Sunday, 31 July 2011

puding roti ibu

Puding roti
Published with Blogger-droid v1.7.4

jam 6 ptg


Jam dh pkul 6
Mmg x leh nk bc buku dh
Nk riadah x da geng
Akhirnya
Jom cuba resepi br
pam dinasaur
Owh sgt comel
Seronok bdk2 kecil dirumah ni
Mcm barney pun ada warnanya
Btw
Mlm ni dh mula ramadhan
Semoga jauh lebih baik amalan tahun ini yer
Checklist kena siapkan kwn2
P/s-rs cm nk explore kemeriahan masjid2 di melaka ramadhan nie,teringat masjid kat seksyen 18 yg menjadi tempat tetap kami berbuka puasa ramai2 3 thn dlu..sgt meriah dan best
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 28 July 2011

lelaki hensem..bola...korea..??

3 tajuk yg selalunya related,
pada remaja wanita terutamanya,
mungkin juga tajuk yg selalu menjadi topik perbincangan ,
bg sesetengah golongan dan kumpulan,
antaranya
"sukala tgk cerita tu...pelakon dia hensem2"
"alarh pemain bola tu dh bertunang ke..hensem n hotnya drg"
"ko tgk la cerita terbaru kat wayang ni..pelakon pompuan x ramai....pelakon laki dia hensem2 sgt..best"

ok...
sy akan senyum je dgr komen mereka
biasanya bila topik sebegitu dibuka....
ada juga dosa2 kering yg kita buat
bila perbandingan ttg pemain2 dan pelakon itu dibuat
dan ada juga yg diumpat

namun...
sy x pernah suka bila tajuk sebegitu dibuka
bukan kerana saya x gemarkan wayang
ataupun bola dan perlawananya
(which is true kadang2)

sejenak
elok kita fikirkan
jika seorang lelaki melihat pada perempuan yg cantik
menoleh dua kali
memuja kecantikan seorang wanita
biarpun wanita itu menutup aurat sempurna
apa pandangan kamu ttg mereka
tidak senang bukan
tidak selesa
x kurang yg suka
kerana mahukan perhatian hendaknya
adakah lelaki ini berdosa
bgmana dgn hati mereka pula

saya merasakan aplikasinya juga sama
pada wanita yg memuja lelaki kerana rupa
dan gayanya
kerana
baik lelaki mahupun wanita
harus menjaga pandangan mata
dan paling penting
hati mereka
hanya pada yg sewajarnya
yg selayaknya
yg hanya halal buatnya
mahukah anda beristerikan
wanita yg memuja lelaki lain
mahupun suami yg asyik memandang
wanita lain selain isteri...

dan apatah lagi
pabila yg dilihat
adalah maksiat
kerana mereka dipadang
tidaklah menutup aurat
malah ada yg x solat
pabila hiburan yg menjadi matlamat

marilah kita letakkan panduan
pada setiap perbuatan
dan amalan
ambillah hikmahnya
dan tinggalkan yg melalaikan

yes..
that's the fitrah
sukakan hiburan dan kecantikan
but it's our mujahadah
for not letting such things happened
especially if
it can turn ur heart away from Him

and ramadhan is coming
let's change the way we think....
the way we act...
the way to behave..
iA



a nice video
a way of celebrating our ramadhan
jom prepare jom!!!

p/s1-ahalan wassahlan ya ramadhan...a review with usu and kak syaf
p/s2-adik berangkat ke melbourne dan ramadhan disana .....hopefully she had fun there ..bcoz i do miss the place and people there so much...
p/s3-maaf andai entry ini membuatkan sesiapa terasa..bukan apa..muhasabah bersama hendaknya

Monday, 25 July 2011

permudahkanlah....

setiap sesuatu..sandarkan hanya pada Allah

pernahkah kalian berasa cuak dgn exam

secara lebih specifik
takut dengan sesetangah lecturer yg akan menilai exam kita
kerna kita sering mendengar2 cakap2 org ttg lecturer tersebut
ttg betapa garang dan strictnya beliau dalam memberi markah
ttg bgmana pelajar sering cuba "membina hubungan baik" dgn mereka
supaya mudah urusan peperiksaan nanti
x kurang juga yg bijak "membodek"
mmg benar...kita harus berakhlak mulia dgn tenaga pengajar kita
namun biarlah seadanya
biarlah tahu sempadanya
yg muslimah jgn pula sampai "mengoda"
yg lelaki pun berpada-pada
kerana
walau bgmana tanggapan individu itu terhadap kita
yg paling penting adalah tanggapan Allah pada kita
yg memberi kita lulus atau cemerlang
adalah pd tanganNya
segalaa yg berlaku atas ketentuan Allah
tidaklah kita perlu takut dgn manusia
takut dimalukan
takut dihina dihadapan rakan-rakan
bgmana dgn malu kita pada Allah diakhirat nanti
dgn amal yg ditontonkan pada semua umat manusia
cuba sehabis baik usaha
dan berdoa padanya
semoga dimudahkan urusan
dilancarkan perbentangan
dan jika lecturer itu mmg sgt garang
x salah doakan moga beliau dilembutkan hati
dan menerima islam pada suatu hari nanti
insyaAllah



sebuah lagu ttg adakah kita pernah terfikir ttg penilaian Allah pada kita
Is Allah satisfied with u?
hayati liriknya
dan
semoga bermanfaat

p/s1-sering merasakan ada sstgh mereka sgt bagus dlm ilmu dan pengalaman ini perlu masuk dan memahami islam agar sempurna akhlak mereka...agar hidup mereka lebih bermakna dan bermanfaat..doakan mereka diberi hidayah

p/s2-dan sy juga mungkin berhadapan salah seorg mereka utk exam rabu ini.....usaha,tawakal dan doa sebaiknya

p/s3-ayah sgt percaya pada pilihan sy dan abg...dan berharap segalanya dimudahkan iA

alhadulillah...syukur yg teramat

Atas segala nikmat yg Allah kurniakan
kita hanya mampu merancang dan berusaha
namun Allah juga yg menentukan bukan?
sy sering percaya pd kebergantungan pd Allah atas segalanya
dan jangn mudah menyerah kalah andai tidak mencuba sehabis baik dahulu
masih ingatkah hari yg sibuk dan pertandingan yg sy msuk tp rsnya x menang tu
dan sy dikejutkan dengan keputusanya
sy dpt tempat ketiga
"best morrocooan room"
sy pun tidaklah menyangka akan menang
sebab join pun suka2
x isi borang pun
drg just dtg bilik,tgk n bg markah
sy pun x la sampai pulang ke rumah ambil hiasan mengikut tema
atau pun pinjam hiasan bilik dr kwn2
manupun membeli ros dan kelopaknya utk ditaburkan diatas katil
ataupun pasang lagu morrocoan masa juri dtg
sperti pemenang-pemenang lain
hanya
menggunakan apa yg ada sahaja
curtain lama yg dijahit balik kepunyaan kakak
comforter lusuh dari rumah
juga hiasan-hiasan murah dari kedai DIY(do it yourself)
namun sgt gembira
kerna mampu bersaing juga
biarpun semasa juri dtg
sy tiada di bilik kerana ada exam islamic study
apapun
sy lebih cenderung melihat kepada niat,tujuan sy dlm hal ini
bukanlah kerana ingin riak atau menunjuk2
tp lebih kepada islam dalam kehidupan adalah contoh
melihat kpd pemenangnya yg merupakan muslim
kita mampu membuktikan cth terbaik ttg agama kita bukan
"Allah itu cantik dan sukakan kecantikan"
"kebersihan itu sebahagian dr iman"
insyAllah..cuba2 maintain pula
dengan kebersihan dan kemakmuranya bilik ini jgn dilupa!!

p/s1-alhamdulillah atas doa-2 yg dimakbulkan ..sgt gembira....moga terus diberi petunjuk olehNya....atas segala yg terbaik buat kita ..=D
alhamdulillah

Wednesday, 20 July 2011

typing error

ok i had so many typing error dalam post2 sebelum nie..
x sempat nk betulkan..
had a lots to be shared but limited time....
taip tergesa2..sorry sgt2...harap dpt maafkan..
kalau ada ms akan diperbetulkan
pray for me
ada exam ....

great story 2 !!!

Pengalaman Dr Harlina


MEMBINA mahligai perkahwinan sememangnya sesuatu yang harus difikirkan dengan serius kerana ia disifatkan sebagai satu peristiwa yang berlaku sekali seumur hidup.



Perkahwinan juga merupakan satu sunah murni yang dibina atas rasa cinta dan kasih sayang bagi setiap pasangan.



Namun begitu, bagi pasangan Profesor Madya (K) Dr. Harlina Halizah Siraj, 45, dan Zulkifli Ahmad, 45, rasa cinta dan kasih sayang mereka terbina setelah mendirikan rumah tangga kira-kira 20 tahun lalu.



Mereka bukanlah seperti pasangan lain yang mana fasa percintaan didahului sebelum melangsungkan perkahwinan dengan alasan ingin mengenali hati budi masing-masing. Bagaimanapun bagi Harlina sendiri, baik dirinya mahupun suaminya tidak pernah terfikir untuk melalui fasa tersebut (bercinta) kerana masing-masing percaya jodoh dan pertemuan telah ditetapkan oleh-Nya.



Baru-baru ini, ketika ditemui di kediamannya di Cheras, Harlina ada menyentuh mengenai sistem BaitulMuslim yang mana melalui sistem tersebutlah dia dan suaminya, Zulkifli disatukan.



''Kami belajar di universiti yang sama, Universiti Kebangsaan Malaysia dan pertemuan kami diatur oleh pelajar senior dan boleh dikatakan kami merupakan pasangan match make.



''Dalam istilah Islam, kami telah disatukan melalui sistem BaitulMuslim yang mana ia digunakan untuk mengelakkan percampuran bebas antara lelaki dan perempuan,'' ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini.



Tambah beliau lagi, sebagai seorang hamba Allah, mustahil dia tidak pernah terfikir mengenai jodohnya. Cuma Harlina tidak pernah berfikir untuk berpasang-pasangan sebelum berkahwin.



Berbicara lanjut mengenai pertemuan pertama dengan suaminya, menurut anak kelahiran Sungai Besar, Selangor ini, ia hanya berlaku selepas masing-masing membuat pertukaran biodata.



Melalui biodata tersebut, Harlina dan Zulkifli mengetahui latar belakang masing-masing dan daripada situlah, mereka membuat keputusan sama ada ingin berjumpa atau tidak.



Ternyata biodata masing-masing berjaya membuka pintu hati kedua-dua pihak untuk meneruskan langkah dan pertemuan pertama berlangsung di kediaman pelajar senior yang 'menjodohkan' mereka.



Pada pertemuan tersebut, baik Harlina mahupun Zulkifli, kedua-duanya mendapati mereka mempunyai keserasian dan setelah mengadakan perbincangan, mereka bersetuju untuk disatukan.



''Alhamdulillah, bertitik tolak daripada pertemuan tersebut, hati saya menyatakan bahawa Ustaz Zul (panggilan Zulkifli) merupakan orang yang sesuai untuk dijadikan suami.



''Seterusnya seperti pasangan lain, Ustaz Zul dipertemukan dengan ahli keluarga saya dan daripada kunjungan pertama itu, emak saya menyatakan bahawa dialah orang yang tepat.



''Akhirnya, kami membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan pada 2 Jun 1991,'' katanya lagi.



Mengulas mengenai hubungan mereka, apa yang menarik untuk dikongsi bersama ialah, walaupun telah mengikat tali pertunangan, mereka tetap seperti dahulu di mana tiada komunikasi walaupun melalui surat.



Seperti pasangan lain, dalam setiap hubungan pasti ada pasang surutnya dan itulah yang terjadi kepada Harlina. Menurut Harlina, sebaik mereka ditunangkan, mereka seolah-oleh terputus hubungan kerana tiada khabar berita yang dikirim.



Walaupun begitu, ujar Harlina, beliau sentiasa mengingati tunangnya ketika itu dan caranya adalah sentiasa mendoakan yang terbaik setiap kali menunaikan solat.



''Selepas kami bertunang, tiada kiriman berita baik melalui telefon mahupun surat dan susulan daripada itu, Ustaz Zul berasa sedikit tergugat.



''Mungkin kerana perasaan tersebut membelenggu Ustaz Zul, hati saya tergerak untuk menitip surat kepadanya dan surat ini berjaya menyelamatkan situasi pada masa itu.



''Menurut Ustaz Zul, ayat di dalam surat berbunyi, 'walaupun tidak berhubungan secara lisan, saya nak mengingatkan bahawa ustaz tidak pernah lekang daripada ingatan saya', akhirnya mengembalikan segala-galanya kepada asal,'' katanya.



Walaupun jodoh Harlina bukanlah dicari sendiri, tetapi ia berjaya membuktikan bahawa ia tidak menghalang mereka untuk mengecapi kebahagiaan.