Monday, 14 November 2011

INSPIRASI SEORANG PENDIDIK

sy bukanlah pengemar filem bollywood
walaupun berkesempatan tinggal di INDIA
sbg antara pengeluar filem yg terbesar didunia
menayangkan hampir beratus2 filem setahun
tapi boleh dikira juga berapa filem mereka yg sy tonton
ada 3 sahaja rasanya
iaitu
OM SHANTI OM (masa first year)
"my name is KHAN(yg ni sy tonton sebab bosan sgt kena tahan di wad Kastubra Hospital kerana pneumonia )
dan yg terbaru semalam



sebuah filem amir khan ttg kanak2 dyslexia....
filem yg sgt menarik
dan membuka mata saya ttg dunia kanak2 istimewa ini
seketika
mengembalikan memori sy sebagai guru sementara di SMK taman tun hussein onn dahulu
mmg benar,tidaklah sampai sy terpaksa mengajar kanak2 spt krishan dlm cerita ini
namun pengalaman menjadi guru ketika baru berusia 18 tahun
mmg menguji sabar sy
terutamanya ketika terpaksa berhadapan
remaja nakal berusia 13-14 tahun...

saat itu sy ditugaskan utk mengantikan rakan guru kak wani yg cuti bersalin
kebetulan sy sedang menunggu tawaran dari jpa utk ke program luar negara
selepas melapr diri pada pengetua
berdasarkan slip keputusan spm yg agak "baik"itu
sy ditugaskan utk mengajar MATH dan Science utk pelajar menengah rendah
diawal kedatangan sy
mmg sy kelihatan agak kebudak-budakkan
malah semasa menaiki tangga sekolah
ada pelajar yg menyapa
"cikgu ke tu,macam bdk sekolah jer"
tercabar sy


nak dijadikan cerita
keesokkan harinya
terus saya membeli sepasang kasut boot utk dipakai ke kelas
dgn impian bertambahlah kematangan perwatakan saya
dan berharap2
bunyi dari kasut boot tersebut berjaya memberi amaran ttg kehadiran sy ke kelas
lucu pula mengenangkanya =D

dihari pertama
bersama sebilah rotan dan pembaris di tgn
sy berani2 melangkah ke kelas
masa tu semangat mengajar sy mmg tinggi
sgt terinspirasi dgn kerjaya ibu,ayah dan kak wani sy
sy membuka bicara ttg keunikkan sains dan kelebihan mempelajarinya dgn bercerita
punyalah bersemangat sehinggakan serak suara saya pabila masuk ke kelas yg ketiga
malah suara sy boleh didengari hingga ke kantin sekolah
tp sy x penat
malah pulang ke rumah sibuk sy bercerita dgn ibu ayah
ttg pengalaman sy
namun itu hanya ujian sy dihari pertama
banyak lagi ujian menanti rupanya
semudah2 teori yg kita pelajari di kelas di sekolah menengah dahulu
x mudah utk diajarkan pada anak murid sy
kesungguhan mereka berbeza
kepandaian mereka juga berlainan
malah x semua mampu menumpukan pelajaran dalam kelas
ketika mengajar
ada pelajar yg lari keluar masuk kelas
buat bising dan kacau rakan
bersikap loyar buruk dan mengajuk guru
mmg sgt memeningkan

selepas 3 hari
sy mula mengadu pd ibu
dan ibu mencadangkan sy buat satu aku janji dgn pelajar2 tersebut
ttg mereka harus berkelakuan baik
jika tidak saya akan mengeluarkan "surat saman" utk diberikan pada pengetua
akhirnya terkawal sedikit kelas sy
Alahmdulillah

namun begitu
cabaran terhebat adalah utk membantu mereka memahami apa yg diajar di kelas
pada masa yg sama sy berhasrat utk menyemai sikap2 murni dlm diri mereka
seramai 40 pelajar dalam sesebuah kelas
sukar rupanya nk mengenali semua
dan melaksanakan impian sy itu

cuma pernah sekali sy memarahi mereka bersungguh2
kerana sikap kasar mereka pd seorang guru yg sarat mengandung
kadangkala sy terfikir
bersikap garang bukan penyudah segalanya
mereka harus didekati dan difahami
bukan dimarahi.....

akhirnya sy memulakan pendekatan lebih mudah
melalui lukisan utk sains
dan soalan permasalahan utk matematik
dgn harapan minat mereka bertambah
antara satu peristiwa yg masih kekal dalam ingatan saya
adalah ketika saya bercerita ttg sistem penghadaman manusia
ketika tiba di bahagian appendix
sy bercerita ttg bahayanya sakit perut yg diakibatkan bengkak organ tersebut
ketika itu,salah seoarang pelajar yg sgt nakal dalam kelas saya sgt sibuk mendengar
tidak bising seperti selalu
hairan juga sy melihat beliau berkelakuan sebegitu
tiba-tiba dia mencelah dan berkata sayu
"cikgu sakit appendix boleh mati ek cikgu "
jawab saya
"boleh jika ianya bengkak dan pecah tanpa sempat dibedah"
kemudian jwbnya lagi
"kakak sy meninggal disebakan sakit appendix la cikgu"
tergamam seluruh kelas pada saat itu
di akhir kelas
sempat saya nasihatkan mereka
itulah kenapa penting utk kita kenal diri kita
kadangkala tindakan yg lambat mampu membawa maut
moga2 mereka ingat pesan sy itu...
namun yg sy pelajari pada hari tersebut
lebih dari itu.....
ttg hati pelajar yg dpt disentuh
jika kita cuba memahami mereka dgn bersungguh-sungguh..

terlalu byk yg sy pelajari sepanjang tempoh tersebut
ttg kehidupan
ttg kematangan
ttg bagaimana berinteraksi dgn anak muda yg bermasalah
ttg bagaimana perasaan menjadi seorang guru
yg tugasnya amat besar pada masa kini
dulu sering sy rungutkan pada itu
ttg kesibukkan beliau mengajar dan membuat kerja-kerja sekolah
ttg sibuknya ayah mengahadiri mesyuarat dan kursus sana sini
kini saya memahami
segalanya utk anak bangsa sendiri

dipenghujung perkhidmatan saya
sempat sy menyambut hari guru bersama pelajar2 disana
paling mangharukan
ada pelajar yg ingat utk membelikan sy hadiah
biarpun sy mengajar kurang dari 2 bulan disana
alhamdulillah
benar hadiahnya bukan seberapa
namun ingatan yg kekal lama

sy meninggalkan pengalaman menjadi pendidikan dgn penuh makna
menjadikan sy menghargai tugas guru lebih
dan benar-benar layak pada mereka yg mampu sahaja
tugas yg berat utk dipikul
namum membawa perubahan besar pada masyarakat

filem ini merupakan satu tontonan wajib buat semua
bukan pendidik shj
sebuah filem lain yg sgt sy kagumi adalah
filem "laskar pelangi"
yg merupakan karya filem indonesia....



sungguh setiap dari kita berjaya kerana seorang GURU
GURU yg benar2 mampu memberi ilmu lebih sekadar ilmu akademik
tetapi ilmu kehidupan
Ibu bapa kita adalah GURU
sahabat kita juga adalah GURU
dan GURU yg harus kita teladani adalah Rasullullah itu sendiri
melalui wahyu dan sunnaknya
insyAllah

No comments:

Post a Comment