ptg td ada kelas LAN..
islamic stdy tajuk APA ITU TAKDIR...
dan sejujurnya sy x berapa fokus...
kerna satu persoalan yg x terjwb
tp malu nk tanya ust sebab nanti musti ada kwn2 tahu sy yg bertanya..hehehe
dan juga kisah itu yg x berpenghujung
tetiba nmpak satu post menarik ..dan satu blog br saya ketemui..dalam blognya tertulis
ttg wanita tabah itu
"Dan saya tahu betapa pentingnya menjadi wanita yang tabah, samada kita lalui nasib seperti mereka ataupun tak.
sebab ujian kita semua berbeza.
Orang bujang, ujiannya adalah untuk meniti perkahwinan itu sendiri, penantian untuk mendapatkan seorang calon dalam rumah tangga.
Orang yang sudah berkahwin, ujiannya adalah untuk mengekalkan perkahwinan itu, dan cuba untuk melalui proses perkahwinan yang tidak semuanya merah dan berbunga.
Begitu juga mereka yang melalui proses perpisahan dan penceraian selepas berkahwin, walaupun keduanya itu merupakan ikhwah akhawat yang amat dikenali ramai.
satu yang saya pasti, akhawat dan wanita mesti kuat.
Dan kita mesti teramat kuat.
dahulu sebelum kenal islam, kita bercouple.
Selepas kenal Islam,kita kena jadi kuat sangat untuk break dari couple tu. Dan cuba sangat utk jauhkan diri kita dari fitnah2 hati.
Setelah itu, ujian menantikan pasangan dalam dakwah.
Kemudian ujian dalam proses baitul muslim..
dan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya..
Apabila saya melihat ibu-ibu tunggal itu bersama anak2 mereka, dan bersusah payah dan sanggup untuk menjaga anak mereka, saya tahu, mereka teramat kuat.
dan saya teringatkan akhawat2 yang menerima ujian yang tak kurang hebatnya juga.
dan saya tahu, di balik mata mereka yang redup, di balik senyuman yang menyembunyikan kepahitan, mereka sangat kuat sebenarnya. tersangat-sangat kuat.
kerana itu, tatkala kita merasai ujian diri kita terlalu berat, lihatlah orang lain yang menanggung bebanan lebih banyak.
dan tentu apabila Allah menakdirkan sesuatu buat kamu, itulah yang terbaik buat kamu. Walaupun pahit itu pasti dirasai ketika ini, namun iAllah, hikmahnya itu pasti ada, tidak sekarang, di masa akan datang.
Dan kita harus kuat, menompah arus ujian ini.. walau sendirian, mahupun keramaian.
And i really do mean it."
sy sgt suka apa yg dikatakan
ketahuilah mujahadah itu sukar
meninggalkan apa yg disukai kerana islam itu sukar
tp kita tiada pilihan lain
selain utk terus berjihad dan lwn diri..
utk dpt redha ilahi
tunjukkanlah YA ALLAH
menuju jln benar utk kembali pd ilahi
No comments:
Post a Comment