd org lain..insyAllah

No comments:

Post a Comment