Saturday, 10 September 2011

journey to aussie

hurm x terpk apa entry seterusnya..
klo k ikutkan hati..byk nk tulis...
tp klo nk dibandingkan ngn ms n kerajinan yg ada...skit je la kan
impian dan minat sy x lain x bukan suka melancong
mungkin ini salah satu hobi yg sy perolehi dr ayah ...
apa x nya..sejak kecil ibu dan ayah byk membawa kami semua mengembara ke seluruh malaysia..sehingga ke menjelajah hampir seluruh sabah jugalah
jadi apabila berpeluang memegang duit sendiri...
sy merancang2 utk perjalanan pertama ke luar negara sy


my trip 2 australia....
ni yg plg best
selepas berhempas pulas ngan a-level.(huhu..susah2 nk lulus juga A-level nie)
nway tutup cte a-level..
so as a reward 2 myself
i had arranged a trip 2 aussie dgn bantuan abg ihsan dan kak muna saya..
sebenarnya bukan senang nk arrange trip nie
memerlukan bajet yg besar dan semangat yg tinggi!!
tp since dh lama planning n kumpul duit selama 2 tahun!!
(hasil gaji cg sambilan dan lain2 lagi)
akhirnya impian sy ke sana tercapai juga...
Alhamdulillah..






seperti yg dirancang....
lalu pada tanggal 5/7/2008 ...
sehari selepas pulang dr kem birotatanegara
sy menjejakkan kaki ke klia utk memulakan perjalanan kembara seorg dr ke australia..
kindly remind that this is my first oversea trip at that time!!
berdasarkan tunjuk ajar ayah n ibu,
sy berjaya melepasi halangan kesemua gate n menuju ke pesawat MH 142 ngn selamatnya walaupun terasa cuak di hati ...dgn muka slumber jer..konon2 biasa g cne...sy bjaya mendptkn seat dlm flight.....sbelah bdk irish2 .....n yg plg best dpt seat kat tingkap!!
pjalanan slama 7 jam didlm kpl terbang sesungguhnya sgt membosankan
tapi x sedar sgt disebabkan perjalanan sy pada waktu mlm kan
jadi tertidur je la selepas diberi late dinnner yg sgt berat tp sedap...
bgun2 jek sudah masuk subuh
seusai solat subuh diseat
(thanks to ust Hasrizal atas bimbingan dalam kelas Fiqh Medicine sebagai preparation utk ke oversea)
seusai solat subuh
sudah dapat lihat pemandangan indah matahari mulai terbit...
satu fenomena yg sgt cantik sy rasakan ......
MasyaAllah
tepat jam 9 pagi ..
sy tiba di lapangan terbang melbourne
diumumkan bhw suhu di melbourne ketika itu ialah 7 ......
maklumlah skrg tgh winter lg..
So tiba je kat Melbourne airport....i can feel da cool air ..
drpd apa yg dikatakan captain td...suhu melborne pada masa itu pada 11 pg adlah 10 degree dan mlm dlm 6 degree..sejuk!!
huhuhu..best sgt rsnya walaupun tidak terlalu biasa..
dalam perjalanan nk amik bagasi..
sy terjumpa srg uncle ni..rupanya dia dr Malaysia juga tp sudah lama menetap kat Melbourne ..dia just blik msia 4 holiday je..sempat2 gak sembg ngn dia n btukar2 cerita...tp apabila sy nyatakan yg sy akan ke manipal utk stdy..dia buat muka yg agak pelik...dia hairan mungkin kenape Malaysia hantar stdnt medic ke sana..dlm hati sy sabar je la..sememangnya itu pun response yg sy dpt klo ckp sy nk g india smbg stdy
x pe..ni semua cabaran...hehehe...
actually manipal is one of da best place 2 stdy medicine pe..
sabor je la...
semasa melalui immegresen..
ada perasaan cuak gak coz ada la bwk sedikit brg mskan dr Malaysia utk abg tercinta..uhuks..tkt x lepas la plak .....nasib baik pakcik2 baik2 ..since dh declare brg2 tu dlm form ,i just show them n lepaslah immegresen.huhu..slamat n lega rsnya....
hakikatnya apabila travel sesorang ni...rasa sgt insecure..
semua keputusan harus dibuat sendiri...kena bijak dalam pertimbangan!!
Dgn rs yg sgt excited maka sy keluar dr balai ketibaan sambil2 mencari2 muka abg n kakak tercinta yg disangkakan sudah menunggu di situ..
agak lama juga sy pusing2 mencari...
tapi....x jumpa lah..huhuhu..trasa cuak di hati ..tp cekalkn je la....selepas menunngu hampair 30 minit...saya mula berasa x sedap hati..
eyh..where's my brothers..sabar je la kan ..
dgn rs pandai2 sendiri..kaki ni pun melangkah ke kaunter utk bli international phone card..nasib baik ayah ada bg duit dlm dollar aust td...tp melayang gak dlm 20 doller utk card tu ......dgn pandai2 sendiri ..sy cuba mendail public phone ....tetiba terdgr suara yg dinanti abg ihsan....
"eyh aishah dh smpai ke?"...dlm hati rs cm nk marah tp sabar je la...rupa2 nya drg masih kat umh lg...x btolak pun ke airport..dan perjalanan dari clayton city ke melbourne airport memakan masa hampir 30-40 minit!!
x sangka mereka x bertolak lg kerana pada asalnya padahal waktu ketibaan dah lebih 2 jam tersasar dr apa yg dijangka.....mungkin juga mereka merasakan sy boleh survive bersendirian pd perjalanan pertama saya ini!!!x pe..satu pengalaman baru buat sy!!
abis je buat panggilan...maka sy pun menunggu dgn sabarnya di tempat yg dijanjikan..berjumpa pula dgn sepasang suami isteri yg dikira agak muda ....sembang2 dgn akak yg akan melanjutkan stdy dlm achitecture kat MIT...beliau dan suaminya merantau bersama ke luar negara!!....sgt menarik
akhirnya selepas penat menunggu...hampir tertidur sy..
muncul wajah kak muna disebalik pintu elektronik 2..
tersengih lebar sy dikala itu...akhirnya penyelamat keadaan sudah tiba!!....
kluar dr airport ..kami menuju ke kereta
sempat gak perli2 abg can masa 2..
tp dia buat muka x bersalah pun..huhu...
so that's the firts step of my journey kat Melbourne city ....
perjalanan dimulakan dgn jln2 around bdr melborne..
4 my first experience da journey sgt best ..klo x pcaya tgk la gambar2 ni
sesampai shj sy di melbourne..
mkn breakfast kat Bismi restaurant...
mereka membawa sy berjln2 di dockland harbour....
dgn suasana yg sgt sejuk...lg2 kat perlabuhan n bj yg sy pakai dr msia pd ms itu hanya 2 lapis jek..hahaha
melihat saya mengigil
ada gak abg ihsan sy tanya....sejuk x....
dgn muka tersengih2..sy kata x la....
nk tunjuk blagak konon..padahal dlm hati...weh sejuk sgt..
dh2 la 2 jom balik

winter trip!!!






keesokan harinya....
kak muna ajak sy ke winter gathering kat Campase park....
so ktrg drive dlm 2 jam gak seblum smpai ke destinasi yg dituju....
kak muna siap warning siap2 yg dia akan tinggalkan sy kat situ ngn student2 yg lain
kerna dia perlu dia pulang ke melbourne untuk bekerja
jd sy harus ambil pluang ni utk kenal sme kwn2 yg ada kat seluruh aussie dan malah ada juga yg dr ireland

dapat kenal sy berkenalan dgn kak fariena dan kak syikin from sydney uni..
dan jumpa hazwani fatin who used to be my school mate dlu
byk aktiviti bersama kami
pengisian dari penceramah jemputan
ttg peranan kita sebagai muslim
mkn beramai-ramai dalam dulang,mengeratkan ukhuwah
tidur dalam kesejukkan yg teramat
x lupa kenangan ambil wuduk dalam subuh yg membeku!!
sebelum pulang
sempat kami kemas katil bersama n bungkus sleeping bed yg berlapis2 tebalnya
terdapat byk pengisian yg saya perolehi daripada camp ni..
ukhwah for sure..kerjasama..dapat ramai kenalan...
dan modul2 yg diutaran lebih kepada cabaran2 pelajar muslim dan melayu di perantauan...
sempat juga sy berkongsi perasaan dan pendapat sy bersama rakan2 sisters pada satu sesi sebelum pulang...mereka menyambut baik kedtgn sy sbg antara tetamu khas dr "jauh"
hakikatknya..dalam hati..
sy menyimpan impian utk hadir ke program sebegini lagi tp mana mungkin kerana sy telahpun ditetapkan ke tempat lain...x pe..
insyaAllah..ilmu dan ukhwah ada dimana2...


Sepulang sy dr winter gathering..
tanpa sempat pun berehat..
tiba2 sy dikejutkan dgn panggilan dr kak ba'ie
mengajak sy dan beberapa rakan ke bdr melbourne..
excited..tanpa sempat memberitahu abg ihsan sy..kami keluar ke melborne city bersama kak syikin dan kak amrie







antara tempat yg sempat kami lawati adalah Shrine of rememberence,
museum dan juga landmark2 melbourne city!!
kami sempat berehlah dihadapan museum dan solat bersama2 disana!!!
malah kak syikin sempat berkongsi beberapa kisah dan pengisian bersama....
sgt menyeronokkan jaulah sebegini!!!
terasa bermanfaat dan tenang rs dihati
ditengah perjalanan
tiba2 sy dikejutkan dgn panggilan kak muna
melalui handset kak syikin...
mereka berdua risau dgn kehilangan sy dar rumah mereka
huhuhu
sy x menyangka yg kak baei x sempat mengkhabarkan plan kami pada kak muna
namun
tahu juga sy akhirnya yg mereka berdua abg ihsan dan kak muna syg pada sy!!
keesokkan harinya
terus sy dibeli satu sim card baru
meskipun sim card di melbourne agak costly!!!
Alhamdulillah

sebenarnya kembara saya di aussie adalah selama sebulan
memandangkan sy dtg bersendirian
dan abg ihsan ketika itu sibuk dgn tahun akhir perubatan beliau
manakala kak muna baru memulakan housemanship di hospital
kebayakkan masa sy ditinggal bersendirian di rumah
namun x ingin sy sia2kan kembara sy dirumah
sy mula mengatur jadual dan mencari2 rakan utk berjalan
mulalah sy menghubungi kwn2 yg dikenali di winter gathering baru2 ini..


akhirnya
kami mengatur perjalanan ke melbourne city sekali lagi
kali ini bersama rakan2 a-level sy
mereka rakan2 course pharmacist di alevel 7
tp mereka fly dulu kerana course mereka hanya 1 tahun stgh shj
bersama najeha,asilah,sarifah
kami menaiki trem dr clayton to melbourne city
kali ini destinasinya berbeza....
kami ke garden pula
berjalan2 ke victoria market
dan menaiki trem lama menjelajah seluruh melbourne
sempat juga singgah makan di sebuah kedai makan indonesia di city
x lupa shopping2 bj winter dgn harga yg murah!!!








dan sy mendengar rancangan mereka utk kemountain dan bermain ski dan st kilda street utk bertemu rakan lama.....
mereka mengajak sy bersama
tidak dpt sy pastikan kerna pasti harus meminta kebenaran kak muna dan abg ihsan dahulu

to my suprise
pd malam itu kak muna menyatakan rancangan mereka utk bw saya ke Baw-Baw mountain bermain salji
bersama rakan mereka
kak kauthar dan suaminya akh mus'ab dan baby hamzah
juga kak marliana dan akh faiz yaman...
rancangan diatur dan
KAmi ke baw-baw mountain





persiapan dibuat pagi yg ditetapkan
kak muna dan sy menyiapkan bebrapa bekalan utk dibawa bersama
spagetti,sandwich dan beberapa menu lain
kami bergerak dgn 2 kereta
satu utk yg muslimah
dan satu lagi dipandu akhwat
sy jadi copilot utk kak muna
perjalanan mengambil masa dlm 3 jam
melalui ladang dan mendaki hutan
namun pemandanganya
MasyAllah
sgt indah
sy x terlelap walau sekejap
dan perjalanan indah kami ditemani nasyid kesukaan kak muna
byk yg kami sembangkan dan kehadiran baby hamzah mmg menceriakan keadaan
sebaik sahaja kami memasuki hutan
tetiba baby hamzah menangis dgn kuat
x berhenti sehingga kami terpaksa memberhentikan kereta melihat keadaanya
tiada apa yg x kena,dan kami cuba menenangkannya
tetiba kak muna dtg dgn idea membuka cd bacaan al-quran sbg alternatif
dan alhamdulillah...tangisanya mula reda
perjalanan kami lancar
dan kesejukan mula mengcengkam ke tulang
sedikit demi sedikit....baw-baw mountain kelihatan
semakin menghampiri.....
putih2 snow mula memenuhi perjalanan
we had a great time there
dalam kebekuan..
bermain snow dan toboggan
bersama baby hamzah yg turut mengigil kesejukan
kami picnic sebelum turun bermain
dan seusai jam 4
kami memulakan perjalanan pulang
sempat singgah solat dan makan malam di sebuah taman
apa yg sy ingat adalah memori minum coffe yg sgt best ditgh kesejukkan petang seusai solat
sgt seronok dan menenangkan
sebaik tiba di clayton
kami semua tertidur kepenatan!!

ihtifal






susulan pertemuan di winter gathering
ISMA menganjurkan majlis ihtifal,
pelbagai petandingan dipertandingkan
antaranya nasyid antara city
hafazan dan tilawah
x lupa khat dAn bercerita
venuenya adalah sebuah masjid di melbourne city
dan sy join team clayton city
kak muna x dpt turut serta
lalu sy bermusafir ke melborne city bersama rombongan akhwat2 dari clayton,
kami berkumpul seawal 8 pagi
dan bergerak dalam kesejukkan
setiba disana
telah ramai yg tiba ,
meriah!!!
dan pertandingan dimulakan...
dipenghujung,
acara kuiz antara city
dan sy masih ingat
dari clayton city adalah team kak muna,hanan dan kak izzah,
pasukan 2 lain juga x kurang hebatnya,
sy tergamam melihat kebijaksanaan mereka menjawAb semua soalan yg diutarakan
sungguh byk ilmu mereka jika dibanding dgn sy!!!
masyAllah
hrbatnya tarbiyyah yg mrk perolehi
dlm hati teringin menjadi spt mrk
saat itu,
hebat mmg hebat

philip ireland








antara satu dari tarikan yg menarik di victoria state
dan utk trip sy kali ini
sy ditemani kak izzah dan familynya
kebetulan family kak izzah dtg dr msia
utk
meraikan pernikahanya yg bakal berlangsung disana
perjalanan ke philip island adalah dgn kereta
selama hampir 3jam perjalnanya
walau baru bertemu,tapi kelurga kak izzah sgt peramah dan sporting

choclate factory
setiba kami di philip island
kami ke choclate factory,smbil2tgk cara pembuatan coklat dan mkn dpt rs yg free juga
sememangnya negara aussie kaya dgn hasil tenusunya malah produk tenusu mereka sgt murah
mereka turut sgt menjaga keaslian produk mereka dan tidak mmbenarkan sebarang hasil tenusu luar masuk ke dalam negara mereka
jika di emmigresen
amaran tersebut terpapang di board airport
enjoy eating the choclate here so much
lg2 di musim winter yg sejuk!!!

park!!!
zoo disini sgt menarik,kebayakan haiwan jinak dan dilepaskan utk bermain2 dgn kami
wallbies,baby koala
dan kangaroo
kamu bebas bermain dan memberi mereka makan
it's fun
sebelum pulang,sempat kami solat beramai2 dipohonan rendang
satu perasaan yg sgt tenang

amazing !!!
lot's of amazing thing can be discovered here
semuanya dpt dihasilkan dgb kepandaian sains dan fizik
a fun way of learning science
only if malaysia can produce the same
teringat lawatan ibu,sy dan baby naquib ke petrosains dahulu,
sbg cg sains
ibu sgt teruja menerangkan kesemua fakta sains disebalik semua pameran dan mainan
that time i just keep wondering
ibu musti sgt seronok jika berpeluang je sini!!

penguin !!
akibat terlalu teruja di amzing place
kami keluar agak lewat dan hasrat kami utk melihat penguin turun ke laut x tercapai
laluvkami terus ke perlabuhab dan have a picnic there....
angin ptg yg sejuk namun pemandangan matahari terbenam sgt indah!!!
dgn berlabuhnya mlm
pulang kami dgn kenangan2 yg pasti sukar dilupakan

walimah kak izzah









sungguh sy amat bertuah
berpeluang menghadiri dan terlibat dgb walimah kak izzah dan zauj disini
memandangkan walimah dijalankan jauh di perantauan
rakan2 pelajar disini smgt cuba menghasilkan walimah dgn kemeriahan yg sama seperti ditnh air,
perancangan dibuat rapi
dan hasilnya walimah yg lengkap dgn hantaran dan juga hidangan pengantin yg istimewa,,
apa yg paling x dpt dilupa adalah menyaksikan sendiri akad nikah yg diadakan di islamic centre atau masjid disini
diakadkan oleh seorang imam yg buta
namun khutbah yg disampai beliau
sgt menyentuh jiwa!!!
seusai akad
kami dihiburkan dgn persembahan nasyid dr akhwat
sgt menarik!!!

jells park with them









tidak dinafikan
sy sememangnya sukakan alam semulajadi
sejak kecil ibu ayah rajin membawa kami mendekati flora dan fauna
juggle trekking dan canopy walk di TAMAN NEGARA PAHANG
mandi sungai hampir tiap hujung minggu di ULU YAM
menjelajah ke seluruh sabah dan GUNUNG KINABALU ketika menetap di Sabah
dan juga menemani ayah ke kursus beliau di pulau2 seluruh malaysia
kesempatan ke melbourne
sy minta abang ihsan bawa saya ke park yg cantik2 ptg2
kesian melihat sy terkurung di rumah tatkala mereka ke kelas dan bekerja
sy dibawa berjalan2 ke jells park dan ...........
walaupun pemandangan tidak menarik cantik seperti di musim bunga
yg tidak tiba lagi(winter lagi masa tu)
tapi sy sudah cukup teruja walau sekadar melihat padang dan tasik yg luas!!!
dan sudah pasti photoshooting menjadi keutamaan sy!!!

Usul 20 day



antara semangat mereka yg sy kagumi
adalah kesungguhan mereka menganjurkan majlis ilmu
dan pada hari tersebut
saya berkesempatan utk mengikuti kelas usul 20 Hassan AlBana
di salah sebuah lecture hall di Monash Universiti di Clayton
dapat sy masuk ke uni mereka
dan merasai pengalaman sbg pelajar disini
walau sehari
kebijaksanaan akak2 ni nk mencari pendapatan utk persatuan mereka
sempat lagi mereka jual sweet corn yg dibuat sendiri
mmg pelajar luar negara harus kreatif dan bijak utk survive bukan!!
berjalan2 disekitar universiti
sy kagum dgn kebesaran facilities yg ada disini
mereka punya satu religious centre
dimana terdapat gereja,surau dan beberapa bilik utk upacara keagamaan
beberapa agama yg berbeza
mereka turut punya library yg menarik
dan student centre yg best sy kira!!
tika ke hospital tempat abg ihsan menjalani latihan klinikal
terdapat satu study dan social room utk medical student
dan mereka menyediakan coffee percuma
owh..bila bekata ttg coffe percuma ditgh kesejukan
mmg sy excited!!!

hamzah di museum n kelas sirah










sy mmg banyak keluar bandar bersama kawan2 yg baru kenali
kehadiran saya ke melbourne city tidak kesorangan
melborne juga menerima kehadiran sahabat kami dari mesir
kak kauthar,akh mus'ab dan juga baby hamzah
mereka sebenarnya pelajar mesir
yg bercuti ke melbourne
kehadiran mereka dimanfaatkan
utk program perkongsian ilmu
pada satu hujung minggu
kak kauthar berkongsi satu kisah sirah dari sebuah kitab arab bersama kami
sgt menyeronokkan kerana sungguh details sirah yg diceritankan
seusai kelas
kami sempat keluar bersama2 ke melbourne museum
sambil membawa hamzah si comel
bila dh ada kanak2 bersama
kami punya alasan utk bebas bermain di kid's section

kebab dandenong n muslim city there




sy sering menemai pasangan kak muna dan abg ihsan shopping
dan kali ini mereka bw sy ke bdr yg sedikit jauh dari clayton city
ke dandenong!!!
disini suasananya sedikit berbeza
sy dapat lihat ramai muslim berjalan dimana2
rupa-rupanya...bandar ini didiami ramai emigran dari negara arab
pabila populasinya ramai muslim
mudahlah kami mencari tempat makan kerana kebayakkan makananya halal
sebelum jalan2 sempat lagi kami bermain bumper car bersama
dan bila tiba di mall
mereka sudah pasti mula berjalan berdua
dan tinggallah sy dibelakang window shopping sorang2
pasanagan baru berkahwin la katakan
sy faham..x pe...=D

brighton beach




pada hujung2 hari sy disini
kak muna mengambil peluang utk bawa saya ke brighton beach
apa yg menjadi daya tarikan disini
adalah rumah bot yg sgt comel
dicat berwarna warni
dan sudah pasti
tika winter..x da siapa yg mahu berkunjung ke sini
sejuk kott
tapi kami redah je
x mahu melihat sy keempuanan utk bergambar dgn rumah bot yg comel itu gamaknya
memandangkan kami hanya berdua
mulalah sy gunakan timer camera utk capture the moments
and it was so exciting !!!

melbourne at night






antara pengalaman menarik sy disini
berkesempatan utk mengikuti kak muna dan rakan2 ke majlis ilmu
dan kali ini kami ke melbourne city ...ke rumah kak nik natasya dan kawan2
berkesempatan join usrah mereka sambil2 berkenalan
dan sebelum pulang
abg ihsan dan kak muna excited nk bawa sy melihat keindahan malam di riverside melbourne
sempat juga mlihat persembahan api disana sambil berjalan2 disekitar terusan
malam yg sgt indah


Chadstone with kak kerry




di chadstone
ada satu factory outlet yg sgt besar
terdapat byk barangan dari kilang terjual disini
dan utk trip kali ini
sy "diculik " oleh kak kerry utk menemani beliau shopping2 disini
sy tengok je la kan
melihat pada belanjawan yg tinggal
mmg x boleh beli apa!!!
apapun sy gembira sahaja
asalkan ada org bawa sy berjalan
malah sehari sebelum saya pulang
sy beranikan diri menaiki bus ke train station
dari sana sy menaiki train ke melbourne city bersorangan
kesempatan terakhir itu sy gunakan utk mencuci mata habis habisan
dan mengasah semangat berani utk berkomunikasi dgn masyarakat disana
wohho....even abg ihsan dan kak muna risau
sy selamat pulang ke rumah sebelum mereka pulang dari kerja..
alhamdulillah....urusan dipermudahkan

PULANG
tiket pulang sudah sedia
dan pada 27 julai
sy dan abang bersiap utk pulang
kenangan terindah dpat sy katakan
mmg indah dan x kan dilupakan
terima kasih warga melbourne atas jasa2 kalian
sy seronok berkenalanan dan memanjangkan ukhwah disini
jika berkesempatan berjumpa lagi insyAllah ..

Our Manners!!

sape pernah tgk cite korea
huhuhu..tajuk entry ni cm best la plak ek
sebenarnya klo kte tgk cte korea..
kebanyakanya sme stereotype bkn????
kebykn heroin dlm cte korea ni digambarkan sbg seorg yg senang menjadi dr mereka sendiri n x berpura-pura
mereka senang menjadi dr mereka sendiri
dan kadang drg ni main redah je ...
maksudnya dr segi moral n kesopanan drg ni kurang skit la..
tp disebabkan sikap mereka inilah..
hero jatuh cinta pd heroin ni
in real life...adakah ni yg blaku?
perlukah kita menjadi dr sendiri n ckp ...
knapa nk kawal2 akhlak kita ..
just jd dr sendiri sudah...
penting ke akhlak nie..
lg2 klo sy katakan kita sbg muslimah..

Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.”
Riwayat at-Tarmizi

Daripada Aisyah,
“’Rasulullah Saw bukan orang yang suka berkata keji, bukan orang yang buruk perangainya, dan bukan orang yang suka berkeliaran di pasar. Bukan pula orang yang membalas kejelekan (kejahatan) dengan kejelekan, akan tetapi orang yang suka memaafkan dan melupakan kesalahan (orang lain),” (HR Ahmad).

apa yg sy dpt katakan..
ianya sgt penting
klo kita ingat lg kerana akhlak rasullullah jugalah...
seorg perempuan tua Quraish berjaya memeluk islam....
hanya kerana akhlak rasullullah yg sabar mendgr cercan perempuan itu terhadap drnya sepanjang perjalanan mereka berdua
akhlak mengambarkan agama kita..
dan jika anda berjaya membawa nama islam kepada mereka yg beragama lain
walaupun bkn senang nk menghayati akhlak islam ..
tetapi kte boleh cuba kan...
perbaiki satu demi satu..
hari demi hari...
dan contohilah akhlak rasullullah keran itulah akhlak al-quran
ingatlah mungkin tiap2 pagi kta boleh ingatkan dr sendiri dgn kata2 ni
"Bukan emas permata yg mencantikkan anda melainkan yg mempercantikka anda adalah akhlak anda dan kekayaan anda adalah etika anda"
Mari kita sama2 perbaiki akhlak kita k....
insyAllah

p/s1-just come back from sarah's wedding...a very humble n simple wedding....dpt rs keberakatanya dalam majlis tu......penuh dgn mrk yg soleh dan solehah...dihiasi zikir dan nasyid..malah di tgh2 majlis..tetamu dijemput solat zohor berjemaah bersama!!..ms nk blik,terjumpa pula kak syaf dan zaujnya..sungguh x sangka!!!..mmg lama nk bertemu dam rindu pd kak syaf,kak noni dan geng2 usrah....

p/s2-bestnyala klo sentiasa dpt berada dlm majlis ilmu..terfikir nk cuba cr kat masjid2 sekitar melaka...want to gain more knowledge.....dh lama sgt hati x terisi ngn pengisian nie!!!..isk3

p/s3-kita sering diuji dgn apa yg kita nasihat dan perkatakan..sy sendiri agak bersikap kurang sabar baru2 nie.....namun....mari muhasabah sama2 k

p/s4-alhamdulillah..berjaya raya puasa 6...mmg memerlukan semangat dan ijtihad yg kuat di bulan syawal ini...

dari adik sy maryam.....love her so much too~~~




sy syg adik sy~to maryam shafiyah

owh betapa sy rindukan adik sy ni....skrg dia tgh bz exam..so hopefully we can have a long pillow talk later....she's my great counsellor n supporter...miss her so much...


Saya adik Aishah Abas



Kak ecah n me.:)




"Cantik la kak awak"
"Segak la Kak hang"


Kakak saya memang cantik, setiap kali kawan saya tengok dia atau gambar dia ramai yang akan bagi komen macam tu. Ada jugak yang cakap


"Muka ko dengan kak ko lain la"
"Korang adik beradik kandung ke adik beradik angkat?" tanya seorang kakak ni


Kak ecah iras-iras muka ibu dan saya pulak iras-iras muka ayah, jadi muka kami agak berbeza. Jarak umur kami hanya 2 tahun, jadi kami sangat rapat dari kecik. Waktu kecik-kecik, dia lah kawan saya, geng masak-masak saya, roommate saya, penyelamat saya, kawan baik saya dan juga musuh tarik rambut saya(pernah sekali je..baik kan kitorang..ngee~). Ibu pulak selalu jahit baju yang sama jenis untuk kami, macam kembar la jadinya. Bila raya baju mesti nak macam boria sampai la kami masuk sekolah rendah.


Masa sekolah rendah saya sangat bergantung kat dia. Waktu kami tinggal di Sabah, ketika saya darjah 1 dan dia darjah 3, kami akan rehat sekali, dia akan belikan makanan kat saya dan saya pulak selalu main dengan kawan-kawan dia. Kalau dia demam saya pun takkan ke sekolah sebab saya tak tahu nak naik van yang mana satu untuk balik ke rumah. Manjanya saya masa tu.huhu.


Satu pengalaman saya dengan dia yang saya susah nak lupa sampai sekarang adalah masa saya sekolah rendah agama kat Sabah. Waktu tu saya darjah 1, saya nak ke tandas dan dia teman kan, sebelum sampai ke tandas sebab tak tahan, saya terkencing dalam seluar, saya dah nak nangis sebab sedih tak tahu nak buat apa then dia dengan sifat ke'kakak'nya terus bawak saya ke tandas dan bersihkan saya. Sepanjang perjalanan balik dengan van sekolah, dia yang pegang panties saya dengan tangan dia. Dia tak cubit saya jauh sekali nak marah, dia layan saya dengan sabar. Dan hari tu saya belajar sesuatu yang kak ecah sangat sayang kat adik dia ni walaupun dia tak pernah ucapkan.


Bila kami pindah ke Kedah,saya darjah 4 dan kak ecah darjah 6. Kat sekolah baru, dia adalah antara pelajar yang terkenal. Dia aktif dan selalu wakil sekolah dalam macam-macam acara. Dia masuk pertandingan sajak, bercerita, aktif Puteri Islam, aktif bola jaring dan sebagai nya. Sebagai adik saya pun terkena tempiasnya dan mula dikenali sebagai "ADIK AISHAH". Kalau saya jumpa kawan-kawan kakak saya mula la diorang cakap "eh tu adik aishah la". Apa kesan dia kepada saya?? Mula la cikgu bola jaring cari saya sebab ingat saya pandai main macam kakak saya dan akhirnya dia kecewa. Mula la cikgu BM mencari potensi saya untuk masuk pertandingan bercerita dan akhirnya saya hanya merangkul tempat kedua dan tak dapat mewakili sekolah. Mula la cikgu sukan melihat saya berlari di trek tapi akhirnya dia hanya mampu pejam mata tengok saya dapat nombor terakhir.huhu. Cuma satu yang saya dengan kakak saya sama iaitu kami berdua sentiasa dapat tempat pertama dalam kelas(sebab masa tu baru pindah sekolah dan kena masuk kelas kedua.hehe). Jadi setiap kali Hari Anugerah Cemerlang(HAC) kami lah adik beradik yang akan naik pentas selalu.


Lepas UPSR dia dapat tawaran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah(SMEKAK). Selang seminggu atau dua minggu ibu ayah dan saya akan pergi melawat dia. Saya mula rasa kehilangan dia waktu tu. Dia aktif masuk puisidra sampai ke peringkat kebangsaan dan diorang dapat jadi johan. Dia jugak selalu dapat nombor 1 dalam tingkatan. Dalam PMR dia dapat 9A. Kemudian dia masuk KISAS dan aktif dalam pertandingan forum. Dia masuk kebangsaan dan menang johan disamping menjadi pengerusi forum terbaik. Dalam diam saya bangga ada kakak seperti dia.


Itu semua apa yang orang lain tahu tentang dia. Tapi apa yang saya tahu tentang dia lebih dari itu. Kakak Ecah yang saya kenal sangat kuat semangat, dia sentiasa berdisiplin, apa yang dia target itu yang dia akan capai. dialah orang yang paling bersemangat dengan target sendiri yang saya kenal, cita-cita dia tinggi dan rajin buat apa je yang dia minat. Apa yang saya paling kagum, dia sentiasa menjaga diri dia untuk mencari redhaNya, dia ajar saya mencari Cinta agung dan kerana nasihat dia saya adalah diri saya kini. Saya menjadi saya kerana dia adalah dia. Saya bersyukur Allah menjadikan dia perantara yang mengajak kebaikan untuk saya. Alhamdulillah. Terima kasih untuk segalanya kak ecah.Selamanya saya akan bahagia menjadi Adik Aishah Abas..


Kalau dulu saya senyum je bila ada orang puji kakak saya cantik tapi sekarang saya tahu nak jawab apa
"Sebab tu adik dia comel"
"Kakak aku memang cantik, dia cantik lebih daripada orang lain sebab dia cantik luar dan dalam"


Selamat Hari Jadi ke-22 Kak Ecah.May Allah bless us always
Thanks for being a very lovely sister for me..:))

"you not just a sister, u r more than that"